Tuesday 3 February 2009

Ronda-ronda

Ni saja ........ menjamu mata !

KAMI KELUAR BILIK untuk jalan-jalan di kota LONDON kira-kira pukul 12.00 lalu tengahhari. Tempat yang mula-mula kami kunjungi....apa nah? Tentulah tempat makan, yang terletak cuma dua atau tiga buah bangunan sahaja jaraknya dari BRUNEI HALL . RESTORAN MALAYSIA atau 'Rumah SATE', saya pesan 'NASI AYAM'.... Wah..... sOdapnya... lama tak makan... sOdap sangat nasi ayam ROASTED ni, tambahan lagi dimakan bersama SUP sayur........ selain itu kami 3 beranak juga pesan SATE... Harga sate untuk ENAM CUCUK kira-kira £6 lebih. Mahal sangat , walaupun saiz sate sama seperti sate biasa yang dibuat di negara sendiri. Maklumlah di Kota LONDON ni semua serba mahal....... Kalau datang ke sini mesti bawa duit ribu-ribu £, kalau cuma RATUS-RATUS tak main ..... ! RATUS RIBU lagi baik.... sebab ada-ada saja kan dibeli kalau masuk kedai. Nasi ayam pun MAHAL tapi sOdap. Kami juga pesan PERGEDEL dengan harga £2 lebih.... rupanya cuma 2 biji... tapi saiz KING dan sOdap juga. Semua serba sOdap , maklum....sesuai dengan harga yang serba satunya MAHAL.


Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sahaja ke kedai 'DAVINA', eh.... lawa-lawa jua jenis kasut di sini ani, tapi macam ada yang masih sama macam ku lihat bulan JANUARI tahun lepas ku ke mari...! entahlah....


SEPANJANG jalan raya masih bertaburan dengan salji yang turun semalam.... masih keras dan lambat untuk cair..... beberapa orang pekerja Bandaran (mungkinlah) kelihatan membersihkan lalauan pejalan kaki yang masih bersalji dengan menggunakan 'eskop' (entah luruskah namanya tu?) dan membuang SALJI ke tepi jalan. Jalan raya laluan kenderaan pula kelihatan kotor dengan bauran salji dan kotoran ... yang mungkin debu atau minyak dari kenderaan, sehingga kelihatan kawasan tersebut berwarna kehitaman . GELI JUA rasanya kan memijak. Sesekali kelihatan salji dilemparkan ke bawah di tempat kami LALU, yang entah dari mana datangnya. Tapi yang pastinya dari ATAS... entah dari penghuni bangunan di atas sebelah KIRI atau KANAN. Beberapa orang pejalan kaki mendongak ke atas untuk mengetahui pelakunya. Sungguh tidak sopan..... MASIH ADA JUA YANG BELUM ............. DI BANDAR BESAR MACAM NIiiiii.... !!!!!


SETELAH menukar sedikit wang Riyal kepada pound.... di tempat menukar wang ASING, kami meneruskan perjalanan ke kedai MARK & SPENCERS . Biasanya di sini terdapat baju yang BERSAIZ BESAR ................ heheheh..... faham-fahamlah. SEMPAT jua menyimbat baju untuk suami.... akhirnya belek punya belek, cuba satu demi satu..... inda ada yang sesuai dan tepakai....


Kadang-kadang tefikir jua berapa berat timbangan kg untuk barang ni bila balik esok...... ? mudahan OK LAH.


di Paddington Station



AKHIRNYA kami menuju PADDINGTON STATION .... Saja....... ke sana, Ohhhhh..... buka tempat jual 'TIE RACK', wow.... jumpa lagi tudung ni... lawalah. SEMPAT lagi membeli 4 HELAI dengan design yang berbeza.

duduk sekejap menghilangkan lenguh kaki
SAKIT KAKI BERJALAN.... baru jua beberapa JAM.... kadang-kadang ambil peluang jua duduk di tempat menunggu BUS, bukan apa..... menghilangkan lenguh kaki. Sampai di bilik, REHAT sekejap..., sebelum mandi dan urusan lain.....

No comments: