Sunday 7 June 2009

Majlis Kahwin


SELAMAT PENGANTIN BARU


Pengantin baru besalaman dengan para tetamu


Makanan sudah terhidang di atas meja,
dari restoran Nurizna dan menunggu
baca doa je lagi......


Tengahari tadi menghadiri undangan perkahwinan cucu kepada saudara pupu sekali. Undangan bertempat di Dewan kemasyarakatan Sengkurong. Baru dua hari berada di Brunei, sudah menghadiri jemputan walaupun mata kadang-kadang masih mengantok. Tapi, saya suka aktiviti seperti ini. Dapat bertemu saudara mara dan sahabat handai yang lama ditinggalkan. Ada yang terkejut, dan tidak kurang pula yang sudah tau saya balik ke Brunei. Cuma belum tahu yang saya balik untuk bertugas semula. Seronok sangat, di majlis ini juga terjumpa biras saya, dimana suaminya abang kepada suami sendiri. Terkejut sakanlah dia, sebab belum sempat khabarkan kepulangan kepada adik-beradik sebelah suami, kecuali kepada kakak Nauyah (kakak Hj) sahaja.


Ahhhh........ inilah Three's Sisters ;
Kak Hjh Rose, Hjh Asmah n me


Untung juga majlis diadakan dalam dewan, yang dibekali dengan alat penghawa dingin. Kalau tidak habis bermandi peluh, apa lagi cuaca di negara Brunei semakin panas. Tapi tidaklah sepanas Oman jika dibandingkan yang kadang-kadang mencecah 51 degree di bandar Muscat. Wallah hu aalam.

Saudara pupu sekali (tudung biru),
dan saudara pupu 2 x (berapa banyak pupu daaa... !)
di sebelahnya berbaju n betudung pink
bersama rakan-rakan mereka


Majlis ringkas dan sederhana, maklum sebelah pengantin lelaki. Acara selesai lebih awal dari jangkaan, sebab akan bertolak ke rumah pengantin perempuan. Macam mana pun saya dan kakak-kakak malas ikut ke rumah pengantin perempuan untuk persandingan. Apa-apa pun tahniah kepada anak sepupu; Hjh Kalsum dan Pg Ariffin kerana menerima menantu ke 2 dalam keluarga. Mudahan bertambah ramai ahli keluarga dengan kelahiran cucu-cucu nanti. Amin........



Tetamu perempuan

Ketika acara makan hendak bermula, kedengaran bunyi meja seolah- olah runtuh.... semua mata mengarah ke meja berdekatan pentas.... Ohhhhh..... rupa-rupanya kaki meja terpeliot ..... agaknya tidak betul kedudukan kaki meja tersebut. Ingat runtuh terus bersama hidangan yang ada di atasnya. Kalau tidak tentu berlapar tetamu yang berada di meja tersebut atau kalau tidak pun terpaksa tetamu berkenaan di bawa ke restoran berdekatan... Hah ada..... ADA........ SAJA...........

No comments: