Sunday 14 April 2013

Jumaat dan Ahad....


CUTI  awam : Jumaat dan Minggu adalah hari-hari yang sentiasa dinanti-nanti kehadirannya setiap hujung minggu. Justeru pada waktu beginilah penjawat awam boleh rehat selepas bekerja selama 5 hari dalam seminggu. Pelbagai perkara boleh dibuat.. ziarah keluarga, saudara mara, ziarah kubur orang tua, bersih-bersih rumah, memasak pelbagai juadah untuk keluarga.. tapi yang paling malas ialah terpaksa hadir ke majlis-majlis undangan... yang kadang2 suasananya merimaskan, panas dan ditambah lagi kalau hujan, dimana peluh bercucuran... basah sebab kehujanan dan badan pun inda nyaman jadinya.  Tapi bila majlis itu diadakan di dewan-dewan khusus adalah lebih selesa dan senang rasanya untuk hadir sama. bagaimanapun mesti jua hadir... setiap undangan wajib dihadiri kecuali berhalangan.


Hari Jumaat ni.... rajin pulak nak masak macam-macam... ada ayam masak kampong, ikan temenong salai cicah sambal limau nipis berkicap, sambal udang berlado, sayur kangkong tumis , sayur labu dan ulam penggaga.  EEEhhhh 'banyak jua masak hari ani mak....' , pandai pula anak I ni tanya.  Ia lah kadang2 malas nak masak waktu bekerja..... penat kalau tengahhari tu... jadi bagi bonuslah hari Jumaat dan Minggu untuk juadah keluarga.... 'Apa tak makan ulam penggaga ni...?' Suami kata macam tak cukup tangan nak ambil sebab banyak sangat nak dimakan.... tu lah minta macam2.... bila dah disediakan tak mampu pulak nak makan semua. ...... !!!!!! yang penting aku dan masak mana yg ditaisliurkan suami...nasib aku tak sediakan ikan asin goreng dan timun cicah sambal belacan..... siapa sanggup makan....!!!  Ada bubur kacang hijau Pulak tu......


Santai di pantai Terindak...