Tuesday, 20 January 2009

Aktiviti




- Pusat bowling ini terletak berhampiran dengan rumah kami, iaitu di sebuah pusat perniagaan yang dikenali dengan nama The Mall/ Masa Mall bowling Center. Untuk sampai ke tempat ini dengan berjalan kaki cuma mengambil masa tidak sampai 10 minit. Tapi biasanya kami menaiki kenderaan. Malas kan berjalan kaki, terutama musim panas. Setiap hujung minggu iaitu malam Khamis dan Jumaat (cuti awam di Oman), ramai peminat-peminat bowling ke tempat ini, sama ada untuk bermain atau cuma sabagai penonton.
- Di sebelah luar tempat permainan ini pula terdapat sebuah kafe, kita boleh order makanan/minuman yang akan dihantar ke dalam tempat permainan, maknanya sambil main sambil makan/minum juga. Best kan? Kekadang ada juga yang sambut birthday di tempat permainan ini.......budak-budak...katakan!
- Bayaran bagi 1 game sebanyak 2 riyal, tapi pada hari-hari waktu bekerja 2 game main dapat 1 game percuma, dapatlah main 3 game. Kalau duit Brunei 2 riyal tu B$8.00, bayangkanlah kalau main 2 game....sudah 4 riyal , ini bermakna B$16.00? Macam mahal kan?
- Selain itu di lantai bawah Masa Mall ini pelbagai makanan segera juga boleh didapati.

Ok, sampai disini saja....jumpa lagi dilain kesempatan

No comments: