Friday 2 December 2011

Lawatan KDYMM




30 Dec-Konvensyen Pendidikan Islam JPI; hari pembukaan.







Bertugas sebagai LO / pengiring bukanlah satu kerja yang mudah dan alang2. Tetapi hari pertama Konvensyen, kami dari Unit Sekolah-Sekolah Ugama bersama teman Hjh Aisyah diaturkan berada di SU PAP Azemah Hayaatul Bolkiah Mentiri. Kerana KDYMM akan berangkat melawat sekolah tersebut. Awal pagi lagi kami sudah berada di sana. Melihat situasi sekolah teratur dan rapi, pelajar-pelajar bersedia di tempat masing-masing mengikut perancangan yang telah dibuat oleh pihak sekolah sendiri. Justeru hati senang melihat keadaan ini, mudahan tidak timbul masalah apabila ketibaan KDYMM nanti.



Jam 11.00 lebih tetamu Istimewa yang ditunggu2 tiba dengan langkah yang tangkas, penuh semangat dan kelihatan gembira bertemu warga sekolah. Bersama SUT KHEU dan 2 orang penolong Pengarah JPI serta beberapa orang pegawai-pegawai dari JPI sendiri menyambut ketibaan baginda. Warga sekolah begitu teruja dengan Keberangkatan KDYMM itu.




Kelas demi kelas dilawati, hingga tiba ke kelas Murattal al-Quran. Seorang pelajar lelaki memperdengarkan hafazan Yasinnya, baginda gembira mendengar pelajar cerdik itu boleh menghafal dengan lancar. Setelah itu baginda dibawa bergambar ramai bersama warga sekolah di hadapan bangunan sekolah berkenaan selepas menandatangani buku lawatan.


KDYMM melambai2kan tangan baginda kepada pelajar2 sekolah yang akhirnya berkerumun di keliling baginda untuk bersalaman, tandatangan gambar etc dan bergambar bersama KDYMM. Baginda gembira dikelilingi oleh anak2 yg masih kecil dan warga sekolah yg lain. Kami melihat kebahagiaan itu terpancar dari wajah baginda. Raja Berjiwa Rakyat.



30/11 (petang) - Bertugas di ICC di bhg pameran dan sekali gus mengiring peserta (kerana teman yg lain, bertugas di tempat lain), semantara menunggu seminar selesai sempat masuk k galeri Unit kami melihat hidangan pameran di galeri tersebut. Selesai pameran menemui Dr Ida yg baru sampai pagi itu ke NBD. Terus ke hotel Rizqun dimana peserta dan penceramah menginap. Sempat membawa mereka menukar wang ke tempat tukaran wang asing or 'money changers'. Sebelum Maghrib sempat pulang ke rumah untuk solat sekitar 5.30 pm.


No comments: