Sunday, 7 December 2014

sepanjang perjalanan ini......



Pelbagai aktiviti di sepanjang kehidupan ini... musim perkahwinan sudah tidak mengenal  cuti awam, hari Ahad atau Jumaat sentiasa padat dengan undangan dari keluarga dan sahabat handai.  Majlis perkahwinan tidak hanya berlangsung pada siang hari sahaja, malah waktu malam telah mengambil tempatnya yang tersendiri. 

Jadual kerja juga telah dipenuhi dengan tanggungjawab yang menjadi keutamaan paada siang hari, malah bila ditugaskan keluar malam pun sudah menjadi kewajiban yang perlu dipenuhi.

Biarpun kesibukan tersebut menuntut kita untuk membahagikan masa sebaik mungkin.  Kami masih sempat menziarahi rakan yang sedang ditimpa musibah.  Waktu senang kita bantu mereka yang susah...esok lusa ...entah giliran kita pula yang diduga dengan kesakitan.... Subhana Allah.........

 Bertemu sahabat di majlis perkahwinan di Rizqun
Hjh Flo dan Hjh Mariam
 bertemu kak Ish dari Belait
pernah satu asrama semasa dalam latihan
 perguruan, lebih 20 tahun lalu terpisah
baru ketemu setelah masing2 berumur senja.
 
 
Al-Fatihah buat sahabat kami yang telah meninggal.
Kami sempat menjenguk beliau yg ketika
itu terlantar sakit di hospital RIPAS.
Pertemuan yng mengharukan sekali.
Selepas lebih 7 bulan sakit, kini beliau benar2 telah
pergi menghadap Ilahi... Inalillah hi Wa ina ilaihi raajiun...
Mudah2an Allah menempatkan beliau bersama roh para
salihen....amin, amin, amin ya rabbul Alamin.

 
 
Gambar kenangan bersama
 2 rakan dari jabatan yang sama,
Selepas bertugas menjadi hakim syarahan
di sekolah menengah di ibu negara
 
 Ketika menghadiir majlis keugamaan
 bersama rakan dari  bahagian yang sama
Sebagai pemerhati di UBD,
ketika bengkel untuk guru2 berlangsung
 Dalam bas ketika mengikuti rombongan lawatan
pemantauan ke daerah Temburong
 Selepas menikmati makan tengahari di Temburong
 
 Bersama teman di JPI ketika berlangsung majlis
 REUNION  pelajar MPUSB 1979-1982
 
 Bersama peserta PEKIM dari Indonesia
ketika bertugas beberapa bulan lalu. 
 
 
Bersama sahabat: Hajah Doraini, bertemu di majlis
 perkahwinan keluarga

No comments: