Friday, 2 December 2011

Bersama peserta dan rakan setugas di Rizqun



30 November: Malam....




Kami berada di hotel Rizqun, hotel tersohor di negara ini berada di tengah2 bandar Gadong kawasan yg paling ramai pengunjung setiap malam. Jam 7.30 mlm bertolak menaiki Van membawa perwakilan seminar dari Malaysia dan Indonesia mengelilingi Bandar Seri Begawan di waktu mlm. Walaupun perut ini terasa sakit dan mual yang tidak diketahui puncanya, digagahkan juga kaki melangkah turun apabila berada di hadapan masjid Jame' membawa rombongan bersama teman LO yg lain (3 orang; Mar, Hj Om n Hj Zid). Selepas itu menuju BSB untuk melihat waterfront yang sangat menawan di waktu mlm dengan kerlipan neon yang berjaya menyerikan wajah mlm BSB di gigi pantai.

Untuk kali kedua berjaya menahan sakit di ulu hati ini untuk bersama perserta seminar menjenguk kawasan berkenaan ...biarpun sakitnya bertambah mengigit rasanya. Apabila meneruskan perjalanan ke Masjid Omar Ali Saifuddin di tengah2 bandar ... , kaki ini sudah tidak sanggup turun... keRana sakit yg amat bisa mula mencengkaM di seluruh perut.... rusuk etc. Hingga berada di hadapan pintu besar Istana tempat bersemayam KDYMM pun ..ku tak bisa turun lagi hingga balik semua ke hotel Rizqun .. barulah rasa ingin muntah diluahkan....

Ah, Kacau Banar perut ani.......Esok mudahan aku sehat untuk menjalankan tugas yg diamanahkan... amin...banyak2 doa.

No comments: