Friday 24 August 2012

First hari Raya.........

Raya pertama dilalui dengan penuh gembira, kami sekeluarga walaupun sudah kehilangan kedua orang tua .... telah sepakat untuk berkumpul di rumah kakak pada raya pertama. Tahun lepas giliran di rumah abang kami yg sulung . Tahun ini di rumah kakak lah pula. Justeru itu semua keluarga dengan pakaian baru dan beraneka warna berduyun2 menuju rumah kakak.  Kebetulan rumah dekat sahaja, berjalan kaki pun  inda sampai  4 minit.

Bermacam juadah terhidang di atas meja: nasi, ayam, daging, ikan, sambal, telor masin pun ada?., sayur dan sebagainya. Minuman gas hingga minuman campur dan air maneral pun ada, mana2 yg berminat minuman panas boleh memilih mengikut cita rasa masing2.

Rumah kakak penuh dengan adik-beradik, ipar duai, anak2 saudara dan cucu cicit. riuh rendah sahaja bunyinya.  Masa ani tah waktu untuk berkumpul bertemu seluruh keluarga yang kadang2 jarang bertemu. Lebih 60 orang ahli berkumpul dalam suasana hari raya tahun ini. Alhamdulillah....

Setelah hampir jam 12 tengahari kami sekeluarga beredar ke rumah mertua yang tinggal di kampong sebelah sahaja.... Kesian mak dan pak mertua yang sudah lanjut usia, bagaimanapun syukur masih punya mereka.  Dikurniakan kesihatan yang baik biarpun rambut sudah memutih diubun2.  Ibu mertua sampai tidak kenal dengan cucunya yg seorang ini, ..... mana inda c Awang jarang benar ziarah beliau.

Kemudian singgah di rumah kakak ipoar bersebelahan rumah mertua sahaja. Suami kak ipar merupakan ketua kampong di Kg tersebut.  Setelah 10 minit berbual, bertempung pula dengan abang ipar serta keluarganya.  Masa berlalu pantas.... akhirnya kami beredar ke rumah kak ipar yg terletak di atas bukit di kampong yang sama.... jauh sedikit dari mertua dan kak ipar yg tadi.  Berada di rumah kak ipar yg satu ni, terbit rasa kesihan melihat beliau hanya berdua dengan suami... kerana anak cuma 2 orang, seorang pula bertugas.... walaupun baru 2 hari raya....Justeru c adik pula entah ke mana dia.....? Kak ipar ni sangat baik orangnya ..... apa2 pun kita kan minta tolong mesti dihasilkan, kekadang tak sampai hati melihat beliau.....kesepian.

Jam sudah menunjukkan kira2 3 lalu, akhirnya kami beredar ......balik ke rumah, kengalihan... nanti lagi sambung berhari raya.



No comments: