Monday 27 August 2012

RAYA KE 7


Masuk Syawal ke 7.... 4 buah rumah keluarga, saudara mara dan sahabat mengadakan open house. Dalam masa 4 jam saya dan suami berkunjung ke rumah2 terbuka ni....

Saudara rumah pertama terletak di kampong Rimba, kira2 jam 5 ptg (setelah balik kerja), kami menuju ke kg ni.... dan sampai ke sana dlm waktu singkat... pelbagai juadah terhidang... yg berbeza dari rumah2 lain ialah di sini disediakan TAU Fu Fah.... saya memang suka Tau Fu ni.. sedap.... dan lembut rasanya....sehingga hampir maghrib baru kami pulang ke rumah untuk solat.....

Setelah itu berangkat lagi ke rumah ke 2; seorang sahabat. Nasib rumah tak jauh... di kawasan2 sini sahaja ; di ban.... setiap tahun kami pergi ke rumah sahabat ni...mentelah pula tak jauh dari rumah kami.  dan setiap tahun pula dia mengadakan rumah terbuka dan menjemput kami hadir sama.  Ada sate juga.......dan makan ...khusus hati buyah yg sedap ni..........Ketemu kawan di pejabat dan kami duduk semeja untuk santap.......Chewah... jgn pula marah I guna bahasa tu... Setelah hampir habis waktu maghrib, kami balik ke rumah....


Rumah ke 3, ialah  sepupu I, kami balik rumah untuk bawa anak dan pembantu sekali (sebab cousin ni yg carikan I amah ni dulu),  So .... tempat jamuan raya sangat menarik dan unik iaitu diadakan di ruang depan sebelah kanan rumah beliau yang luas itu.  Cantik sangat kawasannya.... dengan neon yg berwarna warni.... Makanan dihidangkan di atas meja panjang dan pengunjung boleh memilih mana2 meja bulat yang disediakan untuk duduk sambil menikmati makanan..... ada makanan jenis seafood; udang, siput dan kerang... cornsoup pun ada.... I cuma sanggup menjamah, kerang dan cornsoup sahaja.  Perut dah sarat... mesti ada ruang kosong lagi untuk rumah keempat nanti.  Bagaimanapun suasana santai di sini membuatkan kita merasa selesa  berlama-lama duduk.

Sari...

Setelah lebih kurang setengah jam duduk, kami memutuskan untuk berangkat balik...... ,  sampai di rumah dan tanpa masuk ke dalam terus menghayun langkah ke rumah yg satu lagi... jeng, jeng, jeng.... bukan orang lain.. rumah KAKAK je yang terletak sebelah rumah... dekat sangat beberapa langkah sahaja sudah sampai. Rumah ke 4 ni rumah terakhir dikunjungi utk mlm ani... sebab jam dah menunjukkan hampir 9.00 malam..... mata sebenarnya sudah mengantok kerana kekenyangan dan letih.  Di sini boleh duduk lama sebab rumah kakak & ampir; di sebelah saja. 

Ni mesti katering KJ ni... sebab bau curry ikannya nyata benar.... ada kepala ikan .... ni kegemaran I lah....., Kalau masa belajar dulu kepala ikan ni terpaksa di pantangkan... bila cuti semestar tiba makan balik dan sekarang ni.... bebas untuk meratah kepala ikan ni semaunya, walaupun tak banyak isi.  Tentu orang2 yang pernah membaca buku2 pendidikan tahu kenapa I pantangkan kepala ikan time belajar dulu kan???!!!!!!.   Tempat kakak ni... ada buah mangga yg sangat manis... mana tidaknya buah2 mangga ni banyak bergantungan di luar rumah  .... sedang berbuah dan masak.   I teruja juga makan mangga ni, walaupun sudahselalu sangat  makan buah ni.  Alhamdulillah... tak payah beli.  Kakak bagi....

Friday 24 August 2012

Hari Raya kedua....


Bermula jam 10.30 pagi sudah berada di rumah abang yang sulung... terletak bersebelahan rumah sahaja. Memang kami adik-beradik telah menerima bahagian tanah dari orang tua kami bersebelahan. Tentulah ada tujuan mereka berbuat demikian. Khususnya jika ada kerja suka duka, mudah bagi kami bersaudara untuk membantu dan bertolong2an antara satu dgn lain.

Rumah abang sudah dipenuhi oleh pengunjung... yang  terdiri daripada keluarga kami sendiri. Kami terus mengaut hidangan yg tersaji untuk makan tengahari atau breakfast..... selesai makan, datang lagi pengunjung yg terdiri daripada keluarga bisan abang..... ramai sangat... akhirnya kami keluar bagi memberi peluang mereka duduk pula.

Sebelum ke rumah kakak yg ke 3, kami menuju ke rumah keluarga suamilah pula, tujuannya bagi melegakakan perut selepas makan tadi (di rumah kakak ke 3 ni pun nak mkn juga nanti)..... sampai di rumah adik ipar ni.... ralek ...makan roti, biskut, kek dan kacang2an sahaja... ringan sikit perut rasanya. Selepas itu beredar ke rumah ipar di sebelah rumah ni pula......rumah hujung lah dulu.  4 orang adik-beradik suami di kg ni... membena rumah sebelah menyebelah / berhampiran.......bhg masing2 1/2 ekar seorang.....Tetapi kami sempat mengunjungi 3 buah rumah sahaja di sini, sebab adik yg sebuah lagi nampaknya tiada berada di rumah... lain kali sahaja daaaaa....

Setelah 3 buah rumah dikunjungi...kami beredar pula ke rumah kakak ke 3 yg terletak di Kg yg sama.... jam telah menunjukkan kira2 12 lalu..... time  makanlah sekarang ni.... sampai sahaja kami dapati begitu ramai keluarga kakak sebelah suami yg berada di rumah tersebut... kami cuma berdiri di ruang makan yg padat dgn manusia itu... sambil mengambil makanan dan tempat duduk yg telah dikosongkan.... memang setiap tahun kakak membuat 'open house' pada raya ke 2.  Rajin benar kakak ni masak looo....  Masakan sedap pulak tu!!!!!!!! BEST sangat.... teringat bapa yg sudah pergi... pandai masak bapak kami tu....khususnya untuk kerja2 musim perkahwinan, tapi sekarang ni dah ada khidmat katering..... 

Pelbagai juadah terhidang: ada bubur chacha, udang goreng, nenas manis, nasi kebuli, ayam, daging, ikan selongsong berkuah dan macam2 lagi....yg bestnya tahai goreng kering bergula....macam keropok.... macammana kakak ni buat ya???? nanti tanya resipinya.


First hari Raya.........

Raya pertama dilalui dengan penuh gembira, kami sekeluarga walaupun sudah kehilangan kedua orang tua .... telah sepakat untuk berkumpul di rumah kakak pada raya pertama. Tahun lepas giliran di rumah abang kami yg sulung . Tahun ini di rumah kakak lah pula. Justeru itu semua keluarga dengan pakaian baru dan beraneka warna berduyun2 menuju rumah kakak.  Kebetulan rumah dekat sahaja, berjalan kaki pun  inda sampai  4 minit.

Bermacam juadah terhidang di atas meja: nasi, ayam, daging, ikan, sambal, telor masin pun ada?., sayur dan sebagainya. Minuman gas hingga minuman campur dan air maneral pun ada, mana2 yg berminat minuman panas boleh memilih mengikut cita rasa masing2.

Rumah kakak penuh dengan adik-beradik, ipar duai, anak2 saudara dan cucu cicit. riuh rendah sahaja bunyinya.  Masa ani tah waktu untuk berkumpul bertemu seluruh keluarga yang kadang2 jarang bertemu. Lebih 60 orang ahli berkumpul dalam suasana hari raya tahun ini. Alhamdulillah....

Setelah hampir jam 12 tengahari kami sekeluarga beredar ke rumah mertua yang tinggal di kampong sebelah sahaja.... Kesian mak dan pak mertua yang sudah lanjut usia, bagaimanapun syukur masih punya mereka.  Dikurniakan kesihatan yang baik biarpun rambut sudah memutih diubun2.  Ibu mertua sampai tidak kenal dengan cucunya yg seorang ini, ..... mana inda c Awang jarang benar ziarah beliau.

Kemudian singgah di rumah kakak ipoar bersebelahan rumah mertua sahaja. Suami kak ipar merupakan ketua kampong di Kg tersebut.  Setelah 10 minit berbual, bertempung pula dengan abang ipar serta keluarganya.  Masa berlalu pantas.... akhirnya kami beredar ke rumah kak ipar yg terletak di atas bukit di kampong yang sama.... jauh sedikit dari mertua dan kak ipar yg tadi.  Berada di rumah kak ipar yg satu ni, terbit rasa kesihan melihat beliau hanya berdua dengan suami... kerana anak cuma 2 orang, seorang pula bertugas.... walaupun baru 2 hari raya....Justeru c adik pula entah ke mana dia.....? Kak ipar ni sangat baik orangnya ..... apa2 pun kita kan minta tolong mesti dihasilkan, kekadang tak sampai hati melihat beliau.....kesepian.

Jam sudah menunjukkan kira2 3 lalu, akhirnya kami beredar ......balik ke rumah, kengalihan... nanti lagi sambung berhari raya.



Friday 17 August 2012



Siang tadi sempat .... ke salon untuk membersih kuku kaki dan tangan .... aktiviti wanita katakan..
Kalau kita mampu apa salah nya kan?
Sebagai wanita perlu juga kita memanjakan diri sendiri... untuk menarik hati suami.... kut!
Lepas itu sambung pula facial..... muka yg sudah berumur ni perlu juga dikencang2kan .... biar... nampak menarik di mata suami juga....
Bukan untuk org lain.... tu....
Apa nak risau, anak2 semua dah besar panjang....
Inilah waktu kita nak jaga badan dan penampilan depan org yg tercinta.  Cewahhhh....

Esok ada lagi aktiviti lain........???????
Teruja menunggu esok...

ddddddd

Wednesday 15 August 2012

Ramadan, taDaRus, TahLil, RattiB, 66 TaHun & DerMa

Asalamualaikum.......

Begitu lama rasanya tangan ini terhenti dari berbicara di ruangan blog kesayangan hamba ini.  Rindu rasanya untuk menukilkan pengalaman yang begitu banyak, apa kan daya kesibukan dan kepenatan kerja membuatkan fikiran ini terbantut untuk menekan huruf-huruf ke monitor.

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya..... biarpun begitu banyak aktiviti dilalui, tidak terasa kepenatan . cuma kepahitan air liur sahaja terasa, umpama makan peria mentah je .......

Kekadang apabila mengikuti aktiviti Tadarus dari rumah ke rumah ahli2  MPK hampir hilang sound ani... mentelah apabila giliran kita memimpin tadarus, Ratib, tahlil dan membaca doa... bagaimanapun Syukur, alhamdulillah...berkat Ramadan acara ini sangat membahagiakan... kaum ibu / wanita kelihatan dengan muka cerah dan bahagia serta senyuman yg menawan... pertemuan yang mengeratkan serta mendekatkan lagi tali silaturrahim antara wanita2 kami......   Mudahan kami tergolong dalam golongan para salihin ..... amin, amin ya Rabbul Alaminnnnnn.

Sangat teruja bila Jumaat dn Minggu sempat bersama kakak2 kami dalam perkumpulan bertadarus ... Kagum dengan ketabahan kakak2 yang sudah berpencen dan setiap hari bertadarus ke rumah para sahabat yang kekadang bukan sahaja di sebelah pagi malah bersambung ke petang mengikut jadual yg telah di aturkan dan dipersetujui individu / tuan rumah.

Di tempat kerja pun setiap hari bertadarus, hingga kadang2 hampir jam 9 .  Lepas itu menyambung aktiviti ke sekolah2 yg dijadualkan untuk dilawati berhubung dnegan aktiviti al Quran khusus di bulan mulia ini.  Alhamdulillah banyak pahala yg diperolehi di bulan Ramadan yg berkat ini.

Di sebelah mlm pula tadarus  dan duty di istana.... walaupun cuma 2/3 kali sahaja sempat mengikut giliran yg sudah diaturkan. Seronok bangat. Lepas sungkai dan makan sedikit makanan terus Maghrib dan bersiap2 untuk berangkat ke istana . kira2 jam 7.10 mlm terus menongkah arus jalan yang dikhuatiri sesak dengan kerita dan manusia lain... alhamdulillah sampai dengan cepat dan mudah je..... hampir jam 10.30 sudah sampai ke rumah semula.

Apabila acara khatam al Quran 66 tahun, sempat pula menyertai persembahan  takhtim dan zikir bersama kawan2 ... dan sempat ziarah Kepada Kebawah Duli Raja Isteri.  Paling bahagia dan merupakan suatu kurnia yg sangat bernilai dan mengharukan apabila semua peserta menerima sebuah al Quran digital yang bersalut kotak kuning.... serta sebiji broch lambang "HB"...... Syukran. syukran, syukran dan menjunjung kasih.... Allah Hu Akhbar.... Maha Besar Allah mengurniakan kami hamba2 di negara ini pemimpin yg mencintai ugama....

Kemarin 13 Ogos lalu.... aktiviti MPK membawa kami bertemu anak2 yatim dan mereka yg memerlukan bantuan di dewan kemasyarakatan kampong.... Makanan di taja oleh JACKHAN Furniture.... Sejak jam 9.30 pagi bersama teman Lauyah , mencari barang-barang keperluan asas untuk sumbangan kepada kaum ibu/bapa yg memerlukan bantuan. 

Kami sempat berada di kawasan Hua Ho kampong kami untuk membeli gula,minuman milo dan minyak masak dan terus dimasukkan ke dalam beg bertanda 'Selamat Hari Raya'.  Beras sudah dibeli awal semlm supaya tidak penuh bonet kerita.   Yahooo... selesai keraja kami untuk hari itu... Lepas itu masuk Bank untuk tukar wang kecil bagi derma untuk anak2 yatim pula.... beli sampul surat dan terus dimasukkan wang hasil derma keluarga ahli2 perkumpulan apabila sampai ke dewan.... berdua bersama sahabat Lauyah terus menghubungi 2/3 orang lagi kaum ibu yg belum sempat dihubungi untuk menerima bantuan petang nanti.  Akhirnya 1.30 semua kerja kami selesai terus balik rumah untuk rehat sekejap.

Hayung jua rasanya walaupun ,....lupa yg kami sedang berpuasa....... enjoy jua........
Sebab itu baru sempat berbicara di sini mlm ani.  Nasib jua ku ambil CUTI..........Yahooooo......


Nd ........