Sunday 9 September 2012

PenganTin 2012

Hai ... siang tadi ke  majlis kahwin anak saudara sepupu belah suami...
Hari tak panas sangat.... walaupun ada bas untuk mengangkut para jemputan naik ke bukit... tapi kami lebih senang jalan kaki ke kem pengantin.... hampir setengah jam duduk, hujan turun.,... biarpun tidak lebat.   Duduk berdekatan ipar duai dan anak sepupu... sangat menyenangkan sebab ada kawan bercerita.

Sebelum tu... minggu lepas ke jemputan kahwin di Bradex.... masih anak saudara pupu 2 kali sama kami. Ramai tetamu.. apa lagi keluarga pengantin kedua belah pihak berkongsi dewan yg sama... mudah.. dan menyenangkan jemputan, tidaklah perlu menunggu lama untuk menikmati jamuan... walaupun tidak lapar sangat sebab acara dijalankan sebelah malam sahaja.

Jemputan sebelah tengahari ni pun... kita tak perlu lama untuk menunggu pak imam membaca doa dan menikmati hidangan yg tersaji... sebelum makan, mempelai lelaki sudah datang, jadi kami berkesempatan menatap wajah kedua pengantin di luar rumah ... kerana ada adat membasuh kaki juga... cuma tak sempat ambil gambar kerana camera tertinggal di rumah..... macammana pun ke 2 mempelai sama cantik sama padan... bagai pinang di belah 2... bagai merpati 2 sejoli.......... SeLamaT PenganTin BarU Lai........ 

Minggu depan ada lagi PengantiNan Di rumah Kak Sepupu pada suaMi ni..... Anak lelaki pulaK...  Jemputan di tempat lain pun ada Jugak...Lupa pulak sapa!!!!!!! sekarang ni musim perkahwinan... masing2 berebut hari, tarikh, dan tempat untuk melangsungkan persandingan.... habis hotel, dewan dan kawasan2 yg sesuai dan luas di sewa untuk menempatkan para jemputan... Wallah hu A'alam.......

No comments: