Wednesday 26 August 2009

Buka puasa

RABU- 26 Ogos 2009. Tidak terasa rupanya sudah 5 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Pada hari kelima ni kami sekeluarga berbuka di Restoran Kaz Corner yang hanya beberapa rantai letaknya dari rumah. Mentelah pula restoran tersebut adik sepupu yang punya. Pada sebelah tengahari kami singgah ke primes tersebut untuk booking tempat. Meja no 19 masih kosong...

Tepat 6.15 petang, kami sampai ke premis tersebut, kelihatan pelanggan yang keseluruhannya orang Islam, sudah ramai yang sampai dan sesetengahnya sudah pun mengambil apa-apa yang perlu untuk berbuka sementara menunggu beduk berbunyi. Bermacam makanan , kueh-mueh dan buah-buahan terhidang. Hidangan pula ala buffet.


Sedap-sedap lah.... ada soto, mee, spagetthi, ikan bakar, ayam salai dan udang sekali. Nasi, ayam panggang berkuah, daging kukus masak sos tiram, sayur-sayuran, udang butter, tauhu, ikan bakar, buah belimbing madu, orange sunkist manis, papaya dan buah naga merah pun ada.


Bermacan minuman pula disediakan, ada bandung, air asam, kauthar dan sebagainya. Bermacam kueh pula terhidang... entah tak ingat apa nama kuehnya... pokoknya sedap loo... hingga rasa kan di nggap semuanya... kelihatan juga ambuyat... entah aku tak sanggup pula ambil... perut dah penuh nak simpan kat mana ni ??????


No comments: