Pada hari Pertama persekolahan beberapa orang pegawai dari Jabatan Pengajian Islam di bawah Institusi Pengajian bertugas melakukan pemantauan ke sekolah-sekolah Ugama di daerah Brunei Muara bagi sesi pagi. Sehubungan itu sekolah tersebut juga dibekalkan dengan 'thermometers' dan masks dari Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam.
Bersama rakan U. Pg Hjh Mas, kami ke destinasi tersebut pada awal pagi sebelum waktu belajar bermula pada lazimnya. Penjaga murid menghantar anak-anak mereka pada awal pagi dengan sebilangan daripadanya di bekalkan dengan penutup mulut / mask. Alhamdulillah, para guru di Sekolah berkenaan telah bersedia di hadapan sekolah menunggu kehadiran anak-anak didik mereka seterusnya diambil beberapa maklumat daripada anak-anak tersebut (seperti bertanyakan sama ada demam atau panas badan atau batuk atau adakah keluar negara semasa cuti sekolah), kemudian diambil suhu badan menggunakan alat thermometer. Alhamdulillah inda ada suhu badan yang melebihi 37.5 darjah C
Kelihatan beberapa orang Pegawai dari Jabatan Pengajian Islam bersama Guru Besar dan guru-guru yang bertugas di sebelah pagi memakai mask masing-masing.
Guru-guru sedang sibok bertugas dan menunggu kehadiran murid-murid pagi untuk melakukan pemeriksaan tahap suhu badan menggunakan alat yang dipanggil thermometer' yang dibekalkan khas oleh Kementerian sihatan NBD. Jika suhu badan mencecah ke angka 38 darjah Celsius penjaga murid tersebut akan dipanggil ke sekolah untuk membawa anak mereka ke pusat kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
Kelihatan tidak sampai 100 orang murid-murid sekolah berkenaan yang hadir pada hari pertama persekolahan pagi itu. Mereka sedang mendengar penerangan dari guru yang bertugas berhubung dengan Influenza A H1N1.
No comments:
Post a Comment