Wednesday 22 June 2011

LanGaU

Malam ni kami makan ambuyat , adik belanja sempena Ulang tahun pekahwinan. Kami cuma 2 keluarga, adik dengan keluarga 5 orang; anak2 dan mertua. Saya dan anak2 juga 5 orang ahli. Wowwww sudah lama tidak keluar ramai2 begini.


Biar pun suami NUn jauh di seberang.... Terhibur juga melihat telatah c kecil Wafi dan adiknya Raziq. Anak-anak ni pun nak makan ambuyat macam orang DeWasa juga. Agaknya dia ingat agar-agar Kut ?


Juice tembikai di premis ni enak, segar dan manis asli... tak campur gula loooo ... Sekarang ni musim buah sekoi manis... Bila dibuat juice terasa manis bangat + ice.. sssssssss.... sedap sangat. Kalau tak caya cuba beli kat Hua Ho, Supa Save ke atau mana-mana premis kesukaan anda. RuGi Ni KalaU Tak CubA.

Tadi siang pun I minum juice yg sama tapi ditempat berlainan. Rasanya pun sama2 manis GiTu. bahKan malam semalam pun saya dan anak makan ambuyat di restoran sama tapi cawangan berlainan pun rasa juicenya sama n manis.

Sedihnya malam kemarin semasa kami sedang cecah ambuyat dalam cecahannya..... tak semena-mena masuk sang ... Langau.. besar lagi tu...EEEHHHHH tekejut!.... melekat sang langau ni kat cecah tu.... kembang liur dibuatnya....UUakkkkkkk... Kami nak termuntah, hilang liur kan makan. Bila disuruh tukar... yg datangnya sambal yg sama jua usulnya macam yg tadiiiiii... cuma benda tu dah dibuang. Pengotor jua.... pelayan ni... tak jaga betul2 kebersihan. Nak disamakan kita dgn DIA. Pas tu kita minta lagi yg baru.... tapi liur sudah hilang... semua masakan terasa hambar.... dan ......

AKU janji Tak kan datang lagi ke tempat ITU>>>>>>>>>>>

No comments: