Friday 31 January 2014

Ladang PaDi LaILa (2)

Kaum wanita kami dalam pelbagai reaksi dan gaya, ada yang rindu banar kan mengetam seperti dulu. Lalu turut sama mengetam menggunakan sabit yang disediakan Tuan ladang.  Beramai2 mengetam sangat menyeronokkan, suasana gembira dan santai jelas kelihatan.....ada yang kan merasa mengirik padi yg sudah diketam, walaupun sebenarnya tuan ladang menggunakan khidmat mesin untuk memisahkan buah padi dari tangkai dan daunnya.....Hahahahaaa...... Berebut-rebut menuai pada.... membawa kasut but untuk turun ke tanah yang kelihatan basah...













 











 

Thursday 30 January 2014

Ke BeNDaNg PadI LaiLA

Jumaat, 17 Januari 2014 - Rancangan lawatan telah lama di buat, sambil menunggu padi masak dan hampir untuk diketam.  Saya sempat menghubungi tuan punya ladang Awg Hj Othman... dan menerangkan tujuan kami.  Biar pun perbicaraan lewat massage sahaja... sangat mudah dan lancar..... Akhirnya bila saatnya tiba, kami tidak menyia2kan peluang dan kesempatan yang diberikan. Jom.......dengan menaiki kenderaan masing2 bersama kawan dan ahli keluarga, kami bertolak seawal pagi dengan berkumpul di tempat dijanjikan.  Setelah itu berkonvoi ke distinasi ......

pagi yang dingin, angin yang segar suasana
yg nyaman... aku terkesima seketika
 
Begitu Lama tidak memandangmu
memijak tanahmu secara nyata
Nah hari ini bermula lagi...

Di tengah sawah, berdiri gubuk kecil
sekadar tempat melepas lelah buat seketika

Masak menguning menggamit rindu
Ku petikmu di tangkai madu


Keindahan yang nyata
bersarapan di tengah permatang
Pelbagai Juadah di hidang sama
bersama minuman penghilang dahaga

menikmati sarapan di pinggir kali
membuat kami senang sekali
 

ketawa tanda hatinya senang
ceria di pagi yg belum matang

Makan...makan... jgn diliat aje...
Biar bertudung kepala tetap ditutup,
topinya cantik sekali...Waduhhh.. 
makan cik..... biar perut tidak berkeroncong
Maintain bergaya....
di sawah ladang berbaju tradisional


Hati gembira, jiwa bahagia
makanan enak, membangkit rasa

 

Ku lihat di kejauhan... pokok padi tegak berdiri
menunggu dipetik tangan berduri

Ahhhhh...bertahun-tahun menanti saat ini
mengulang cerita lama...musim bertanam
Ku kekenyangan ...hatiku girang..
pekerja gigih..pembantu ulung...
ku carimu ke ufuk timur
ku temui mu di sana...
Kelezatanmu mengamit hati
ku terus menikmatinya
Sodap terasa syurga dunia Mu
Menarik aku dalam kasih Mu
Teruskan menikmati ...
rezeki Allah ditolak jangan
Awwwwww..... seluas mata memandang
Nun dihujung sana, sayup ku pandang
gubuk kecil di mana-mana...
Kekenyangan.... kepuasan...& kebahagiaan