Tuesday 28 April 2009

Rombongan Brunei

HAI...... LAMA INDA MENJENGUK BLOG ANI, SIBOK PUNYA PASAL. Tapi hari ini hari terakhir rombongan dari Brunei berada di Oman. Di mana sejak hari Jumaat lagi rombongan tersebut tiba di negara ini atas urusan negara.

24 April (pagi) rombongan dari Brunei sampai , pada sebelah malam TYT mengundang rombongan santap malam di rumah beliau. Rombongan terdiri daripada 16 orang dan 7 daripadanya kaum wanita. Saya turut sama bertugas mengiringi rombongan wanita sepanjang berada di Oman.


bergambar ramai bersama delegasi di Hotel Hayat


Pada hari kedua, kami membawa rombongan yang terdiri daripada kaum isteri ke Mutrah souk .... walaupun cuaca panas para rombongan tetap meneruskan perjalanan di dalam souk (pasar). Bermacam-macam barang hendak dibeli, terutama songkok buatan Oman yang harganya lebih tinggi berbanding songkok / topi (nya kitani org Brunei) import (yang kebanyakannya dari Filipina, Cina, Thailand dan Pakistan). Sehingga jam hampir menunjukkan pukul 1.00 petang baharulah perjalanan di Mutrah Souk sampai ke kedai Bahrin yang menjual pelbagai minyak wangi / perfume, yang paling digemari oleh kaum wanita khusus dari Brunei (mun banyak orang pesan arahku minta belikan bah). Manakala Di sebelah petang delegasi wanita berehat sahaja di hotel, kerana kedai-kedai dan souk di Muscat, Oman pada jam 1 lalu hingga 4.30 atau 5.00 pm tutup. Dan akan dibuka sehingga 8 atau 9 malam.

Keesokkan harinya... semua rombongan dibawa melihat-lihat sekeliling bandar Muscat dengan menaiki kerita, kami singgah sekejap di al-Alam Guest Palace tempat KDYMM bersemayam semasa mengadakan lawatan seminggu lalu. Walaupun cuaca panas, kami keluar untuk mengambil gambar yang berlatarbelakangkan istana.


Pada sebelah tengahhari kami dibawa menikmati makan tengahhari di Turkist Restoran yang ditaja oleh vice president Majlis Syura Oman. Pelbagai juadah dihidangkan.... , untuk appetizer sahaja kami dihidangkan dengan makanan Arab Turky (macam tumpi, tapi lembut, lebar dan besar, makan seorang inda habis) bersama salat (daun2an macam di Brunei jua) tapi nada sambal belacan ni ah!!!! Sambalnya terdiri daripada buah zaitun yang dipotong kecil bersama lada kisar barangkali tu (ku pun nada pasti, but nyaman tapi macam belacan,,, rasa inda sama) ... dicampur humos dan mayonis Arab. Bukan macam mayonis arah kitani! Setelah itu baharulah dijamu dengan sotong goreng bersama tepung; udang bakar; ikan besar bakar jua; mix grill dan nasi kemudian baru keluar. Kenyang eh....... sakit perut. Manakala minumannya air hijau yang bercampur daun pudina yang sudah diblendar. WOW.......... inda nampak batang hidung bah.... semerbak bau. Untuk dessert..... ooohhh inda lagi sanggup.


CALI-CALI lagi isteri-isteri Yang Berhormat kami bawa ani.... paibun, ramah.... mudah senyum... siok jua macam berada di Brunei bersama keluarga dan saudara sendiri, cakap kedayan lagi tu, betemu tah tu. KEBETULAN jua yang seorang namanya HJH ASNAH.... rupanya kawan sis Hjh Asnah.. sama sekolah dan sampai masa ani masih kawan jua. Yang seorang nama HJH IENAH/ AINAH, dari awal sampai Oman udah ku perasaan macam seseorang di kampong mukanya, masa sama-sama lunch sempat tah jua tanya.... asal dari mana? tau kita sipolan bin sipolan?... OOOH tepat, rupanya asal orang Sengkurong jua, adik-beradiknya pun ku kenal... ka jah ani, nama pun macam sis Ainah... HEHHEHEH.... Kak HJH SALMAH, ni pun ada kaitan tia jua dengan anak sepupu bapa, bepupu sekali sama Puan Hjh Salmah.... amin, banyak saudara yang ku jumpa dalam rombongan ani, ..... semua diorang ani baik-baik.

Di sebelah kiri Hajah Ienah/Ainah dan disebelah kanan Liza

bersama Hajah Salmah

Hari KETIGA, membawa rombongan bini-bini ke CITY CENTER menjamu mata, dan shopping...... , masuk ke kedai perfume AMOUGE , macam-macam jenama amouge di jumpai di sini... apa lagi kami mencuba semua perfume atu di baju, di tangan dan test bau di kertas khasnya..... TAPI SEMUA TIA INDA NYAMAN, MANA INDA BER+ BAUR SUDAH BAUNYA..... Akhirnya, tidak habis di kunjungi kedai-kedai yang ada di pusat tersebut... kerana jam sudah hampir 2 lalu. BALIK ke Hayat Hotel dan lunch di sini bersama rombongan.

Monday 20 April 2009

Ammar's pictures

MOHAMMAD AMMAR WASIM






Cucu saudara yang kiut miut... baik tak penangis mcm emaknya masa keci-keci dulu. Usia baru 4 bulan lebih sudah pandai possing la...... CHEWAHhhhhh, BUDAK NI .

Ammar ni cucu kak Rose yang ke berapa ni?

Ainah's B'day

Ainah sedang motong kek


Happy B'day Nah.... Moga dipanjangkan umur, dipanjangkan jodoh, d murahkan rejeki, usin dan ank n bahagia hingga ke anak cucu. Amin....

Friday 17 April 2009

junjung ziarah




kHAMIS: 16HB aPRIL (SEMALAM),



Pukul 4.00 petang semua penduduk Brunei yang tinggal di Oman berkumpul di hadapan pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Muscat, Oman.


Kira-kira Jam 4.30 Bas yang membawa kami penduduk Brunei yang bermastautin/menetap di Oman berangkat ke Istana al-A'lam yang terletak di suatu kawasan berhampiran pantai di kawasan Muttrah, untuk junjung ziarah ke hadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Ketika melalui pintu masuk ke dalam Istana... satu pemeriksaan oleh Pegawai yang bertugas di pintu masuk dilakukan ke atas kami, beg tangan atau apa jua barangan yang dibawa di periksa dan melalui scaning gate. Selepas itu kami di bawa masuk ke sebuah bilik untuk menunggu KDYMM yang mempunyai acara padat dalam lawatan rasmi baginda di Kesultanan Oman.



Hampir jam 6.00, baginda turun dari lif , dan disambut oleh TYT Duta Besar Negara Brunei Darusssalam ke Oman dengan junjung ziarah seterusnya, TYT Duta memperkenalkan kepada baginda semua rakyat Brunei yang bekerja dan menetap di Kesultanan Oman. Sambil ziarah baginda juga sempat beramah mesra dengan setiap ahli keluarga. Di samping itu kami sempat bergambar ramai bersama baginda.




YAHOO... meriahnya pertemuan dengan pemimpin yang sangat dikasihi oleh seluruh rakyat Brunei.... dimana-mana tidak lokek dengan senyuman. Barangkali tercengang pengawal-pengawal istana Oman ani!!!!.... inda tia tau kali raja kami ani...... baik dengan semua rakyatnya khususnya.



Selepas junjung ziarah dan mengambil gambar kenangan, kami pulang menaiki bas yang sama, dimana sebanyak 3 buah bas yang disediakan oleh bahagian protokol membawa kami. Dalam perjalanan pulang ke Pejabat Kedutaan Brunei kami diiringi oleh kerita polis di hadapan yang memasang lampu kecemasan.... apa lagi.. cali banar, inda ada kerita yang berani memotong bas kami, semua orang yang ada di kawasan pejalan kaki berdiri dan memerhatikan bas yang membawa kami... fikirnya pembesar negara kali???? siok jua, melambai-lambai tah kami jua kaling-kaling yang berdirian di tepi-tepi jalan atu deh.....Perasan.... kami....ah!



Malam ... aku ikut Hjh Flo dan keluarganya (dorang menyinggahi, sebab Hj masih bertugas) lepak di Sawarma dengan hampir separuh keluarga yang bekerja dengan PDO... kami sambung meja sehingga sampai 5 buah untuk bini-bini dan anak-anak manakala bapak-bapak duduk di meja berasingan. Riuh rendah bunyi... dengan ketawa dan gurauan anak-anak.... barangkali marah orang-orang yang duduk di sekeliling kami ah... sebab bising; ada yang ketawa dan bercerita sambil membuka laptop melihat semula rakaman gambar yang diambil di al-a'lam setelah di download ke laptop, sambil makan sawarma, ayam, dll. Untung SWARMA KARIM malam ani... laku habis makanan bisdia. LICIN , licin ......... pengunjung sawarma malam ani pun ramai walaupun jam sudah menunjukkan 11 malam.



BILA BALIK KE RUMAH, LAKI KU BELUM BALIK LAGI..... ku pasang vcd, BIONIC WOMEN....kan tetiro-tido ku menunggu HJ ani.......limpas tengah malam baru haji sampai rumah dari airport menghantar KDYMM balik. BYE.......................TUANKU, MUDAHAN BERJUMPA LAGI DI BRUNEI.

Wednesday 15 April 2009

Keberangkatan KDYMM




HARI INI,

Merupakan hari yang bersejarah BAGI orang-orang BRUNEI yang tinggal di Kesultanan OMAN. KENAPA?.... ......... ......... KEBAWAH Duli YANG Maha Mulia Paduka SERI Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tiba di Oman petang tadi dengan menaiki pesawat peribadi baginda sendiri. ALHAMDULILLAH.....


KAMI Masyarakat Brunei yang Bermastautin di negara ini sangat TERUJA dengan Keberangkatan Baginda.... wow......... Kelihatan di kawasan Muttrah bendera Brunei Berkibar dengan megahnya, ada yang siok... kan mengambil gambar berlatarbelakangkan bendera yang banyak terpacak di tengah-tengah perjalanan di kawasan pembahagi jalan. Kami selalu pergi di Muttrah Souk, bila kena tanya, "dari Mana"? banyak yang tidak tahu di mana negara Brunei.... ! macam tak sekolah , tak belajar Geography ke?..... Tapi banyak peniaga dan rakyat tempatan yang sudah berumur tau pula di mana BRUNEI dan tentang Brunei tu...! OHhhhh.... ya ya ya...... SEKARANG ni kalau peniaga kat pasar masih tak tau negeri yang bernama Brunei tu...? di mana... ? siapa rajanya...? HAH..... sekarang sudah taulah agaknya tu........... KITA SEMUA BANGGA, di saat kami masih berada di negara ini.... ketua negara berangkat ke sini.


Bagaimanapun saya di rumah sahaja, malas kan berjalan ke Muttrah, lagi pun suami bertugas .......... banyak juga kawan-kawan Brunei ke Muttrah... kan mengibarkan bendera Brunei..... ialah... semangat kebangsaan tetap kental...walaupun berada di negara orang. ISKI.... jua bah.... kan ....... terujaaaaa se sangat. Bukan tak biasa mengibar bendera ni......... sEJAK zaman remaja sampailah bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Arab di bandar.... setiap tahun ada perayaan dan setiap kali kedatangan pembesar2 luar negara.. kita juga bertugas membawa pelajar-pelajar keluar di jalan raya menyambut hari-hari tersebut...... CUMA bila berada di luar negara ni.....sangat bangga rasanya bila pemimpin negara berkunjung ke negara di mana kita berada.

Thursday 9 April 2009

cuti

ASALAMUALAIKUM,

Semalam kami minum pagi d D'Archy House, dekat saja dari rumah. Selepas itu ke Bustan Hotel, jumpa kawan Hj dari Brunei. Barulah kami ke Carrefour di Qurum.... beli barang rumah dan lepak sekejap di kawasan makan, order mee saja, tais liur...

Sunday 5 April 2009

packing

ASALAMUALAIKUM, Hai..... selamat berhari minggu.........



DI sebelah pagi kira-kira 10 lalu aku MENCURI MASA berkunjung ke rumah baru Hjh Faridah dan keluarga. Rumahnya luas, besar cantik dan masih baru. Suasana nya nyaman, dan menyegarkan. TAHNIAH dah, dapat rumah baru. Bila lagi doa selamat pindah rumah NI? Menyalai ayam or beef kah!!!! Mesti SIOK NI...
HARI INI SEBELUM KE RUMAH HJH FARIDAH SEMPAT PACKING BARANG UNTUK DIHANTAR MELALUI CARGO SEBELUM KU BENAR-BENAR BALIK. Sengal jua belakang, mengangkat-angkat, membalut dengan gam, menimbang , bagi memastikan beratnya. Bepeluh-peluh dibuatnya, walaupun udara dari aircon dikira mencukupi.


Friday 3 April 2009

B' DAY

"HAPPY BIRTHDAY untuk anak saudara ROSLIYAH HJ MD ALI. "

Mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan reziki dan anak.... sampai berbelas-BELAS orang jua... dan berkekalan jodoh hingga ke HUJUNG NYAWA. AMIN.......
Yang ke berapa tahun tu????????
Balik nanti, jgn lupa belanja babu....

dirumah saja....

Hari ani tidak ke mana-mana, di rumah saja. Kemas rumah, bersih-bersih rumah, cuci pakaian, cuci pingan mangkuk, vicum lantai n carpet and everything kan dibuat. Tapi satu yang paling malas kan dibuat..... apa nah...........? Jeng Jeng Jeng...... 'mensterika pakaian.'

Kami makan dirumah saja: udang rebus, salai ikan rumahan bini campur cicah limau kapas dan kicap serta ayam. Cukuplah tu... macam-macam dimasak inda jua temakan. BISMILLAH.... lepas solat Jumaat........ terus makan. Udang rebus ni macam rasa kulat tahun pulang, Syaruppppp....... mmmmmmmmm, inda nampak telinga bah. Kalau tais liur cuba aje buat....... tambah lada padi lagi... mesti .......... semakin lazat..

Thursday 2 April 2009

SHOPPING SAKAN.......

SEJAK tengahari kami sudah keluar menuju pusat membeli belah 'Rameez'. Kan mencari sangkar burung, mana tau ada? JAUH BEJALAN.... tapi apa yang di hajati inda tercapai.... Tapi aku sempat singgah di kedai pakaian di sebelahnya mencari skirt dalam... lawa-lawa jua skirt jenis seluar panjang di kedai ani... Walaupun buatan Cina... tapi panjang dan nyaman kainnya. Sarung tangan pun murah, yang warna hitam cuma 250 baiza dan warna puteh 150 sahja, kalau ku inda silap.

Menuju balik , kami masuk ke bangunan Markaz Bahja , konon kan mencari pakaian di Mark n Spencer.... Tetapi di hadapan Markaz Bahja dan belum pun sempat mencari parking , jalan jemm...... kenapa nah...? Ada kerita besar yang kerajanya membersih jalan, masuk ke kawasan parking dan inda dapat keluar kerana kerita parking di kiri kanan jalan....... TALUR .....banar kerita basar ani...... , ada kah lalu di tempat sesak. Inda pulang kami jadi singgah, terpaksa undur, kalau di tunggu mlm hari..!!!!!!!!!!!!!!!

Inda apa lah, kami singgah di Carrefour, City Center.... sAJA, kan ke noddle house, makan. WOWwwww......Penuh tempat ani, selalu 2 / 3 meja saja berisi. Kenapa ni, penuh? Sempat lagi bertanya kepada pelayan Indonesia , "memang gitu bu.... kalau hari cuti" .... betulkah.... ? Selalu sunyi je.....? kami je lantung-lantung anak-beranak di tempat ani. So.......... mungkin sejak kami cuti ke Brunei... baru tah mat-mat saleh TAU kan tempat ani nyaman makanannya ?????????? CHEHhhhhhhhh

Sempat juga shopping di Carrefour membeli sedikit barang rumah, beli banyak pun siapa kan makan kalau kami berdua sahaja di rumah, membazir ..... kalau kurang pun kedai dekat je......."al-Fair" tidak sampai 5 minit pun naik kerita. Soooooo......, sempat jua membelek-belek beg tangan dan kasut yang dipamerkan di ruang pameran di City Center. Tapi belum ada yang berkenan.

Kami menyambung perjalanan ke Muttrah Souk, tapi masih banyak kedai yang tutup sehingga jam 4.30 baharulah kedai yang dihajati buka. Susah juga mencari pesanan-pesanan keluarga ni.... ada kedai tu, kehabisan simpanan !ada pula berlambak benda yang tidak dihajati. ADUHhhhhhhh, penat kaki ani melangkah. Nasib ada perfume di kedai ni.... itu pun belum cukup seperti yang dipesan. Ramai keluarga, anak -anak buah, adik-beradik.... macam-macam kemahuan dan permintaan. Untung juga keluarga ni semua baik-baik and caring kan kami...... HEHEHEHHHE........... kita pun mesti jua caring kan pesanan-pesanan dorang ani!!!!???????? WADUH... CAAPEK....... belum g pesanan dari kawan-kawan!

BALIK DULU....... malam g sambung shopping.

TaPi SeBeLaH MaLaM KaMi HaNYa Ke KFC... MeNJaMu PeRuT...... MaKaN BeRDua TaPi aYaM YaNG DiBeLi uNTuK MaKaN 5/6 oRaNG, aPaLaH Laki aku Ni?????? iNGaT ToNG SaMPaH Ke? NDa HaBiS BAWA BaLiK..... ALHaMDULiLLaH.

NYAMAN KALI AHhhh.....!
hingga menjilat jari.....


Wednesday 1 April 2009

rumah tua

CERITA tentang rumah lama kami n tempat kami sekeluarga pernah tinggal di dalamnya, masa kejadian banjir January lalu telah dirobohkan. Tetapi, ada cerita menarik semasa rumah tersebut dirobohkan.... LIHATLAH .................
JENG JENG JENG...... tengok pada daun pisang!!!!!!!!.... macam ada orang ikut bergambar.... sebab rumah itu kosong sejak beberapa tahun lagi, jadi tidak heranlah kalau ada penghuninya yang bukan makhluk seperti kita. Wallah hu a'alam !
Ini bukan gambar yang ditampalkan tau.....! ini gambar asalnya yang diambil melalui telipon bembet kakak.
rumah lama setelah atapnya dibuka pada hari pertama dirobohkan, keesokan hari keseluruhan bahagian rumah sehingga tiangnya pula selesai dirobohkan. Alhamdulillah...

1st April

Detik DEMI DETIK berlalu, hari berganti hari, bulan silih bertukar , malam berganti siang . WAHhhhh... begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita, sehingga HARI INI kita berada di bulan April, dan bermakna sudah TIGA bulan kita berada di tahun 2009........ DI SAMPING itu umur kita juga semakin bertambah.... esok lusa entah kita bergelar nenek / datuk siapa tahu???........ MUNGKIN hari ini kita sehat, ketawa, bergurau senda .....dan apa-apalah, ENTAH esok lusa kita tidak bisa menikmati semua itu lagi.... Apabila IJrail ditugaskan untuk menjemput kita...... WALLAH hu A'lam. Mudahan Allah SWT memberikan lagi peluang kepada kita untuk berbakti kepadanya di bumi bertuah ini.... melihat anak-anak membesar dan berkerja serta bekeluarga di depan mata. INSYALLAH......


JUSTERU ITU, selagi kita ada peluang untuk beramal ibadat, lakukanlah. Jadilah insan yang saleh/salehah. Jangan tunggu hari esok baru nak bertaubat setelah nyawa hampir ke penghujungnya...... BERTAUBATLAH SELAGI PINTU TAUBAT TERBUKA UNTUK KITA. KERANA AJAL MAUT DATANG TANPA MENGIRA WAKTU DAN KETIKA dan sedetik pun tidak berganjak mengikut apa yang telah ditetapkan atau Qada dan Qadar NYA.
" Daripada NYA kita DATANG dan Kepada NYA juga kita akan KEMBALI "( Inalillah Hi wa Ina Ilaihi Ra' jiun ).

photo-photo kenangan



pemilik blog semasa lepak di nando's







Hjh Faridah dan Hady



bergambar kenangan bersama
Hjh Faridah di rumah kami di Oman


Hady, di rumah
lama mereka di kawasan PDO

kenangan bersama
Dyg Asiah Maharif di Carrefour, Qurum


bersama BB
semasa lepak minum di Muscat





siapa kan ni ?????,
orang menggambar,
ia ambil gambar jua !!!!!!!





Anak sapa yang kiut n lawa ni?
Mesti anak Suma ni.......