Friday 2 December 2011

1 Disember 2011

1 Disember; Penutup Konvensyen Pendidikan Islam.



Awal pagi lagi bertolak dari rumah... biar pun perut yg sakit semalam semakin sakit, dan masih mau muntah. Malah sekarang kepala dan leher pula yg diserangnya... Penyakit apakah ini? Di tengah2 kita sibok dia hadir...kehadiran yg benar2 tidak diundang.



Akhirnya aku tersadai di pejabat JPI... seolah2 menunggu maut. Kalau pergi ke ICC pasti aku rebah dan ...wallahu 'aalam... mudahan tidak!!!!! Tapi aku tekad untuk datang sebelah petang ke Pusat Konvensyen berkenaan... mudahan aku cepat sembuh.



Setelah tidak bisa bertahan ... aku keluar pejabat untuk berjumpa doktor....lepas itu rehat di rumah... menahan kesakitan yg belum padam. Mlm aku tidak dapat ikut dinner dan bersama kawan LO yg lain. Mlm itu juga aku ke tukang urut, untuk membuang segala kesakitan yg mungkin angin ini! Sakit jua kena urut ani deh...... macam segala daging2 di tangan, kaki dan perut ani semua sakit saja...

Mlm / tengah mlm.... puteri kami Nabila pula yg muntah2.... siangnya dia sempat mengurut belakang ibu ini... takut pula angin ini yg masuk ke badannya! Ya Allah, 2 hari lagi dia nak final exam.... sampai muntah 5 x.... hai....apalah puncanya ni. Akhirnya setelah minum ubat mual yg diberi Dr siang tadi untuk sang ibu kpd sang puteri barulah muntahnya reda hingga ke siang...


2 Dec, 11.00 am - Rasa sudah sihat.... bersama teman LO: Hjh Mar, ke Rizqun lagi untuk menghantar kepulangan Prof Masya Dato Dr Abd. Halim Tamuri dan isteri Datin Siti Muhibah Hj Nor (seorang ustazah). Sempat mengucapkan salam perpisahan dan sedikit buah tangan untuk dibawa Datin pulang ke KL.




Selepas itu menemui peserta wanita satu-satunya dari Indonesia ; Hjh Ning Dr. Ida Nurhalida bersama teman2 yg lain yg akan meninggalkan negara Brunei sebelah malamnya.



Selamat kembali ke tanah air kepada Dato Dr. dan Datin serta Dr. Ida dan teman2 lainnya, mudahan kenangan selama 3 hari di negara kami membawa ingatan yang mendalam kepada awda dan akan kembali semula ke Brunei membawa keluarga bersama-sama.....Insyallah.

No comments: