Saturday, 24 January 2009

Cubaan lagi

-Di malam, ANGIN sekali lagi bertiup kencang disertai dengan KILAT dan selepas itu hujan turun. Walaupun hujan turun angin masih bertiup disertai dengan bunyi yang sangat kuat. Bunyi seolah-olah periuk belanga terbang dan berlanggar juga kedengaran , seolah-olah datangnya dari ATAP rumah atau entah dari mana-mana, aku kurang pasti. Tapi yang nyatanya memang bunyi tersebut kedengaran berulang kali dari semua arah . Takut juga kan!

-MACAM MANA Pun kami di rumah sudah bersiap sedia dengan tuala besar untuk diletakkan di bawah jendela supaya apabila tempias air hujan masuk melalui celah-celah jendela, AIR tidak mengalir terlalu jauh hingga membasahi 'carpet'.


-Peristiwa beberapa HARI LALU menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati menghadapi tempias kali ini. Alhamdulillah hujan hanya seketika, sehingga tidak sempat membanjiri RUMAh untuk kesekian kalinya.


-HALAMAN RUMAH yang baru saja dibersihkan selepas angin dan hujan beberapa hari lalu, kembali kotor dengan taburan daun-daun dari pokok-pokok bunga dan pokok besar dari rumah sebelah. Kalau musim angin kuat beginilah jadinya halaman rumah, berserakan dengan daun yang pelbagai bentuk seolah-olah 'carpet' asli memenuhi halaman. Cu.....ba...an....

No comments: