Wednesday 15 August 2012

Ramadan, taDaRus, TahLil, RattiB, 66 TaHun & DerMa

Asalamualaikum.......

Begitu lama rasanya tangan ini terhenti dari berbicara di ruangan blog kesayangan hamba ini.  Rindu rasanya untuk menukilkan pengalaman yang begitu banyak, apa kan daya kesibukan dan kepenatan kerja membuatkan fikiran ini terbantut untuk menekan huruf-huruf ke monitor.

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya..... biarpun begitu banyak aktiviti dilalui, tidak terasa kepenatan . cuma kepahitan air liur sahaja terasa, umpama makan peria mentah je .......

Kekadang apabila mengikuti aktiviti Tadarus dari rumah ke rumah ahli2  MPK hampir hilang sound ani... mentelah apabila giliran kita memimpin tadarus, Ratib, tahlil dan membaca doa... bagaimanapun Syukur, alhamdulillah...berkat Ramadan acara ini sangat membahagiakan... kaum ibu / wanita kelihatan dengan muka cerah dan bahagia serta senyuman yg menawan... pertemuan yang mengeratkan serta mendekatkan lagi tali silaturrahim antara wanita2 kami......   Mudahan kami tergolong dalam golongan para salihin ..... amin, amin ya Rabbul Alaminnnnnn.

Sangat teruja bila Jumaat dn Minggu sempat bersama kakak2 kami dalam perkumpulan bertadarus ... Kagum dengan ketabahan kakak2 yang sudah berpencen dan setiap hari bertadarus ke rumah para sahabat yang kekadang bukan sahaja di sebelah pagi malah bersambung ke petang mengikut jadual yg telah di aturkan dan dipersetujui individu / tuan rumah.

Di tempat kerja pun setiap hari bertadarus, hingga kadang2 hampir jam 9 .  Lepas itu menyambung aktiviti ke sekolah2 yg dijadualkan untuk dilawati berhubung dnegan aktiviti al Quran khusus di bulan mulia ini.  Alhamdulillah banyak pahala yg diperolehi di bulan Ramadan yg berkat ini.

Di sebelah mlm pula tadarus  dan duty di istana.... walaupun cuma 2/3 kali sahaja sempat mengikut giliran yg sudah diaturkan. Seronok bangat. Lepas sungkai dan makan sedikit makanan terus Maghrib dan bersiap2 untuk berangkat ke istana . kira2 jam 7.10 mlm terus menongkah arus jalan yang dikhuatiri sesak dengan kerita dan manusia lain... alhamdulillah sampai dengan cepat dan mudah je..... hampir jam 10.30 sudah sampai ke rumah semula.

Apabila acara khatam al Quran 66 tahun, sempat pula menyertai persembahan  takhtim dan zikir bersama kawan2 ... dan sempat ziarah Kepada Kebawah Duli Raja Isteri.  Paling bahagia dan merupakan suatu kurnia yg sangat bernilai dan mengharukan apabila semua peserta menerima sebuah al Quran digital yang bersalut kotak kuning.... serta sebiji broch lambang "HB"...... Syukran. syukran, syukran dan menjunjung kasih.... Allah Hu Akhbar.... Maha Besar Allah mengurniakan kami hamba2 di negara ini pemimpin yg mencintai ugama....

Kemarin 13 Ogos lalu.... aktiviti MPK membawa kami bertemu anak2 yatim dan mereka yg memerlukan bantuan di dewan kemasyarakatan kampong.... Makanan di taja oleh JACKHAN Furniture.... Sejak jam 9.30 pagi bersama teman Lauyah , mencari barang-barang keperluan asas untuk sumbangan kepada kaum ibu/bapa yg memerlukan bantuan. 

Kami sempat berada di kawasan Hua Ho kampong kami untuk membeli gula,minuman milo dan minyak masak dan terus dimasukkan ke dalam beg bertanda 'Selamat Hari Raya'.  Beras sudah dibeli awal semlm supaya tidak penuh bonet kerita.   Yahooo... selesai keraja kami untuk hari itu... Lepas itu masuk Bank untuk tukar wang kecil bagi derma untuk anak2 yatim pula.... beli sampul surat dan terus dimasukkan wang hasil derma keluarga ahli2 perkumpulan apabila sampai ke dewan.... berdua bersama sahabat Lauyah terus menghubungi 2/3 orang lagi kaum ibu yg belum sempat dihubungi untuk menerima bantuan petang nanti.  Akhirnya 1.30 semua kerja kami selesai terus balik rumah untuk rehat sekejap.

Hayung jua rasanya walaupun ,....lupa yg kami sedang berpuasa....... enjoy jua........
Sebab itu baru sempat berbicara di sini mlm ani.  Nasib jua ku ambil CUTI..........Yahooooo......


No comments: