Tuesday, 13 December 2011

Hari Penghabisan .......



13 Dis....2011








Hari ini berakhirnya penantian untuk membersih rumah yg didiami selama 6 tahun 2 bulan (lebih kurang begitu) suami bertugas di Kesultanan Oman. Sejak jam 10 pagi hingga lebih atau mungkin 1 ptg (lupa liat jam lagi, selesainya yg tept) pekerja dari GAC dgn membawa kontena sekali memungah, mengangkat dan mengeluarkan isi rumah dimasukkan ke dalam kontena. Bersama 9 org pekerja yg kebanyakannya berbangsa pakistan, Alley yang sejak 10 Dis lalu mem packing barang rumah menjadi penyelia yg sangat bertanggungjawab dan bekerja keras. Sebelum pekerja beliau menurunkan barang dari lantai 1, ditunjukkan dahulu mana2 barang yg mula2 diangkat, kemudian beliaulah yg mengatur letak barang dalam kontena dgn bantuan seorang pekerja yg bertugas di atas kontena untuk menyambut barang yg hendak dimasukkan dlm kontena berkenaan. Aku balik2 keluar melihat kontena adakah boleh muat semua atau sebaliknya; "Insyallah", kata pekerja berbangsa pakistan yg duduk menandakan nombor barang yg diangkat keluar rumah (dia seolah2 menjadi security pulak!) apabila aku bertanya bolehkah muat semua barang kami?



Kemudian masuk semula dalam bilik kosong tempat ku rehat sementara memastikan barang habis diangkut nanti sambil main game.



Bila jam menunjukkan hampir 12 tengahhari, Alley memberitahu bahawa kontena hampir penuh tetapi barang dlm rumah masih banyak. Ku hubungi hubby untk blik ke rumah (untung pejabat kedutaan Brunei cuma 5 ke 7 minit sahaja kalau bejalan kaki dari rumah). Ralex saja hubby ni, kita pening memikirkan macammana kn bawa barang, bila sampai suami cakap masukkan saja mana yg muat, yg lain dipaket menggunakan LCL apa aku pun inda tau, tapi terpaksa bayar sendiri... inda apalah janji habis dibawa (yg sudah dipacking).



Tu lah I, rajin shopping kalau dtg ke Oman..... bila melihat barang2 dapur khususnya yg baru, cepat saja nak sambar, kdng tu ditahan juga hati....supaya tak beli, akibatnya terpaksalah begini jadinya....!!!!!!

No comments: