Friday 12 June 2009

Tumbuhan, Bunga & Orkid

Bunga biasa mengeluarkan bunga tanpa berhenti. Begitu juga pokok bunga buluh yang dibawa dari luar negara beberapa tahun dulu bertambah besar dan buluhnya sudah dapat di ambil untuk dibuat tongkat. Buluhnya berbuku-buku seperti pokok tebu tetapi lebih besar bukunya dan keras pula. Pokok bunga raya, bunga keladi.... sungguh indah menawan hati..... dengan bunga yang berwarna putih, kuning dan merah.... Manakala, pandan juga tumbuh dengan suburnya..... dapat tah membuah cindol, kueh tako dan kusoi yang kami pelajari masa d Oman atu nanti....!


rimbunan pokok buluh


bunga buluh ini dibawa daripada luar negara
buluhnya boleh diperbuat tongkat, kuat dan berbuku-buku
ditanam sejak lebih 3 tahun yang lalu
pandan
bunga raya putih

bunga raya kuning
bunga jenis buluh berbintik putih
bunga jenis daun
bunga jenis daun yang uratnya ditengah berwarna merah


Pokok buah-buahan mengeluarkan buah, meskipun cuma setangkai dua, bukan musim buah pun. Justeru itu buahnya tidak banyak.... Pada hal semasa kan balik semula Oman bulan Mac lalu.... Pokok longan tengah berbuah, pisang, kelapa, begitu juga mangga....... tapi masa ni mangga epal sedang mengeluarkan buah dan berbunga..... mangga jenis ini tidak berkira bila dia nak berbuah walaupun 2/3 kali kadang-kadang setahun... Bila b
anyak disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah rumah yang kebanyakannya adik-beradik sendiri. Pokok mangga yang di bawa dari luar negara juga sudah mengeluarkan buahnya.... kan merasai jua... walaupun sudah pernah berbuah sekali, tapi kami berada di luar negeri ketika itu.




Bunga orkid ni apa pun jenisnya memang bunganya sangat cantik dan menarik, Walaupun kami tinggalkan belayar jauh... tapi tetap mengeluarkan bunga. Tukang siramnya pembantu kami dari Sambas tetapi yang memelihara dan membubuh baja adik kami Rosli dan isterinya Diana yang menghuni rumah ini. Kalau tiada penjagaan rapi tentu bunganya tidak muncul-muncul. Thank u very much for my younger brother n his wife.


Walaupun masa ini musim panas dan bunga-bunga orkid sudah semakin tua, layu serta gugur, tapi ia akan tetap mengeluarkan bunga-bunganya yang sangat menawan itu........ yang penting bubuh baja dan d beri minum selalu. Kebanyakan orkid-orkid tersebut dibeli daripada anak saudara pupu sekali d kampong Mulaut, Sengkurong.


SELAMAT BERTANAM ORKID........









No comments: