Wednesday 14 January 2009

Cubaan ...........

Hujan saja ... di malam hujan jua, siang ni pun hujan lagi...sampai masuk air ke dalam rumah kami melalui celah-celah jendela. Sudahlah sejuk...tambah tia lagi. Patutlah di malam kilat bersambung-sambung, berangin... rupanya lebat hujan atu, mana inda sampai banjir dalam rumah kami, ketempiasan...... Dari kawasan laluan elektrik pun air masuk dan keluar melalui suis lampu, mana inda lampu padam di tingkat bawah ani. Macam 'guno' dulu inda jua sampai padam lampu walaupun lebih dahsyat anginnya dari hari ani dan di malam.

Mengejut kalau hujan di sini ani. Dulu bulan December selalu jua hujan tapi ani membawa ke bulan Januari tia........Atu pun inda nampak tanda kan hujan........tiba-tiba saja.... Ia tah kalau kan bejalan jauh terpaksa fikir-fikir 2/3 kali, takut kejumpaan hujan. Pulang tah di sini ani banyak lembah / 'wadi' kata orang di sini ( Bahasa Arab lah tu...! ) silap-silap hanyut sama kerita pulang. Nauzubillah........... Tapi atu tah kenyataannya seperti yang pernah berlaku pada tahun 2007 yang lalu. Banyak kerita hanyut di kawasan rendah, bila tiba-tiba sahaja air dari kawasan bukit turun dengan derasnya ke kawasan rendah dan menghanyutkan bersama puluhan buah kerita.... Ya Allah, ani lah namanya dugaan dan cubaan. Malah kawan kami yang sama-sama dari Kedutaan Brunei pun keritanya dimasuki air semasa parking di depan KFC.

Wassalam, hingga jumpa lagi...

No comments: