Monday 24 December 2012

MuSiM BuaH2an

Tahun 2012 ni banyak sangat buah di negara kami, pelbagai pokok mengeluarkan buah. Seolah-olah buah2an berlambak-lambak dan tak habis dimakan. Sehingga ada pula pihak individu maupun persatuan menawarkan pesta makan buah2an percuma.  Ah pening benar kita dibuatnya. Di rumah pun banyak sangat buah... baik yang dibeli, diberi dan diambil sendiri dari kebun adik beradik dan saudara mara. Kalau dulu untuk mendapatkan dan makan buah tersebut dibeli dengan harga yang mahal.. tetapi sekarang buah tersebut sudah tiada berharga. Malahan ditawarkan pula untuk mengambil  di kebun / ladang-ladang persendirian kerana tak habis diambil, tak habis dimakan dan tak laku kalau pun dijual dengan harga murah.

Bagaimanapun sedikit masa lagi, apabila buah2 tadi hampir habis, harganya akan melambung naik semula. Ini perkara biasa yang sering berlaku di sini.  Mahal2 pun tetap laku kerana liur nak makan buah2 tersebut tak pernah habis/padam.  Inilah namanya manusia, tak pernah puas dan kenyang. Ketika buah itu banyak selera pula  tertutup... kadang2 melihat buah sahaja sudah bosan... ini ketika buah masih banyak! Tunggulah bila buah tersebut dah nak habis musim... TunGGu DaN LihAT SaHaJA...

Buah durian (durian pulu, durian kuning, durian otak nengalah, durian putih kampong kahwin dan tak kahwin, durian siongong, durian suluk n etc), langsat, rambutan, pulasan, tarap, kembayau, mangga, tibedak / cempedak, meritam, binjai, belunu, membangan, jambu, kelapa, mata kucing / longan, manggis,  malah buah burberry pun lebat ditangkai.


Durian kuning dari kebun kakak


buah pulasan kahwin tebal isinya
diambil dari kebun kakak


buah jambu 'pink rose' dari kebun sendiri

buah tibadak/cempedak dari kebun pak mertua


langsat dan rambutan dari kebun mertua kepada
abang ipar yang tak habis diambil dan dimakan

rambutan dijadikan hidangan dimajlis2 kahwin
 dan sebagainya
buah mangga dari kebun sendiri,
sentiasa mengeluarkan buah sepanjang tahun dan
disedekah kepada keluarga, saudara mara dan kawan2



buah burberry dan kelapa kuning dari  tanaman
 yang terdapat di sekeliling rumah kami.
Kelapa pandan yang sedap airnya juga ditanam
 di tepi rumah


No comments: