Hidup bermasyarakat, berkampong...permuafakatan dan saling bekerjasama perlu ada dalam masyarakat kampong yang mengaku anak kampong. Tanpa kata sepakat dalam memberikan buah fikiran, bekerjasama demi kebaikan mukim dan kampong bukanlah masyarakat sekampong namanya.
Nah justeru itu aktiviti kampong juga perlu diberi perhatian sama bagi kepentingan bersama. Insya Allah.
Mesyuarat persatuan kampong, aktiviti tadarus di bulan Ramadan, berdikir semasa sambutan hari-hari tertentu,......mengundang penceramah khas, bekerjasama dengan pelajar-pelajar sekolah / kolej dalam menjayakan misi mereka sebagai pelajar untuk di nilai oleh pensyarah, termasuk antara aktiviti MPK.....
Buah durian kuli berduri,
isinya sedap berbau Wangi,
dimakan sebiji hendak lagi,
biar mahal tak kenal rugi.
Bertadarus, bertahlil dan membaca ratib di rumah
ahli MPK sempena bulan Ramadan
Semua ahli boleh membaca al-Quran
Insya Allah...
Aktiviti tadarus dari rumah ke rumah ahli pada bulan
Ramadan memang menjadi rutin sejak MPK ditubuhkan
Ahli-ahli yang kurang lancar membaca akan disemak
dan dibetulkan oleh ahli lain
Tidak perlu ada perasaan malu dalam meraih redha Allah
Anak ...bukan menjadi hambatan kepada para ibu/ahli
untuk sama-sama menambah pahala di bulan mulia ini.
Masya Allah....
Lebih nyaman duduk di lantai dan berkumpul ramai
ketika bertadarus
Ketekunan, keperihatinan, kesabaran dalam bertadarus
mendapat ganjaran pahala yang besar, apa lagi
di tengah-tengah menjalankan ibadat puasa
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk sentiasa membuat
amalan seperti ini sehingga akhir hayat kami
Tua muda, kecil besar....sama-sama ingin meraih
dan memperolehi kelebihan di bulan mulia ini
Penat di lantai, duduk di kursi....
Ahli yang sudah selesai tadarus... rehat seketika
menunggu beduk berbunyi
Penutup tadarus Ramadan dengan tema biru
Nah... tudung dan baju berwarna biru
Lebih separuh ahli hadir dalam majlis pada pagi itu
Ya Allah ya Tuhan ku berikanlah kami kekuatan
menghadapi liku-liku hidup ini dan terimalah
setiap amalan kami.
Amin.....
setiap ahli bersungguh-sungguh
mengeluarkan suara sehingga bergema
surau itu dengan pujian dan kalimah Allah
Teruja membawakan dikir
Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
menunjukkan kita adalah sama di sisi Allah
hanya amalan seseorang yang membezakan
Suara merdu..bak buluh perindu
anugerah Allah yang sangat besar
kepada hamba Nya yang terpilih
Berdikir... dapat melatih vokal
bersungguh-sungguh
menyelesaikan tugas masing2
majlis penutup tadarus
Tadarus diakhiri dengan membaca doa
khatam al-Quran
Alhamdulillah...
Meeting bersama penghulu dan MPK lelaki
jawatankuasa tertinggi meluangkan
masa menghadiri meeting
Pengerusi MPK wanita
Sambutan Hari Raya Mukim
Pelbagai juadah penghias meja
Ahli-ahli MPK bergaya santun, tersenyum girang
Penduduk kampong gembira
berhari raya
kampong dalam mukim yang sama,
bekerjasama memeriahkan sambutan raya
Juadah dihidang pembuka selera
Meeting MPK mencari kata sepakat
Dikir dan tausyeh di surau Baitul Mal
masing2 ahli membawa kuih muih
untuk upacara terakhir dikir di surau
Air mineral sentiasa disediakan/dibawa sendiri oleh
ahli tanpa disuruh untuk dibahagi2kan di antara ahli
Doa dibacakan sebagai pembuka
dan penutup acara
Sama-sama menyantap makanan
terhidang selesai meeting
Tadarus di rumah ahli di bulan Ramadan
Beramai2 tadarus mengeratkan lagi ikatan persaudaraan
hadir di majlis kerjasama antara MPK dan
pelajar2 sebuah kolej di ibu negara
juga antara aktiviti kampong
tetamu khas majlis
Bersama anak sepupu yang manis
Sebahagian ahli yang hadir di majlis berkenaan
persembahan tausyeh, diiringi
pukulan Tabla oleh ahli2 MPK
Penceramah yang diundang khas
No comments:
Post a Comment