Friday, 30 January 2009

Delayed

simpur kuning





Penerbangan kami delayed...., apalah... Etihad flight ani. Mentang-mentang first time ku naik flight ani bemasalah tia . Becampur-campur jua bahasa ku ani, pencemaran bahasa! Mana jua anak-anak di belakang ani bising....anak sapa lah ni ? .... bising........ beri paning. Mana tia indung dorang ani?

Bukan tah lagi lama delayed nya ani, sampai 18 jam ! Pakaian semua dalam cargo...kan tah lagi kusut rasanya. Ganya baik jua lounge ani banyak kosong sofanya (asal awal masuk), dapat jua berehat dan baring. Baik jua dalam beg di tangan ani ada stokin tebal, berus gigi dan ubatnya serta keperluan wanita yang lain, dapat jua ........... nyaman jua rasanya solat.

Maski tah jua cukup makan minum dalam lounge ani, tapi kalau nada bawa barang-barang keperluan yang kecil atu payah jua kali, terutama bini-bini. Tambah-tambah tah lagi orang yang beranak damit atu. Wow....... rupa nya semua flight Etihad untuk hari ani ada masalah..... dan semua penumpang terpaksa berehat di lounge yang disediakan menunggu flight berikut dan berikutnya. Puas kena marahi dan cakapi petugas di bahagian bording ani, tapi ku liat dorang ani tenang saja menjawab maki-hamun penumpang yang terpaksa delayed berjam-jam di airport Abu Dhabi ani.

Wednesday, 28 January 2009

Tanah yang ku pijak ini......

- Awal pagi Rabu kelihatan matahari menyinari bandar Muscat, walau pun demikian cuaca tetap sejuk, kelihatan langit cerah dan berwarna kebiru-biruan. Lega rasanya apabila memandang alam sekeliling kembali seperti biasa, ketika sebelum berlakunya hujan secara mendadak.
- Rasa dapat bernafas lega semula, segar..., menghirup angin bertiup lembut dan menyenangkan. Sesekali ingin rasanya berjemur di bawah panas matahari setelah hampir dua bulan menghadapi cuaca sejuk dan hujan.
- Macam mana sejuk dan hujan pun masih juga kelihatan ribuan manusia berpusu-pusu memenuhi kawasan-kawasan festival. Mereka membalut tubuh dengan baju tebal, berjubah dsb. untuk menghalang cuaca sejuk mengigit kulit indah mereka (khusus kaum wanita/kanak-kanak).
- Bunga-bunga musim sejuk yang ditanam di tepi-tepi jalan raya dan kawasan 'round about' tetap segar mekar menghiasi persekitaran bandar dan halaman. Sesekali bau harum bunganya menerpa hidung para pejalan kaki. Alangkah wanginya bunga itu!
- Kedamaian di negara ini sering mengingatkan kita terhadap suasana damai di negara sendiri. Cuma, faktor fizikal bumi dan iklim sahaja yang sangat membezakan kedua negara . Negara ini yang berbukit bukau dan dipenuhi padang pasir dan gurun serta wadi, manakala di negara sendiri pula di penuhi dengan flora dan fauna yang hijau menyegarkan dan menyejukkan mata memandang, khususnya apabila melihat keluar jendela setiap kali bangun pagi untuk bertugas. Di samping Iklim yang sangat panas dan sangat sejuk juga merupakan jurang perbezaan yang sangat ketara , dengan cuaca di negara sendiri yang sentiasa panas, hujan dan lembap.

Ah, dimana-mana pun bumi Allah ini sama sahaja, asalkan kita sebagai hamba Nya pandai menyesuaikan diri. Bak kata pepatah...di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Tuesday, 27 January 2009

Sunday, 25 January 2009

Saturday, 24 January 2009

Cubaan lagi

-Di malam, ANGIN sekali lagi bertiup kencang disertai dengan KILAT dan selepas itu hujan turun. Walaupun hujan turun angin masih bertiup disertai dengan bunyi yang sangat kuat. Bunyi seolah-olah periuk belanga terbang dan berlanggar juga kedengaran , seolah-olah datangnya dari ATAP rumah atau entah dari mana-mana, aku kurang pasti. Tapi yang nyatanya memang bunyi tersebut kedengaran berulang kali dari semua arah . Takut juga kan!

-MACAM MANA Pun kami di rumah sudah bersiap sedia dengan tuala besar untuk diletakkan di bawah jendela supaya apabila tempias air hujan masuk melalui celah-celah jendela, AIR tidak mengalir terlalu jauh hingga membasahi 'carpet'.


-Peristiwa beberapa HARI LALU menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati menghadapi tempias kali ini. Alhamdulillah hujan hanya seketika, sehingga tidak sempat membanjiri RUMAh untuk kesekian kalinya.


-HALAMAN RUMAH yang baru saja dibersihkan selepas angin dan hujan beberapa hari lalu, kembali kotor dengan taburan daun-daun dari pokok-pokok bunga dan pokok besar dari rumah sebelah. Kalau musim angin kuat beginilah jadinya halaman rumah, berserakan dengan daun yang pelbagai bentuk seolah-olah 'carpet' asli memenuhi halaman. Cu.....ba...an....

Friday, 23 January 2009

aku kembali lagi...

Rumah itu syurgaku

Rumah kediaman di Muscat, Oman

bunga musim sejuk sebagai penghias halaman

bahagian hadapan rumah diambil dari luar pagar

sesi kanan rumah

garage terletak di hadapan rumah

kawasan pintu utama

ruang tamu

di hadapan pintu utama

masih di ruang pintu utama

ruang makan

di ruang tengah tangga menuju
ke tingkat satu


Thursday, 22 January 2009

Banjir di rumah Brunei


Gamit-gamit saja hati ini kan balik, rupanya tragedi banjir . Pada hal lebih 15 tahun kami tinggal di rumah tersebut . Tidak pernah banjir besar membanjiri dalam rumah. Kalau ada pun cuma di simpang hadapan untuk masuk ke kawasan rumah sahaja yang selalu ditenggelami air kerana kawasan tersebut rendah, atau di hadapan rumah digenangi air hujan sedikit, itu pun sebentar sahaja sudah surut.


Tapi tahun 2009 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri buat kami sekeluarga, ketika kami sedang berada di luar negara. Rumah dan stor habis dibanjiri air, bukan sebarang-barang air lagi tu......! air dari sungai bercampur baur dengan air longkang yang membawa pelbagai kekotoran yang entah macam mana bentuk, rupa dan jenisnya........ Wallah hu a'lam.


Nasiblah ada adek lelaki dan isteri beserta bayi mereka masih menjadi penghuni di rumah tersebut bersama ibu yang tidak sihat dan seorang pembantu. Kalau tidak habislah barang-barang dalam rumah (di lantai bawah) buruk dan berbau masam. Kesian adek....terpaksa bertungkus lumus membersihkan rumah hingga sampai ke bilik tidor, dapor, ruang tamu dan bilik air. Membersih dan menjemur 'carpet' yang menutupi hampir semua lantai di tingkat bawah tersebut. Beratnya........


Kalau hujan berterusan tentu ibu terpaksa di angkat ke tingkat atas, sebab sejak bulan Ramadan lalu, ibu sudah tidak dapat berjalan seperti biasa. Alhamdulillah air hanya setakat sampai ke buku lali, walau pun rumah kakak di sebelah khabarnya sampai ke lutut. Nauzubillah hi min zalik, bukan apa..... mengenangkan bagaimana susahnya nanti untuk mengangkat ibu ke tingkat atas dengan hanya 2 / 3 kerat tenaga; adek , isteri dan pembantu . Sebab siapa yang dapat meredah banjir yang begitu dahsyat untuk sampai ke rumah memberi bantuan dalam masa yang singkat? terutama di tengah-tengah malam pekat seperti itu! Dimana semua orang juga sedang sibok menyelamatkan nyawa dan rumah yang sama-sama di landa banjir!


Alhamdulillah, tidak ada kemalangan yang lebih daripada itu menimpa keluarga kami di Brunei, mudahan peristiwa tersebut hanya setakat itu sahaja. Amin.....


Allah sahaja yang Maha Mengetahui hikmat di sebalik terjadinya banjir dahsyat di seluruh negara kali ini.



ruang tamu sebelah luar/ ruang tamu keluarga


di ruang tamu keluarga,

kesian...carpet pun timbul...hu hu huhu...

habis barang-barang dalam almari tu!


bilik ibu semasa air masih naik (kesian ibu kan?)

untuk naik ke tingkat atas ibu terpaksa didukung


di kawasan belakang rumah

di depan pintu utama setelah dibersihkan sedikit


di ruang tamu utama

berhadapan dengan tangga untuk ke tingkat atas


Wednesday, 21 January 2009

21hb january

family pictures 3

ibu tercinta , Hajah Lipah
berusia 78 tahun

ibu bersama menantu, Diana


bersama cucu saudara
(sapalah nama cucu-cucu ni, aku pun dah lupa!)
cucu pertama

cucu kedua

cucu ketiga

Hajah Atiqah, Ainah (adek) dan anaknya Nassarullah



anak saudara dan cucu saudara,
Amal Aziqah dan Ana

Amal Aziqah, 4 tahun

Hajah Atiqah menyambut
hari lahir yang ke 9 tahun

kelihatan dalam gambar ibu bersama cucu,
Abd Azri , Hjh. Atiqah dan Md. Nassrullah

gambar ibu Hajah Lipah diambil
semasa dirawat di hospital Ripas, 2008


Tuesday, 20 January 2009

Aktiviti




- Pusat bowling ini terletak berhampiran dengan rumah kami, iaitu di sebuah pusat perniagaan yang dikenali dengan nama The Mall/ Masa Mall bowling Center. Untuk sampai ke tempat ini dengan berjalan kaki cuma mengambil masa tidak sampai 10 minit. Tapi biasanya kami menaiki kenderaan. Malas kan berjalan kaki, terutama musim panas. Setiap hujung minggu iaitu malam Khamis dan Jumaat (cuti awam di Oman), ramai peminat-peminat bowling ke tempat ini, sama ada untuk bermain atau cuma sabagai penonton.
- Di sebelah luar tempat permainan ini pula terdapat sebuah kafe, kita boleh order makanan/minuman yang akan dihantar ke dalam tempat permainan, maknanya sambil main sambil makan/minum juga. Best kan? Kekadang ada juga yang sambut birthday di tempat permainan ini.......budak-budak...katakan!
- Bayaran bagi 1 game sebanyak 2 riyal, tapi pada hari-hari waktu bekerja 2 game main dapat 1 game percuma, dapatlah main 3 game. Kalau duit Brunei 2 riyal tu B$8.00, bayangkanlah kalau main 2 game....sudah 4 riyal , ini bermakna B$16.00? Macam mahal kan?
- Selain itu di lantai bawah Masa Mall ini pelbagai makanan segera juga boleh didapati.

Ok, sampai disini saja....jumpa lagi dilain kesempatan

Hari kedua di Oman festival 2009

gambar-gambar yang sempat dirakamkan
depan ruang pameran
pengunjung belum begitu ramai

sempat 'posing' depan balai pameran dari China



kawasan Marah Land

lampu yang berbentuk tanglong digantung
di bahagian atas ruang pameran


Oman eyes !

sempat membelek-belek sehelai tudung,
beli , tidak, beli , tidak, beli.....
Nabila bersama pemilik ruang pameran

sedang asyek memerhatikan wanita itu bertenun,
kan belajar bertenun ke budak ni ?


cantik-cantiklah lukisan ni ,
saya sudah borong semua......
**********************************************************

- Hari ini...berapa haribulan ya?...nak cari makan ni, lapar sangat...dari semalam perut asyek berbunyi minta diisi. Aduh......sakit, bukan aduh Saleha...heheheheh
- Berjalan-jalan di taman permainan Marah Land melihat makanan yang lazat dan hampir-hampir menitiskan air liur bila baunya menerpa ke hidung, hmmmmmm
- Tapi kelihatannya sebahagian penjual belum bersedia untuk melayan pelanggan membeli barang jualan mereka. Kenapa ni? patutlah....barangan yang kan dijual belum sampai lagi. Kesian......
- Kami terus berjalan dan berjalan lagi...hingga sampai ke sebuah gerai yang menjual 'sate' Oman, nyaman baunya. Beli 2 riyal (duit brunei kira-kira 8 ringgit), dapat 10 cucuk saja. Satenya besar-besar....baunya wangi bila dicium, macam bau sate di tempat kita. Tapi inda bekuah. Bila dimakan ...lebih sedap sate kita di Brunei. Itu pun sate berbaki lagi 2 cucuk, inda sanggup menghabiskan. Walaupun yang makan cuma 3 orang. Kalau 'sate Brunei' habis licin sampai mengilat jari kali ah.....!!!! Inda apalah janji sampai hajat kan makan sate.
- Selang beberapa buah gerai dari tempat kami duduk tadi, sebuah pentas telah memulakan acaranya pada malam tersebut dengan beberapa tarian; ada tarian bollywood, hollywood, tarian mexsiko, tarian dari negeri China, silap mata, persembahan kanak-kanak, dan sebagainya. Sayangnya kami tidak dapat mengambil gambar kerana jauh dari pentas.

*nanti menyambung di lembaran berikut......

Monday, 19 January 2009

gambar

Oman festival

penjual belon berjaja di sepanjang festival

permainan tradisional di pesta tersebut

permainan bercorak tradisional terus dipersembahkan
wau...ini lagi bentuk bangunan yang senghaja dicipta

Sunday, 18 January 2009

Perlawanan bola sepak

Asalamualaikum,

Wah..sioklah semalam pasukan bola sepak Oman menang bertemu dengan pasukan Arab Saudi. Mestilah siok, kan ani kira negara ( sementara aje! ) kedua kita...... Pepatah Melayu mengatakan 'kalau kita berada di kandang kambing , mesti jua ikut mengembek', kalau 'di kandang harimau pula terpaksalah mengaum' dan 'dimana bumi di pijak di situ langit di junjung',

Chewah...berperibahasa pula saya ne!

Walaupun tidak menonton di stadium tempat perlawanan berlangsung, tetapi kita menonton dari Tv Oman. Pasukan ni sama-sama gagah ... .penjaga gawang pun sama hebatnya. Perlawanan tu seri sama.......akhirnya untuk menentukan kemenangan berpihak kepada siapa, terpaksalah dibuat 'tendangan penalty', yang akhirnya berpihak kepada pasukan Oman....Yahoooo.......Kami menang, kami menang......


Kemenangan turut dirasai oleh semua pihak, termasuk.... rakyat asing yang bekerja di sini (khusus wakil-wakil kerajaan), cuti sehari (18hb Januari-Ahad).




jalan-jalan raya masih dibanjiri kerita pada

malam kedua selepas kemenangan

suasana pusat bandar berhampiran rumah kami

di antara aksi segelintir penyokong bola sepak negara

suasana kemenangan masih dirasakan