Monday 24 December 2012

4 DisEmBer 2012

Lawatan MPK membawa kami ke Penjara Meraburung, lawatan yang sangat menarik perhatian setiap ahli. Biarpun banyak lagi ahli yang tidak dapat ikut kerana lawatan dibuat ketika waktu bekerja.  Justeru itu kebanyakan jawatankuasa MPK yang menyertai rombongan terdiri daripada mereka yang sudah bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan, belia2 yang sedang menjalani percutian dari persekolahan atau pengajian dan pekerja2 yang mengambil cuti pada hari berkenaan.

Lawatan tersebut merupakan aktiviti yg dirancang oleh Bahagian Sosial dan Kebajikan MPK.  Jawatankuasa dan ahli2 MPK sendiri membuat beberapa perancangan yang menarik bagi ahli2nya yang akan dikendalikan oleh setiap bahagian yang terdapat dalam MPK tersebut. Setiap bahagian pula diketuai oleh seorang ketua dibantu oleh seorang penolong dan ahli2 yg dilantik.  Kejayaan mengadakan beberapa projek/program lalu telah membawa MPK ini lebih giat meneruskan pelbagai aktiviti yang boleh membawa kemajuan kepada kaum wanita kampong kami khususnya.












MuSiM BuaH2an

Tahun 2012 ni banyak sangat buah di negara kami, pelbagai pokok mengeluarkan buah. Seolah-olah buah2an berlambak-lambak dan tak habis dimakan. Sehingga ada pula pihak individu maupun persatuan menawarkan pesta makan buah2an percuma.  Ah pening benar kita dibuatnya. Di rumah pun banyak sangat buah... baik yang dibeli, diberi dan diambil sendiri dari kebun adik beradik dan saudara mara. Kalau dulu untuk mendapatkan dan makan buah tersebut dibeli dengan harga yang mahal.. tetapi sekarang buah tersebut sudah tiada berharga. Malahan ditawarkan pula untuk mengambil  di kebun / ladang-ladang persendirian kerana tak habis diambil, tak habis dimakan dan tak laku kalau pun dijual dengan harga murah.

Bagaimanapun sedikit masa lagi, apabila buah2 tadi hampir habis, harganya akan melambung naik semula. Ini perkara biasa yang sering berlaku di sini.  Mahal2 pun tetap laku kerana liur nak makan buah2 tersebut tak pernah habis/padam.  Inilah namanya manusia, tak pernah puas dan kenyang. Ketika buah itu banyak selera pula  tertutup... kadang2 melihat buah sahaja sudah bosan... ini ketika buah masih banyak! Tunggulah bila buah tersebut dah nak habis musim... TunGGu DaN LihAT SaHaJA...

Buah durian (durian pulu, durian kuning, durian otak nengalah, durian putih kampong kahwin dan tak kahwin, durian siongong, durian suluk n etc), langsat, rambutan, pulasan, tarap, kembayau, mangga, tibedak / cempedak, meritam, binjai, belunu, membangan, jambu, kelapa, mata kucing / longan, manggis,  malah buah burberry pun lebat ditangkai.


Durian kuning dari kebun kakak


buah pulasan kahwin tebal isinya
diambil dari kebun kakak


buah jambu 'pink rose' dari kebun sendiri

buah tibadak/cempedak dari kebun pak mertua


langsat dan rambutan dari kebun mertua kepada
abang ipar yang tak habis diambil dan dimakan

rambutan dijadikan hidangan dimajlis2 kahwin
 dan sebagainya
buah mangga dari kebun sendiri,
sentiasa mengeluarkan buah sepanjang tahun dan
disedekah kepada keluarga, saudara mara dan kawan2



buah burberry dan kelapa kuning dari  tanaman
 yang terdapat di sekeliling rumah kami.
Kelapa pandan yang sedap airnya juga ditanam
 di tepi rumah


Seassons Rest........

Sempat pula minum pagi bersama kawan2 walaupun sedang menjalani percutian. Sesekali lepak sama kawan2 merupakan kenangan manis yang tak kan terlupakan. Alhamdulillah, perancangan awal berjalan lancar, walaupun lewat sedikit.   Seassons Restaurant menawarkan package buffet yang terendah dibandingkan hari-hari biasa di musim percutian persekolahan. Tawaran pada hari tersebut adalah masakan Jepun.


 





Thursday 15 November 2012

TAHUN 1434H


ASALAMUALAIKUM,
 
KHAMIS (16 November 2012m), Awal Hijrah 1434 sudah menjelang.  Rabu malam Khamis, Negara Brunei menyambut kehadiran bulan Muharram dengan sembahyang beramai-ramai di masjid-masjid di negara ini.  Di Masjid Jame' Sultan Haji Hassanal Bolkiah di samping sembahyang Maghrib dan Ishya berjemaah, diselajurkan juga Sambutan Untuk Anugerah Sempena Hijrah kepada tokoh2 dan negarawan yang banyak berbakti dan menabur jasa kepada negara.  
 
Di tengah-tengah sambutan tahun baru hijrah, majlis perkahwinan berjalan rancak.  Setiap minggu pada bulan November majlis perkahwinan diadakan.  Tidak hanya pada hari minggu, malah hari Jumaat atau hari-hari biasa Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu majlis persandingan ada dimana-mana. kebanyakan pada hari-hari bekerja, perkahwinan diadakan di sebelah malam pula.  Biar pun hujan, ribut dan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu... majlis kahwin tetap diteruskan.  Majlis-majlis perkahwinan pula diadakan di tempat-tempat tertutup dan selamat: seperti di dewan-dewan. 
 
 
Majlis perkahwinan di dewan persidangan Bradex
 
Di samping itu pada 14 November  telah di adakan Pesta Jualan Buah-buahan / Ekspo pokok-pokok buah, bunga-bungaan dan hasil-hasil pertanian serta hal-hal yang berhubung dengan pertanian di adakan di Emphi-Theatre Jerudong. Pelbagai  hasil tani di jual di pesta tersebut.....Ramai pengunjung yang hanya sekadar berkunjung dan menjamu mata, atau membeli dan memborong semua buah yang dijual hadir di pesta itu. Jualan akan berlangsung sehingga bulan Disember nanti.  Tambahan pula di negara ini pada bulan November hingga Disember adalah MuSiM BuaH-BUaHan. 
 
Ada buah pulasan dan rambutan
 
 
Pokok pulasan lebat berbuah,
Rasanya manis sungguh menawan,
Silat Pak Hassan hebat sungguh,
Selain merupakan seorang dermawan.
 
 
 


Tuesday 6 November 2012

Lawatan Ke sekolah...

 LAWATAN KE SU DI KIARONG
 
 
Bersama Guru Besar sekolah ini c. Hj Amran
 
GB SU Kiarong dan
GB SU Surau: Hj Shahrom
Sebahagian guru yang bertugas di SU tersebut
 
 
***********************************
 
LAWATAN KE SU JIS
 
Bersama Guru Besar SU : H. Noraidah
bilik GB kemas dan selesa
 
H.Mastura, Me, GB n H. Tiamah
 
 

Wednesday 31 October 2012

bengkel....


Bengkel Jabatan diadakan pada Oktober, selama 4 hari (Isnin hingga Khamis). Walaupun cuma di sebelah pagi...tetapi cukup teruja berkumpul bersama kawan2 dari seluruh negara. 

Bersama kumpulan USU

Wakil kumpulan pada hari pertama

kawan dari USU mempersembahkan lakonan
 antara guru dan penyelia
 
rakan dari kumpulan lain
diskus semantara menunggu giliran
Pg Hjh dan Puan Hajah meraih gelaran
pelakon popular pada hari ke 2 bengkel
Sesi lakonan menjadi mentor dan guru
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
 
SESI REHAT
HARI KEEMPAT / TERAKHIR
 
Pelbagai makanan dibawa peserta

 menunggu giliran mengaut hidangan 
  
bergambar kenangan bersama Puan Hjh
 
Sayur tarap;
Lazat lagi enak disantap bersama nasi
Telur dadar gulung;
hidangan istimewa berbentuk popia
Bubur chacha ke!
laksa tanghoon pun ada 
Pais ikan rumahan
Salai ikan tengiri
Puding Yam berlapis
pembasuh mulut;
merah dan manis rasanya
Bergambar ramai selepas bengkel
bersama fasilalator:
Dr Pg. Norashikin, Dr Aziz, Dr Gamal n Dr Adnan