Thursday 20 September 2012

Sambutan Raya Mukim

MEETING UntUk SamButaN Raya MukiM
Kaum wanita juga bergiat aktif dalam persatuan kampong  
Kelihatan H.Rokiah, me n H. Munah 
Penghulu mempengerusikan perjumpaan 
H. Fatimah, H.Munai, H. Kiah n kak Ros 
kaum lelaki: MPK Sengkurong 'B' 

Kelihatan beberapa orang ahli MPK
memberi pandangan berhubung
menu yang kan dibawa untuk
sambutan raya nanti


12 September 2012 (malam)

Seperti juga tahun2 lalu, bersama ahli Perkumpulan Kampong dan mukim mengadakan sambutan hari raya ... di dewan mukim....sambutan yang bermula selepas Isya itu telah berjaya menarik ramai penduduk kampong yang diundang untuk hadir pada malam tersebut.

 
Perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 




Buah tangan PWMPK berupa kuih-muih kampong:
Dalamu, wajid, kelupis dan penyaram

 
 
 
Mukim yang terdiri dari 7 buah kampong tersebut telah menyediakan 7 buah pondok yang dipertandingkan. Pondok yang tercantik, dengan menu yang terbanyak, makanan dan kuih mueh yang nyaman, memuaskan, menarik dan layanan ahli2 yang ramah, saling bekerjasama dan toleran...memberi kemenangan kepada pondok kami.... YAhoOooo.... semua ahli bersorak kegirangan. Tidak sia2 penat lelah pengerusi MPWMPKSB dan ahli2 yang bertungkus lumus menghias pondok dengan pelbagai bunga dan lampu cucul yang berwarna warni... walaupun tema bagi pondok kami mlm itu ialah BIrU.  Baju biru dan tudung biru.... Tahun lepas warna orange.... tahun depan entah apa pula temanya?????
 
 
 
Siok jua.. biarpun siang hari penat kerana kerja2 pejabat.... sehingga tidak sempat untuk merehatkan badan.  Datang ke rumah terus solat, mandi... dan bersiap2 untuk ke majlis RaYa.... Teruja... melihat kerita sudah banyak di perkarangan dewan.... sambutan dari penduduk kampong lebih memberangsangkan tahun ini... dengan tetamu kehormat menteri di Jabatan Perdana Menteri. Alhamdulillah,  majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.....

Bubur durian monthong
 
Daging masak kunyit dan ikan karok
Sambal hati buyah dan hati kerbau

AyAm gOrEnG kAmPOnG

 DaGinG kijang masak kunyit & SaYuR umbut Luba

BuBuR Sibujang Sengkurong 'B'
 
 KeraBu Umbut RoTaN



 
 Sayur batang pisang masak lemak dan lamiding
 



 
Kami tidak sempat melihat pondok kampong lain... kerana ghairah melihat menu di pondok kami yang dimasak sendiri oleh ahli wanita kami. Ada gulai rebung, umbut Luba, umbut kelapa, umbut rotan, lamiding, sambal lada, ikan karok masak kunyit, daging masak kampong, ayam goreng, nasi kuning, sambal hati buah, kuih sibujang, bubur durian, dan pelbagai juadah lain yg menyelerakan....... Kata orang sedikit seorang memasak....!!!! kerjasama yg jitu antara ahli dlm PWMPKSB sangat menggalakkan.... rasa semua ahlli seperti adik beradik sahajaaaaaa..... "Pondok Hidangan SeleRa KampoNg" katakan.



Kelihatan kuih bahulu, kuih hijau, tapai dan  pergedel

 












                
Kuih dalamu dan wajid, antara makanan


tradisional yang digemari di mukim ini

Kami juga sempat mempersembahkan lagu raya....." SeLaMaT HaRi RaYa", lagu yang pernah didendangkan oleh biduanda SaloMa. Persembahan dari orang2 lama ani... mantap jua.... saling kerjasama... berjaya membuahkan hasil yang diharap2kan..... 
 
 Pondok himpunan selera kampong juara pada malam tersebut


antara ahli PWMPKSB yang hadir pada malam itu

 
 
Sisah, kak Yam, Ain.. dan kak Ros
 
Mana inda nombor " SATU " , lawaaa banar 'pondok Hidangan SelerA Kampong' kami malam atu....makanannya pun enak2... tahun lepas pun dapat nombor satu.... tahun depan kamu mau lagi dapat nombor SaTu atu.... 
 
I   LoVe   PWMPKSB...
 Anak saudara 'wafi'  bersama ibunya








Warga emas juga tidak dilupakan pada malam itu, mereka diraikan dalam sambutan tersebut.  Umur antara 85 ke atas menjadi idaman setiap orang. mudahan kita bisa sampai ke umur itu. amin.... asal tidak menyusahkan orang lain. 
Bu Hjh Laminah:
Emak saudara (adik-beradik bapa ku)
berusia lebih 85 tahun
Bapa mertua berusia 92 tahun, usia yang jarang dimiliki semua orang. Pak mertua rajin berkebun, membuat parang kalau di rumah. Semasa mudanya beliau seorang guru silat di kampongnya. Soal makanan, bapa dan mak mertua tak makan yg jenis berminyak tetapi lebih suka makan ikan masak kunyit dan air sahaja / rebus air. Barangkali ani tah yg membawa kepada kesihatan beliau yang baik tanpa sebarang penyakit. Tahniah pak dan mak (mak mertua dah dapat anugerah warga emas tahun lepas). Alhamdulillah ,  mudahan Allah sentiasa melimpahkan kesihatan yang baik,  rezeki yang cukup dan umur yang panjang kepada kedua mertua ku yang tercinta.  Amin. 
 
Bergambar ramai selepas acara
walaupun banyak sudah yang balik

Berdiri dari kanan: H.Rozaimah, Sisah, H.Rosminah, kak HjhRos, Ramziyah, H.Sauyah, H.Nurah, H.Mariam, Radiah, H.Kaidah,  Rasidah & anak saudara.
Duduk dari Kiri: 2 orang warga Kampong, H. Asinah, H.Maznah, H.Rokiah, H.jariah, H. Fatimah & anak ahli.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: