Monday, 8 December 2014

PerKahwinAN 2014

Urusan keluarga, membawa  kami  menuju ke Negara jiran untuk majlis pernikahan seterusnya persandingan anak saudara lelaki kami: Md Erwan....... Jodoh pertemuan di tangan Allah, kita manusia hanya merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan. Ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga.
 
Sebahagian keluarga menaiki pesawat menuju destinasi, manakala kami berkonvoi menaiki kerita.  Biarpun perjalanan mengambil masa berjam-jam lamanya,.....namun tidak melemahkan semangat untuk menuju ke Bandar  negara di bawah bayu itu... tempat penginapan pun sudah di tempah.  Keluarga yang menaiki pesawat telah sampai lebih awal di hotel berkenaan. Demi keutuhan sebuah keluarga besar....penah lelah dan seribu rintangan ditempuh jua......Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai.

 
 
 
Di antara barangan hantaran
buat pengantin perempuan

Selepas sempurna akad nikah
penutup wajah dibuka 

Upacara memotong kek 
mengambil tempat 

Pasangan pengantin duduk dipelaminan serba putih
 bersama kedua ibu bapa pengantin lelaki
dan bapa pengantin perempuan
 
 
 
 
Nahhh.... adik beradik beipar-iparan
mengambil peluang bergambar sama.
Acara persandingan sebelah pengantin lelaki
disempurnakan di negara kami
 
 Berkumpul bersama adik-beradik
di ruang lobby hotel, bersiap sedia untuk
menuju ke rumah pengantin perempuan
Berbual bersama kakak
Abang ipar, adik, adik ipar,
anak2 saudara dan cucu saudara

Persandingan anak buah di Brunei Darussalam
bersama pengangun

Di perjalanan pulang ke tanahair
Kami sempat singgah makan durian yang
dijual di tepi-tepi jalan laluan
NyAMaN BaNaRrrrr.......
HinGgA menJiLaT JaRi woWWW..

No comments: