Tetapi.... akhirnya mereka kalah juga dengan kelaparan kerana permintaan perut mereka terpaksa pamit untuk makan tengahhari (pada hal sudah jam 1 lebih), aku senyum dan ketawa dlm hati... sebenarnya inilah yg ku tunggu2, sampai mana mereka berjuang melawan perut...yg akhirnya tewas jua. Bagaimanapun, sampai di pintu luar mereka tidak dibenarkan melintasi jalan kerana sekatan pak polisi yg bertugas. Sebenarnya memang dari awal lagi dari ruang jendela dapur aku sudah nampak banyak kerita polisi melalui jln depan rumah kami, biasanya kalau perkara ini berlaku ; ada tetamu VIP/VVIP yg menghadiri masjlis rasmi di kawasan ini. Sementelah pula, kawasan tempat kami menginap merupakan kawasan kawalan, kerana kawasan penempatan pejabat kedutaan dan orang2 kenamaan Oman. Justeru itu kawalan di sini adalah di antara yg terbaik di kesultanan ini. Alhamdulillah.
Lunch nya batal, mereka meneruskan kerja hingga kurang 10 minit ke pukul 5 petang, kesian. Bagaimanapun mereka telah berjaya menghabiskan kerja hingga 60% (sampai ke lantai satu) walaupun kawasan stor belakang belum selesai sepenuhnya. Akhirnya mereka pulang betul.... sampai esok hari.......
Syukran...... wahai pekerja2 dari GAC....yg cekap dan pantas melakukan tugasan masing2.
11 Disember.....
Mereka kembali menjalankan kewajiban yg dipikulkan... tepat jam 8.30 pagi. Terus menyambung kerja tanpa berhenti2.....sehingga ke lantai 2 (sebuah bilik sahaja), walaupun tidak banyak barangan yg ada di dalamnya. Syukur...... inda payah lagi kan ditunggui, boring jua menunggu-nunggu org paking barang, anak2 pun boring.... inda dpt kan berehat...macam diri jua yg packing walaupun hanya bepadah2 mana yg kan dibawa dan sebaliknya.
Di lantai satu mereka bermula dari bilik rehat luar, sebelum itu anak2 sudah dikejutkan supaya awal bangun kerana barang di bilik masing2 akan di packing hari ini. Macam malas saja diorang ani kan bangun sebab semalam akhir tidur selain dikerah2 untuk menolong mengemas dan membersih mana2 yg patut oleh sang IbU ni.......Kemudian bilik tidor daughter, son and master bedroom. Masa ani c Awang saja menunggu, aku turun bawah (bilik yg sudah kosong, hanya tinggal tilam yg inda dibawa balik) pasal ngantok, semlm tidor jam 3.30 a.m., kerana mengemas2 pakaian yg inda siap2 sama hubby. Ya Allah, ngaleh jua paking2 barang ani..... bosan, boring, lelah....... inda tau lagi apa perkataan yg sesuai diguna untk menjelaskannya...... Walaupun kata org inda perlu kitani ikut2 mengemas atau bepanyap..... tapi nyatanya tidak benar tu....!!!!! pengalaman ini mengajarku erti sebenar packing2 ani... walaupun dulu my hubby pernah jua paking tapi aku tidak ada di sana masa atu.......pasal ada tugas ......lain.
Akhirnya segala langsir, bukan langsuir! selesai dibuka.... rumah/jendela jadi tembus dari luar....(sebab cerminnya jenis putih, bukan mcm rumah di Brunei, dark glass). Di mana kan tidur mlm ani,,,,,,? haji book, esok baru tinggal di hotel....... sakit udah badan ni?......
No comments:
Post a Comment