Monday 2 February 2009

Salji dan beg



-Sejak malam tadi hingga membawa ke pagi hujan ais berterusan di kota London, malas rasanya kan bangun. Tapi perut sudah berbunyi minta cepat-cepat diisi. C Dayang ani lagi masih kesejukan dalam selimut, dibanguni liat kan bangun. Pada hal awal sudah tidor di malam, lepas main salji sama kawan-kawannya.














-Selepas siap mandi terus turun untuk sarapan di tingkat bawah hotel. So.... sebelum naik semula ke bilik, sempat kami berehat sekejap di lobby... melihat putehnya salju... pokok, pagar, kerita, jalanraya, etc. habis di selimuti salju yang memutih...nyaman mata memandang ........ seluruh alam semuanya bertukar wajah menjadi putih. SIOKLAH....walaupun sejuk. DI MUKA DEPAN AKHBAR PAGI ITU MENYIARKAN; 'BRITAIN UNDER THE BLANKET' Betullah, tidak salah lagi tajuk berita tu!!!!!









keadaan Jalan di hadapan hotel


-Penyewa hotel yang lain ni pun menjenguk sama dari ruang jendela sambil mengambil gambar ... LUCU juga meliat gelagat mereka, ingat kami saja yang baru melihat SaLJi secara realiti, rupanya orang-orang ( mungkin bangsa di sini jua yang sudah pencenlah kiranya ) pun sama.... seolah-olah baru pernah melihat salji JUA..... he he hehe..........



-Kira-kira pukul 11.30 pagi waktu london, baru ada panggilan dari penyambut tetamu di lobby memberitahu barang kami sudah sampai di hotel, senang hati mendengar... Alhamdulillah, akhirnya 'penantian kami berakhir'. Macam lagu D.J. Dave :

'penantian ku kini berakhir...
ku terhempas di lembah duka dan nestapa...'


-Laju-laju kami turun mengambil beg, walaupun berat diangkat jua ke atas, di tingkat 4 lagi tu. Ada jua orang puteh menawarkan diri kan menolong, terima kasih sajaa.......... Senang hati.... macam 'kera baru mendapat bunga', baru dapat bernafas lega.... chewah.....


-Kenangan yang tidak mungkin terlupa 'Sehingga Hujung Nyawa.....'

No comments: