Monday 24 December 2012

4 DisEmBer 2012

Lawatan MPK membawa kami ke Penjara Meraburung, lawatan yang sangat menarik perhatian setiap ahli. Biarpun banyak lagi ahli yang tidak dapat ikut kerana lawatan dibuat ketika waktu bekerja.  Justeru itu kebanyakan jawatankuasa MPK yang menyertai rombongan terdiri daripada mereka yang sudah bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan, belia2 yang sedang menjalani percutian dari persekolahan atau pengajian dan pekerja2 yang mengambil cuti pada hari berkenaan.

Lawatan tersebut merupakan aktiviti yg dirancang oleh Bahagian Sosial dan Kebajikan MPK.  Jawatankuasa dan ahli2 MPK sendiri membuat beberapa perancangan yang menarik bagi ahli2nya yang akan dikendalikan oleh setiap bahagian yang terdapat dalam MPK tersebut. Setiap bahagian pula diketuai oleh seorang ketua dibantu oleh seorang penolong dan ahli2 yg dilantik.  Kejayaan mengadakan beberapa projek/program lalu telah membawa MPK ini lebih giat meneruskan pelbagai aktiviti yang boleh membawa kemajuan kepada kaum wanita kampong kami khususnya.












No comments: