Thursday 13 August 2009

Lawatan kerja ke Temburong


Selasa, 11hb Ogos lalu bersama rombongan mengadakan lawatan kerja ke Temburong. Perancangan ke Sekolah Persediaan Arab, SU Bokok dan SU Sultan Hasan Bangar. Tetapi memandangkan masa suntuk kami membatalkan rancangan ke SU Bokok dan digantikan ke SU Puni yang terletak di kawasan bandar.


Pertama kali menaiki speed boat setelah 20 tahun berlalu, menimbulkan perasaan seronok tetapi gerun juga. Apabila melalui corner yang tajam.... boat seolah-olah mahu menumpahkan penumpangnya.... WOwwww... walaupun speed boat milik Kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri ... ngeri juga dbuatnya. Sesekali di tebing sungai kelihatan anak sang buaya berjemur tenang, tidak menghiraukan suara bising dari boat yang kami naiki.


Perjalanan hanya memakan masa selama 45 minit untuk sampai ke Dermaga Temburong.., tetapi hanya kira-kira 36 minit untuk sampai semula ke BSB.... LAJU sangat Kut???????


Sebelum balik ke BSB kami sempat singgah di tamu Bangar dan membeli wajid jawa...... yang menjadi kegemaran ramai penduduk yang tinggal di kawasan BSB dan daerah lain...
bergambar ramai di SU Sultan Hasan Bangar
sedang mendengar taklimat daripada
ketua rombongan

pemandangan perkampungan yang terletak di pinggir
sungai Temburong, cantik dan menarik

masih asli dan tiada perubahan yang ketara sejak
20 tahun lalu, semasa melawat Temburong

dalam speed boat yang membawa
kami ke Temburong


Rancak je diorang ni berbual

*****************************************************************

ISNIN - 10 OGOS 2009 SEBELAH MALAM SELEPAS
MAGHRIB SEKITAR 7.30 P.M MENGADAKAN MAJLIS
TAHLIL DOA ARWAH DI RUMAH BERSAMA
SELURUH KELUARGA.
JEMPUTAN
TERDIRI DARI SAUDARA MARA DAN
JIRAN SEKITAR RUMAH SAHAJA.


*****************************************************************

No comments: