Friday 17 April 2009

junjung ziarah




kHAMIS: 16HB aPRIL (SEMALAM),



Pukul 4.00 petang semua penduduk Brunei yang tinggal di Oman berkumpul di hadapan pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Muscat, Oman.


Kira-kira Jam 4.30 Bas yang membawa kami penduduk Brunei yang bermastautin/menetap di Oman berangkat ke Istana al-A'lam yang terletak di suatu kawasan berhampiran pantai di kawasan Muttrah, untuk junjung ziarah ke hadapan majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Ketika melalui pintu masuk ke dalam Istana... satu pemeriksaan oleh Pegawai yang bertugas di pintu masuk dilakukan ke atas kami, beg tangan atau apa jua barangan yang dibawa di periksa dan melalui scaning gate. Selepas itu kami di bawa masuk ke sebuah bilik untuk menunggu KDYMM yang mempunyai acara padat dalam lawatan rasmi baginda di Kesultanan Oman.



Hampir jam 6.00, baginda turun dari lif , dan disambut oleh TYT Duta Besar Negara Brunei Darusssalam ke Oman dengan junjung ziarah seterusnya, TYT Duta memperkenalkan kepada baginda semua rakyat Brunei yang bekerja dan menetap di Kesultanan Oman. Sambil ziarah baginda juga sempat beramah mesra dengan setiap ahli keluarga. Di samping itu kami sempat bergambar ramai bersama baginda.




YAHOO... meriahnya pertemuan dengan pemimpin yang sangat dikasihi oleh seluruh rakyat Brunei.... dimana-mana tidak lokek dengan senyuman. Barangkali tercengang pengawal-pengawal istana Oman ani!!!!.... inda tia tau kali raja kami ani...... baik dengan semua rakyatnya khususnya.



Selepas junjung ziarah dan mengambil gambar kenangan, kami pulang menaiki bas yang sama, dimana sebanyak 3 buah bas yang disediakan oleh bahagian protokol membawa kami. Dalam perjalanan pulang ke Pejabat Kedutaan Brunei kami diiringi oleh kerita polis di hadapan yang memasang lampu kecemasan.... apa lagi.. cali banar, inda ada kerita yang berani memotong bas kami, semua orang yang ada di kawasan pejalan kaki berdiri dan memerhatikan bas yang membawa kami... fikirnya pembesar negara kali???? siok jua, melambai-lambai tah kami jua kaling-kaling yang berdirian di tepi-tepi jalan atu deh.....Perasan.... kami....ah!



Malam ... aku ikut Hjh Flo dan keluarganya (dorang menyinggahi, sebab Hj masih bertugas) lepak di Sawarma dengan hampir separuh keluarga yang bekerja dengan PDO... kami sambung meja sehingga sampai 5 buah untuk bini-bini dan anak-anak manakala bapak-bapak duduk di meja berasingan. Riuh rendah bunyi... dengan ketawa dan gurauan anak-anak.... barangkali marah orang-orang yang duduk di sekeliling kami ah... sebab bising; ada yang ketawa dan bercerita sambil membuka laptop melihat semula rakaman gambar yang diambil di al-a'lam setelah di download ke laptop, sambil makan sawarma, ayam, dll. Untung SWARMA KARIM malam ani... laku habis makanan bisdia. LICIN , licin ......... pengunjung sawarma malam ani pun ramai walaupun jam sudah menunjukkan 11 malam.



BILA BALIK KE RUMAH, LAKI KU BELUM BALIK LAGI..... ku pasang vcd, BIONIC WOMEN....kan tetiro-tido ku menunggu HJ ani.......limpas tengah malam baru haji sampai rumah dari airport menghantar KDYMM balik. BYE.......................TUANKU, MUDAHAN BERJUMPA LAGI DI BRUNEI.

No comments: