Saturday 6 December 2014

Ramadan & Syawal datang lagi


Bulan Ramadan lalu seterusnya menyambut Hari Raya Puasa ..... pelbagai aktiviti dirancang untuk sambutan kedua-dua acara.  Acara berbuka puasa di luar rumah memang menjadi suatu trend dewasa ini.... sesekali berbuka di luar..mencari kelainan masakan dan juadah di rumah sesuatu yang dinanti2kan oleh seisi keluarga.  Biarpun kadang2 tidak banyak peluang untuk berbuat demikian. 



Aktiviti jabatan dan MPK  jug mengambil tempat di bulan Ramadan dan Syawal.  Tempahan di restoran untuk berbuka perlu lebih awal ...kalau tidak alamatlah hampa...!!!!!! terutama premis2 yang menjadi kegemaran anak2.... sementelah pula ada aktiviti tadarus dari rumah ke rumah seterusnya berbuka .....ditambah aktiviti jabatan di tempat yang telah ditugaskan... Alhamdulillah banyak buat kebajikan di bulan puasa banyak Pahala yang kita dapat....



 Juadah berbuka puasa disediakan untuk
pesungkaian... Nyaman2 dan lazat2
hati-hati sahaja takut diserang kencing manis
kalau tak pun kancing gigi
asal tak terkencing ...sudah...
 
 Masak sendiri untuk buka puasa di rumah alangkah enjoynya
tapi buka puasa kat luar lagi seronok
tak perlu penat2 turun ke dapor
selepas penat bekerja di siang hari bulan puasa
asal cukup pulus untuk ganti keringat di dapor...hehehheeeee
 
Hari raya telahpun tiba,  setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga
tibalah kini untuk bergembira,  kunjung mengunjung sanak saudara
bersama kita bermaaf-maafan.....
yang jauh berkirim salam yang dekat berkunjung ke rumah
mengeratkan silaturrahim, menjalin ikatan persaudaraan
menghilangkan persengketaan,  buang yang keruh ambil yang jernih.
 
 bersama abang dan kakak ipar
 
 bersama adik ipar dan
anak-anak saudara
 
My prince....dan princess 
 
 
Hari raya macam tidak bererti kalau
tidak berkumpul bersama
 adik beradik dan ipar duai
saat-saat yg paling dirindui...
 
Di majlis perkahwinan bersama 2 orang kakak
 

 BERSAMBUNG......

No comments: