Thursday 14 May 2009

Musim Panas

LULU pada waktu malam
Macam di Hua Ho saja kan .....!!!


DI OMAN sekarang ni musim panas.... keluar rumah saja selepas jam 9.00 a.m, terasa udara membahang... macam bahang api kalau berada di dekatnya. Itulah malas kan keluar.... kalau di kedai-kedai besar dan yang berhawa dingin bolehlah shopping tapi kalau ke souk atau berada di luar saja kan jalan-jalan... ehhhh tak sanggup. Kalau air paip di rumah sudah terasa hangatnya sebelum jam 9 .00 am... [ tanpa pemanas air...] apa lagi keadaan di luar sana.


Parking kerita sentiasa penuh terutama di malam hari


Pokok kurma berbuah lebat


TAPI yang seronoknya.. bila keluar di siang hari... di sepanjang jalan kita akan melihat pokok kurma berbuah lebat walaupun masih hijau..... Berada di kerita dan menjamu mata di sepanjang perjalanan dengan pemandangan kota Muscat.... seolah-olah membawa kita ke zaman atau cerita dongeng 1001 malam. Apa lagi kalau kita berjalan di malam hari, melihat pak-pak Arab bersama isteri masing-masing yang memakai jubah hitam ( pakaian tradisi di sini )... dimana sebahagiannya menutup keseluruhan muka dengan 'cader' bagi mengelakkan habuk dan bahang panasnya cuaca barangkali... atau memang begitu kelaziman sesetengah kaum wanitanya bila berada di luar rumah.....


Keluar bersama keluarga membeli barang keperluan.
Walaupun keadaan di luar sangat panas



Mereka tidak perduli dengan keadaan panas,

bila kan lepak, lepak ia jua....



JUSTERU fenomena ini, memperlihatkan suatu tradisi unik dan luar biasa bagi pelancung yang cuma seketika berada di negara ni. Tetapi bagi saya fenomena ini sudah macam sebati dengan diri. Kerana setiap negara di dunia ini yang terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa dan etnik serta sosio budaya masing-masing membawa kita tidak dapat lari dari bertemu dengan keadaan seperti ini. KATA ORANG: " JAUH BERJALAN BANYAK PEMANDANGAN".



Kelihatan sinaran matahari di gigi langit

memancarkan cahayanya yang menyilaukan,

pada hal hari sudah hampir jam 6.00 pm di sini



BAGAIMANA panas pun di luar, masih banyak kelihatan penduduk pribumi atau mereka yang mencari makan di sini, keluar berjalan di tengah panas yang membahang... manusia apakah ni? sanggup meredah.... keadaan panas yang kekadang terasa mengigit kulit. Bagi mereka yang menatap di sini, mungkin sudah menjadi 'lali' hingga bahang panas menjadi dingin terasa DI kulit. Wallah hu aalam. Kalau dibanding dengan panas di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Pepatah Melayu mengatakan: HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI DAN HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, LEBIH BAIK HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI.......

Situasi di luar kerita


Tapi kalau benar-benar hujan emas..... inda orang mau meninggalkan negara ani... lubuk emas dari langit. HEHEHEHHE..... berduyun-duyun manusia dari seluruh dunia ke mari.... tempahan kapal pun sentiasa full, lain lagi kapal laut......... !!!!!! $$$$$$$$$ inda ampit tu. Kan balik Brunei pun inda dapat, coz ada yang booking kapal keseluruhan bah .....!!!!!!!



$$ $$ $$ $$ $$ $$ $$

No comments: