Monday 23 February 2009

Jubli Perak

SEMALAM telah berlangsung majlis sambutan HARI KEBANGSAAN ke 25 tahun (jubli perak), 22hb February 2009.


AlHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.... TAHNIAH kepada semua pegawai-pegawai Brunei yang bertugas di Kedutaan Besar Brunei Darussalam, Muscat Oman. Tuan Yang Terutama & Puan Hajah, Hjh Ida & suami, Hj Rajap & Isteri (sayalah tu....) dan seluruh staff kedutaan yang bertungkus lumus menyelanggarakan acara sejak Jumaat lepas 20hb February 2009 sehingga acara berakhir semalam.

Selepas sembahyang Maghrib , TYT membaca doa sempena Hari Kebangsaan dan seterusnya sembahyang Isya dan selepas itu jamuan.

Menu malam itu semua sedap; Nasi puteh, ayam masak merah, daging rendang Brunei, Udang, Ikan masak sambal mangga, sayur campur, mee mamak (disediakan oleh Awg Hj Rosli dan Isteri). Manakala kuehnya pula; cucur kacang, cucur pisang + bijan, kusui, lapis ubi manis dan bubur kacang. (disediakan oleh Dyg. Ramlah dan ibunya, yang ketika ini berada di Oman). Ditambah dengan kueh tako yang dihadiahkan oleh Salwa (sedaplah Salwa! ) Terima kasih Rosli dan Isteri, Ramlah dan Ibu serta Salwa..... semua memuaskan dan menyelerakan (cuma perut yang tak cukup muat untuk membantai semua masakan dan kueh kelian), semua memuji ..... nyaman, nyaman, nyaman........... SYUKUR.


Tetamu pada malam tersebut terdiri daripada Setiausaha Tetap dan 2 pegawai Brunei yang bersama beliau , 2 orang pegawai Pelajaran bersama 6 orang 'student' dari Brunei yang sedang mengadakan lawatan ke negara ini dan penduduk negara Brunei yang sedang bekerja dengan Petrolium Development Oman di Muscat. Ramai juga orang Brunei di sini......Walaupun tidak menyambut dan berada di negara sendiri, tetapi dengan perhimpunan tersebut seolah-olah berada di negara sendiri juga.
''TAHNIAH ! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 25 TAHUN ''

No comments: