Friday 29 May 2009

Majlis Ilal Liqa

28Hb mEI lalu, Kek indah dan menarik
Nyaman x ah... hingga mengigit jari
'Shukran' Idah n Rita

Bismillah.....
buka hadiah dulu... jeng jeng jeng...
Apa ni? Berat je..... emas agaknya kut....!!!

Rupanya ani hadiahnya....
Yahoo... dapat simpan bungaku ni...
Beri ucapan dikit saja.... Bahapa kau duduk di bawah tu Idah?
Baru ku perasan gambar ani... siap dengan tisu sekali !!!
Hehehehhhehe....... Macam potong kek b'daylah....
Bersama Idah, Ramlah n Novi



Hadir dalam majlis ilal liqa untuk diri sendiri di rumah Hjh Faridah dan keluarga. Majlis disediakan oleh seluruh keluarga dari Brunei yang bekerja dengan Oman Petrolium . Semua anggota keluarga hadir, kecuali satu atau dua buah keluarga yang sudah ada rancangan keluar Muscat.

Bergambar ramai bersama suami dan
Kaum bapa serta keluarga masing-masing
Bergambar ramai bersama
para ibu dan keluarga masing-masing


Siok rasanya behimpun-himpun apa lagi saat kan meninggalkan Oman ani.... macam berada di Brunei sudah... inda taunya masih d Oman. So...... dalam pada atu, macam-macam masakan dan kueh mueh disediakan untuk minum pagi ani; ada nasi lemak bungkus, mee sarawak, pais daging (sempat jua ku menyimbat bawa balik sebungkus... heheheh jgn marah), kek, kueh mueh berperisa durian, karipap, apam dan ada juga yang membawa keropok Brunei, buah-buahan, biskut dan lain-lain.


Sempat buat kek lagi Idah !
walaupun ngaleh dah ah..... senyum tetap ayu gitu.....

Sempat jua memberikan ucapan, tapi inda boleh lama-lama.... dipaksa jua senyum dan baibun supaya inda meluah air mata. Sedih jua kan meninggalkan bisdia ani, baik, penuh perhatian dan penuh kasih sayang. Ada cendramata lagi tu...... dui.... kesian....!!!! Semasa Hjh Faridah menyebut macam kakak kami..... merah sudah rasa mata mendangar.... tapi ditahan-tahan jua. Apa pun 'syukran jazilan ya habibi wa habibah' dengan majlis ilal liqa yang amat bermakna buat diri ini maskipun baru setahun jagung kita berkenalan.... seolah sudah berabad-abad lamanya mengenali diri kelian. Terima kasih jua dengan Kad Ucapan yang mengandungi kata-kata hebat yang penuh nilai estitika bagi diri ini. Huhuhuhu........

Chef Rosli menunjukkan bahan campuran

dalam masakan special beliau untuk malam hari,

Wowwww ..... kaca mata tetap tersangkut ah ......!

Hehehehhe... jangan mayah Li ! Inilah gaya seorang Chef.....

Oh...... rupanya chef sediakan bahan untuk ayam ni !


Kemudian di sebelah malam bersambung lagi majlis bisdia ani.... siok jua. BBQ lagi.... ada nasi goreng Rosli, butter chicken Rosli, daging dendeng Novi, mashed potato Salwa, salat Salwa, ditambah lagi dengan kueh mueh; Syimah, Ramlah, Florinda dan buah longan Syidah. Hmmmmmm hingga mengigit jari loooo...... Kemudian disajikan dengan 'goreng pisang panas-panas' lagi tu... mmmmmm.... macam di restoran pulang... sambil mendengarkan bisdia berkeraoke...


Kesian bu Novi ni kan....... capek ya bu?



Bisdia ani kesian jua kan.... bengaleh-ngaleh dari malam sampai balik semula ke malam, terutama tuan rumah tempat majlis diadakan. Lainnya, dari pagi membawa ke malam baru diorang balik ke rumah....... memasak untuk makan malam di rumah Hjh Faridah, khususnya Salwa, Novi dan Syimah. Besar pengorbanan bisdia ani.... Allah jua yang membalasnya. Tapi nanti tah sudah ku ke Brunei, inda ku lupa tu...... budi biskita atu. Umpama;

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa

Hari ini bertanam serai , Hari esok bertanam kangkung
Hari ini kita bercerai , Hari esok semula berkampung


Akhirnya sampai kan jam 1.30 pagi baru balik ke rumah..... Alhamduli
llah.


My hubby dan H. Ismail (wakil masyarakat PDO di Oman)

Bapak-bapak juga ada acara tersendiri Asyek jua ! Apa yang dilihat penuh khusuk atu?
Kelihatan keropok Brunei dan buah di atas meja
Ibu-ibu tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan
Tuan rumah; Idah dan puterinya Era Apa yang dibualkan Salwa n Novi ni .... ini mesti
pasal menu nasi lemak Salwa yang sedap tu.
Kalau tak pun tentu tentang daging dendeng Novi yang
empuk tu agaknya...............

Bersama Liza dan Irwan di belakang

Bersama Ramlah,
tetap menawan dek ..... walaupun sedang sarat Bersama A. Aziz, anak sahabat di Oman
Ramlah bersama A. Aziz
dalam pose yang sangat menarik
Merakamkan kenangan bersama H. Sarinah,
yang bertugas dengan PDO
Bersama Syidah ,
Nanti jumpa di Brunei Syidah... bulan Ogos
Kenangan bersama Syikin yang menatap di Oman,
dah jadi orang Oman pun......
Gambar kenangan bersama Rina
Syikin dan Idah bergambar kenangan

Idah, Rina n Me

Apa yang cali atu Rosli..... ??????

JUMPA LAGI BULAN DECEMBER NANTI, INSYALLAH


No comments: