Sunday 2 September 2012

Aktiviti bulan Ramadan

Asalamualaikum,

Kesibukan kerja membuatkan kekadang malas berbicara di sini.

Tidak seperti bulan-bulan yang lalu, rajin sangat menulis di ruangan ini.

Telah hampir ke penghujungnya Ramadan dilalui... banyak aktiviti yang dijalani malah tadarus bulan mulia dimana-mana..... Kekadang hampir hilang suara apabila Jumaat dan Minggu mengikuti tadarus bersama Perkumpulan wanita kami... mentelah waktu cuti awam ni... giliran kami memimpin bacaan, tadarus, Rattib atau kekadang tahlil.  Bagaimanapun betapa nikmat rasanya pabila dalam keadaan berpuasa kita melakukan tadarus dari rumah ke rumah.... kagum dengan kakak-kakak yang telah berpencen dan bertadarus setiap hari yang ada waktunya pagi di rumah ahli lain dan petang sambung ke rumah ahli yang lain. Allah hu Akbar... aku salut kepada mereka.  tidak terasa penat, lelah atau hilang suara... berbanding kita yg belum pencen.... baru mula mengikuti tadarus suara sudah serak2 basah..

 

Biarpun Ramadan tidak terasa penatnya cuma perut dan liur ibarat   termakan buah peria,  pahit terasa.

Hari bekerja juga kami bertadarus setiap pagi... hingga kadang2 jam 9 pagi. kemudian sambung lagi mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah yang mengikuti program celik al-Quran anjuran jabatan.

Terasa seronoknya perjalanan ini tapi macam tak cukup masa pula kalau lambat sampai ke sekolah yang di lawati. 

Teringat pula kami aktiviti tadarus di istana, sempat kena giliran duty 2 kali ditambah aktiviti kami sendiri sekali...... lepas meneguk minuman dan makan kurma terus Maghrib.... than sambung makan sedikit sebelum bertolak jam 7.10 mlm.  seronok juga macam2 aktiviti disediakan. Dari siang hingga ke mlm.

Lepas tu sambung lagi dengan aktiviti takhtim di istana untuk khatam al Quran 66 tahun.   Sempat ziarah kepada Ke Bawah Duli Raja isteri.  Pelbagai juadan dan kurnia yang di nikmati. Ya Allah kurnia yg paling besar, dan bererti  sebuah al-Quran digital yang sangat indah dan mengkagumkan, bersalut warna kuning lambang diraja, selain sebiji broch ..... bertanda "HB"... junjung kasih Tuan ku. 

No comments: