Thursday 15 November 2012

TAHUN 1434H


ASALAMUALAIKUM,
 
KHAMIS (16 November 2012m), Awal Hijrah 1434 sudah menjelang.  Rabu malam Khamis, Negara Brunei menyambut kehadiran bulan Muharram dengan sembahyang beramai-ramai di masjid-masjid di negara ini.  Di Masjid Jame' Sultan Haji Hassanal Bolkiah di samping sembahyang Maghrib dan Ishya berjemaah, diselajurkan juga Sambutan Untuk Anugerah Sempena Hijrah kepada tokoh2 dan negarawan yang banyak berbakti dan menabur jasa kepada negara.  
 
Di tengah-tengah sambutan tahun baru hijrah, majlis perkahwinan berjalan rancak.  Setiap minggu pada bulan November majlis perkahwinan diadakan.  Tidak hanya pada hari minggu, malah hari Jumaat atau hari-hari biasa Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu majlis persandingan ada dimana-mana. kebanyakan pada hari-hari bekerja, perkahwinan diadakan di sebelah malam pula.  Biar pun hujan, ribut dan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu... majlis kahwin tetap diteruskan.  Majlis-majlis perkahwinan pula diadakan di tempat-tempat tertutup dan selamat: seperti di dewan-dewan. 
 
 
Majlis perkahwinan di dewan persidangan Bradex
 
Di samping itu pada 14 November  telah di adakan Pesta Jualan Buah-buahan / Ekspo pokok-pokok buah, bunga-bungaan dan hasil-hasil pertanian serta hal-hal yang berhubung dengan pertanian di adakan di Emphi-Theatre Jerudong. Pelbagai  hasil tani di jual di pesta tersebut.....Ramai pengunjung yang hanya sekadar berkunjung dan menjamu mata, atau membeli dan memborong semua buah yang dijual hadir di pesta itu. Jualan akan berlangsung sehingga bulan Disember nanti.  Tambahan pula di negara ini pada bulan November hingga Disember adalah MuSiM BuaH-BUaHan. 
 
Ada buah pulasan dan rambutan
 
 
Pokok pulasan lebat berbuah,
Rasanya manis sungguh menawan,
Silat Pak Hassan hebat sungguh,
Selain merupakan seorang dermawan.
 
 
 


No comments: