Monday 8 June 2009

picture d Oman lagi

Turkist Restoran


Sambil makan dapat juga menjamu mata melihat ikan emas dalam aquarium yang betul-betul di hadapan meja kami. Seronok melihat ikan-ikan tersebut.

Roti arab yang diperbuat daripada pelbagai jenis tepung sangat lazat dan membuka selera bila memakannya, walaupun hanya bercecahkan mayonis dan ulam-ulaman arab yang lain. Mengikut sejarahnya makanan asasi bangsa Arab adalah roti. Roti di atas adalah sebahagian daripada makanan tersebut, barangkali cuma mempunyai sedikit perbezaan mengikut negara dan bangsa Arab yang pelbagai. Justeru bila berada di negara Arab, kita jadi terikut-ikut dengan kebiasaan memakan roti tersebut. Bagaimanapun tetap mencari makanan asasi kita iaitu NAsi.


Salatnya pula berwarna warni ..... ada warna orange, pink, hijau, kuning dan puteh. Bukan orang dewasa sahaja yang menyukainya malahan d kalangan kanak-kanak juga. Pandai kan diorang ni menarik selera pengemar-pengemar makanan jenis salat. Kita boleh mendapat bekalan vitamin yang mencukupi. Justeru itu restoran ni sentiasa ramai pengunjung terutama d hujung minggu / semasa cuti awam.



Ikan bakarnya juga sangat sedap dan masih baru... macam baru dpancing saja. Memang pun agaknya, pancing dalam aquarium. Pilih saja ...mau kecil atau saiz besar. Tapi kalau berdua saja makan... jangan tamak nak order besar... mesti tidak habis punya. Lainlah kalau lapar sangat.... mesti kepala pun habis dibaham. Ni macam rimau pulak, main baham-baham. Jangan marah ya!.


Makan di Turkist restoran ni semua macam sedap, asal sanggup makan apa yang di pesan. KeNApa ? Sebab makanan yang dipesan semua segar-segar / fresh n banyak, kadang perut kita Melayu ni mana mampu membedal semua makanan yang dipesan. Nafsu saja besar, bila makan lekas pula kenyang. Itulah jangan order banyak sangat.


Japengo cafe



Dinner d Japengo berdua, sesekali siok jua keluar waktu hampir tengah malam dan singgah di cafe yang terletak di kawasan pantai untuk menjamu selera. Di premis ini kebanyakan pelayannya Indonesia dan tukang masak pun ada Indonesia, sebab malam tersebut kita pesan nasi goreng Indonesia (sedap loooooo0), ada ayam goreng, satay dan ulaman seperti timun. Ini pun tidak habis dimakan sebab perut pun bukan lapar sangat.



No comments: