Asalamualaikum,
Wah..sioklah semalam pasukan bola sepak Oman menang bertemu dengan pasukan Arab Saudi. Mestilah siok, kan ani kira negara ( sementara aje! ) kedua kita...... Pepatah Melayu mengatakan 'kalau kita berada di kandang kambing , mesti jua ikut mengembek', kalau 'di kandang harimau pula terpaksalah mengaum' dan 'dimana bumi di pijak di situ langit di junjung',
Chewah...berperibahasa pula saya ne!
Walaupun tidak menonton di stadium tempat perlawanan berlangsung, tetapi kita menonton dari Tv Oman. Pasukan ni sama-sama gagah ... .penjaga gawang pun sama hebatnya. Perlawanan tu seri sama.......akhirnya untuk menentukan kemenangan berpihak kepada siapa, terpaksalah dibuat 'tendangan penalty', yang akhirnya berpihak kepada pasukan Oman....Yahoooo.......Kami menang, kami menang......
Kemenangan turut dirasai oleh semua pihak, termasuk.... rakyat asing yang bekerja di sini (khusus wakil-wakil kerajaan), cuti sehari (18hb Januari-Ahad).
jalan-jalan raya masih dibanjiri kerita pada
malam kedua selepas kemenangan
suasana pusat bandar berhampiran rumah kami
di antara aksi segelintir penyokong bola sepak negara
suasana kemenangan masih dirasakan
No comments:
Post a Comment