Monday, 26 December 2011

Cari makan di Oman





di hadapan hotel penginapan

Ramada Hotel












Hari kedua di Oman: 7/12/12


Di Restoran Turki Muscat, Oman











Sempat mengisi perut di Restoran Turki yang memang sedap2 makanannya. Rindu lama tak makan di sini....... rindu roti arab yg besar2 dan panas tu, dimakan bersama salat arab (gitulah yg I namakan dia)








Roti arab.... lebar je... tapi nyaman


dimakan panas2



Nasi dari restoran tersebut







Tinggal kepala ikan je....Sodap sangat!





Sunday, 18 December 2011

KuAlA LumPuR......





Replika Teddy Bear yg sempat


dirakamkan





Berada di dalam pusat beli belah Pavalion



17/12/11-Sampai ke tanah air setelah melewati perjalanan yang yang indah, menyeronokkan, menyenangkan dan enjoy di ruang udara dan di bumi Malaysia beberapa hari. Walaupun setiap hari hujan turun........ untung tempat kami menginap di kawasan Bukit Bintang (kawasan membeli belah terbesar di KL), Alhamdulillah...........




berlatarbelakangkan replika yang pelbagai warna

Melalui perjalanan selama hampir 1 jam menuju ke tempat penginapan, setelah melalui 4 buah tol dan jalan yang sangat panjang. Setelah berehat seketika dalam hotel, keluar cari makan... ada yg kelaparan walaupun makanan yg disediakan dlm penerbangan sudah mencukupi tetapi teruja kan merasa masakan di negara ini. Walaupun hujan turun sejak tadi..... akhirnya singgah di kawasan makan setelah puas mencari. Kami meneruskan perjalanan hingga sampai di Pavalion ... banyak sangat manusia.... dalam pusat beli belah ni. Hiasan di kawasan pintu masuk Pavalion sangat indah dengan pokok2 krismas dan lampu neon yg berwarna warni. Sambil melihat barangan yang berjenama dari satu premis ke premis yg lain membuatkan mata jadi ngantok, akhirnya kami duduk di cafe untuk menghilangkan rasa ngantok, sampai tertidor2 tunggu pesanan. Hingga jam 9.00 mlm ku balik...kaki sakit udh... hubby n anak2 terus shopping....








Di KL; Anak2 teruja untuk mencari barang kesukaan masing2... mana2 yg tidak ada di negara sendiri. menyebabkan Kilo barangan kami bertambah. Tak apalah! bukan selalu pun. Tapi yg tak sempat ku cari (sebenarnya telah diangan2kan semasa berada di Oman) ialah raja buah..... tak sampai kut! biarpun di negara sendiri ada barangkali, tapi tak sama agaknya. Lain kali aku pergi lagi, mudahan2an ......




Kami sempat berada di Pavalion, pusat beli belah yg cukup ramai manusia, di luar kawasan berdiri megah beratus2 patung Teddy bear dgn pelbagai warna dan jenama negara2 di dunia... kami cari2 juga nama negara Brunei, tapi nyatanya tak ada! Wallahu 'aalam.....masing2 pengunjung teruja mengambil gambar kenangan bersama Teddy bear mengikut negara masing2, suatu pemandangann yg tidak pernah ditemui di negara lain yg pernah dikunjungi.








Ramai juga saudara mara dan Bruneian yang kejumpahan di kawasan tempat kami tinggal, malah satu hotel pun!.....ada yg jumpa ketika breakfast, ada juga yg ditemui ketika nak menyeberang jln, ada pulak tu di pusat beli belah dan di airport Klia pun ramai org2 Brunei yg dikenali , malah saudara/rakan sekampong sendiri pulak tu.... Siok Jua.



Anak2 pula tak habis2 membeli, ada2 saja kan dibelinya. ia lahhhh.... selagi duit ada di poketnya... inda beranti tu! hingga di airport pun masih kan membeli... walaupun duit yg dibekalkan sudah hampir habis, mintak dgn mak kutt!

AkHirNyA PenanTiAn......

14/12/12; bersama chef untuk resepsi malam itu



Menerima cenderamata kenangan

dari pihak kedutaan Brunei di Oman


TYT Duta, Hubby n Hj Hamzah

Cenderamata kenangan dari

masyarakat PDO

TYT Duta dan Hj Hamzah

Cenderamata kenangan dari staff

kedutaan disampaikan oleh 'Khadiga' Cari idea ..........

Pandai juga hubby ni beri ucapan!

sempat senyum kut!


Belum habis ke?


Macam2 gaya lah pulak!


akhirnya berdiri betul juga...


Hj Hamzah wakil masyarakat PDO





Tuan Yang Terutama Duta Besar;

Dato Haji Besar


Hari akhir berada di negara yang kaya minyak ini, serta negara yang aman macam negara sendiri, malah tidak perlu khuatir handbag dibawa lari/dicuri apabila meletakkannya di atas trolli semasa membeli-belah di market-market besar seperti Lulu atau Carrefour di City Center (tempat ini sahaja yg I suka shopping).



Semalam 13/12/12; berada di rumah TYT Duta Besar NBD kerana doa selamat dan majlis perpisahan kepulangan hubby setelah menamatkan perkhidmatan bersama kedutaan Brunei di negara ini selama 6 tahun 2 bulan (jangkamasa yg lama dan panjang). Tepat 7.30 pm sudah sampai di kediaman rasmi TYT dan keluarga, dengan membawa kuih ArDaM (yg ditempah khas di Brunei) untuk dihidangkan. Walaupun ardamnya sudah keras dikit kerana lama dlm peti ice tapi masih enak dimakan (maklum makanan tradisi kita) hampir kosong piring tempat simpan kuih ni apabila terpandang, itu pun apabila ada yg bertanya siapa yang bawa. I diam je lah......

TYT Dato


Datin Hajah yang penyayang


Begitu teruja dengan sambutan TYT dan Datin yg sangat menghormati para tetamunya yang kebanyakannya penduduk Brunei yang bekerja dengan syarikat minyak di negara ini dan pegawai2 dari pejabat kedutaan sendiri. Wakil pejabat dari pengambilan tempatan sempat memberi ucapan; kerani kewangan 'Khaliga" dan wakil Brunei dari syarikat minyak di Oman; Tuan Haji Hamzah, sebelum itu TYT sendiri sempat memberi ucapan penghargaan dan perpisahan kepada hubby. Sangat sempurna majlis tersebut yang diadakan di hadapan rumah kediaman TYT dalam keadaan cuaca yg sudah mula sejuk. Kesejukan yang nyaman.......



Sempat berbual dengan keluarga Brunei yg lain; Datin Hjh Nurbayura (T.Q sis..Syukran untuk hadiahnya), Hjh Idah (my little sis... TQ 4 ur gift.... I Luv it), isteri Emmy (menantu first cousin hubby), isteri Hj Hamzah (nice sis...), Nadia (2 sec..., c.u on May), isteri Zack (nice 2 c.u), Ali (ganti hubby bertugas...), Ismail, Zulanie, Hamzah, Sofian, Zack, Emmy, Hazim, Ira, Mona, Ayus, Ishak, Khaliga, Khadijah, Rhoba, Huwaida, Badar, Pouji, Hamed, Jalil n lain2 yg tak ingat namanya......



Sebelum berangkat ke airport jam 9.30 mlm; Bagi menghormati permintaan teman hubby sempat menyertai permainan bowling bersama rakyat Brunei di Oman (masih sempat sih.....!) nasib tak lama. Berada di airport Seeb Muscat di kelilingi oleh teman2 Brunei Yg lain; TYT dan Datin, Nadia, Hj Zulainie dan Keluarga, Hj Hamzah n family, Hj Sofian, dan pegawai2 lelaki dari kedutaan Brunei di Oman. Syukran ya habibi n habibati dengan lambaian perpisahan yg biskita semua berikan. I Lov u all.....kenangan bersama kelian tidak akan terlupakan selagi ada hayat kami, insyallah..... Bye, bye, bye.......



Tepat 1.50 pagi (15/12) kapal WY yg membawa kami ke distinasi berangkat bersama muatan dan penumpang yg terdiri daripada pelbagai bangsa, ugama dan bahasa. Allah peliharakan kami bersama kenderaan dan rombongan kami ...... Amin.

Tuesday, 13 December 2011

Hari Penghabisan .......



13 Dis....2011








Hari ini berakhirnya penantian untuk membersih rumah yg didiami selama 6 tahun 2 bulan (lebih kurang begitu) suami bertugas di Kesultanan Oman. Sejak jam 10 pagi hingga lebih atau mungkin 1 ptg (lupa liat jam lagi, selesainya yg tept) pekerja dari GAC dgn membawa kontena sekali memungah, mengangkat dan mengeluarkan isi rumah dimasukkan ke dalam kontena. Bersama 9 org pekerja yg kebanyakannya berbangsa pakistan, Alley yang sejak 10 Dis lalu mem packing barang rumah menjadi penyelia yg sangat bertanggungjawab dan bekerja keras. Sebelum pekerja beliau menurunkan barang dari lantai 1, ditunjukkan dahulu mana2 barang yg mula2 diangkat, kemudian beliaulah yg mengatur letak barang dalam kontena dgn bantuan seorang pekerja yg bertugas di atas kontena untuk menyambut barang yg hendak dimasukkan dlm kontena berkenaan. Aku balik2 keluar melihat kontena adakah boleh muat semua atau sebaliknya; "Insyallah", kata pekerja berbangsa pakistan yg duduk menandakan nombor barang yg diangkat keluar rumah (dia seolah2 menjadi security pulak!) apabila aku bertanya bolehkah muat semua barang kami?



Kemudian masuk semula dalam bilik kosong tempat ku rehat sementara memastikan barang habis diangkut nanti sambil main game.



Bila jam menunjukkan hampir 12 tengahhari, Alley memberitahu bahawa kontena hampir penuh tetapi barang dlm rumah masih banyak. Ku hubungi hubby untk blik ke rumah (untung pejabat kedutaan Brunei cuma 5 ke 7 minit sahaja kalau bejalan kaki dari rumah). Ralex saja hubby ni, kita pening memikirkan macammana kn bawa barang, bila sampai suami cakap masukkan saja mana yg muat, yg lain dipaket menggunakan LCL apa aku pun inda tau, tapi terpaksa bayar sendiri... inda apalah janji habis dibawa (yg sudah dipacking).



Tu lah I, rajin shopping kalau dtg ke Oman..... bila melihat barang2 dapur khususnya yg baru, cepat saja nak sambar, kdng tu ditahan juga hati....supaya tak beli, akibatnya terpaksalah begini jadinya....!!!!!!

Sunday, 11 December 2011

10 & 11 Disember 2011

Bermulanya kesibukan yang terlampau... kalau boleh dikatakan begitu!




8.30 pagi lagi agen dari syarikat GAC oMAN iNTERNATIONAL mOV seramai 4 orang sampai ke rumah (nasib I sudah siap mandi), untuk packing barangan masuk kontena. Selepas bertanya itu ini (boss kecik dia ni org Asean), 2 lagi pekerja orang Khasmir (putih je kulit dia) dan seorang lagi Omani, mereka memulakan tugasan sebagai pekerja dari GAC...... dari lantai bawah. Seorang di bilik tamu utama, 2 orang di bilik tamu ke 2 dan boss kecil ni di ruang tamu keluarga. Saya duduk memerhatikan sahaja, mana yg perlu mereka tanyakan serta perlu penjelasan, mana2 barang yg dimasukkan kontena dan barang yg tidak perlu. Biarpun awal2 sudah dipisah2kan mana2 barangan yang akan di packing dan sebaliknya. Rimas jua dibuatnya...... kekadang sempat jua menjenguk dimana2 pekerja ini melaksanakan tugasnya. So... hampir jam 11 lebih telah banyak kerja yg selesai diuruskan. Tambahan pula pekerja dari negara ASEAN ni sangat cepat / laju / pantas bekerja. Macam inda sangal usulnya. Padahal kami cuma menyediakan minuman tin untuk bisdia, itupun inda habis..... Seolah-olah diorang ni tak ingat lapar lah pulak.......


Tetapi.... akhirnya mereka kalah juga dengan kelaparan kerana permintaan perut mereka terpaksa pamit untuk makan tengahhari (pada hal sudah jam 1 lebih), aku senyum dan ketawa dlm hati... sebenarnya inilah yg ku tunggu2, sampai mana mereka berjuang melawan perut...yg akhirnya tewas jua. Bagaimanapun, sampai di pintu luar mereka tidak dibenarkan melintasi jalan kerana sekatan pak polisi yg bertugas. Sebenarnya memang dari awal lagi dari ruang jendela dapur aku sudah nampak banyak kerita polisi melalui jln depan rumah kami, biasanya kalau perkara ini berlaku ; ada tetamu VIP/VVIP yg menghadiri masjlis rasmi di kawasan ini. Sementelah pula, kawasan tempat kami menginap merupakan kawasan kawalan, kerana kawasan penempatan pejabat kedutaan dan orang2 kenamaan Oman. Justeru itu kawalan di sini adalah di antara yg terbaik di kesultanan ini. Alhamdulillah.


Lunch nya batal, mereka meneruskan kerja hingga kurang 10 minit ke pukul 5 petang, kesian. Bagaimanapun mereka telah berjaya menghabiskan kerja hingga 60% (sampai ke lantai satu) walaupun kawasan stor belakang belum selesai sepenuhnya. Akhirnya mereka pulang betul.... sampai esok hari.......


Syukran...... wahai pekerja2 dari GAC....yg cekap dan pantas melakukan tugasan masing2.



11 Disember.....


Mereka kembali menjalankan kewajiban yg dipikulkan... tepat jam 8.30 pagi. Terus menyambung kerja tanpa berhenti2.....sehingga ke lantai 2 (sebuah bilik sahaja), walaupun tidak banyak barangan yg ada di dalamnya. Syukur...... inda payah lagi kan ditunggui, boring jua menunggu-nunggu org paking barang, anak2 pun boring.... inda dpt kan berehat...macam diri jua yg packing walaupun hanya bepadah2 mana yg kan dibawa dan sebaliknya.


Di lantai satu mereka bermula dari bilik rehat luar, sebelum itu anak2 sudah dikejutkan supaya awal bangun kerana barang di bilik masing2 akan di packing hari ini. Macam malas saja diorang ani kan bangun sebab semalam akhir tidur selain dikerah2 untuk menolong mengemas dan membersih mana2 yg patut oleh sang IbU ni.......Kemudian bilik tidor daughter, son and master bedroom. Masa ani c Awang saja menunggu, aku turun bawah (bilik yg sudah kosong, hanya tinggal tilam yg inda dibawa balik) pasal ngantok, semlm tidor jam 3.30 a.m., kerana mengemas2 pakaian yg inda siap2 sama hubby. Ya Allah, ngaleh jua paking2 barang ani..... bosan, boring, lelah....... inda tau lagi apa perkataan yg sesuai diguna untk menjelaskannya...... Walaupun kata org inda perlu kitani ikut2 mengemas atau bepanyap..... tapi nyatanya tidak benar tu....!!!!! pengalaman ini mengajarku erti sebenar packing2 ani... walaupun dulu my hubby pernah jua paking tapi aku tidak ada di sana masa atu.......pasal ada tugas ......lain.


Akhirnya segala langsir, bukan langsuir! selesai dibuka.... rumah/jendela jadi tembus dari luar....(sebab cerminnya jenis putih, bukan mcm rumah di Brunei, dark glass). Di mana kan tidur mlm ani,,,,,,? haji book, esok baru tinggal di hotel....... sakit udah badan ni?......

Friday, 9 December 2011

6 Disember 2011

Berangkat Ke Kesultanan Of Oman bersama anak-anak;



Sempat bergambar kenangan di lapangan

terbang Klia, Kuala Lumpur




















Menaiki penerbangan RBA menuju KL sekitar 2 jam & berada d airport Klia Sepang kira2 4 jam. Kemudian meneruskan penerbangan dengan menaiki Oman Air menuju destinasi. 6 jam berada di atas awan bukanlah suatu masa yg singkat.....tetapi oleh sebab flight yg dinaiki mempunyai kawasan tempat duduk yg luas , masa yg panjang tidak begitu dirasai. Tambahan dilengkapi kemudahan TV dan hidangan makanan/minuman yg mengenyangkan (kita sahaja yg. tak sanggup mkn banyak, takut terpaksa ke toilet), bukan senang nak melepas kat udara ni!



Berada di ruang udara......semua penumpang kan tidor, tapi mata ini tak mahu lelap2.... dari satu tajuk ke tajuk lain movie di buka. Kalau rasa2 inda siok tukar lagi...... apa kena laaaa.......lepas tu buka buku mastika (kecil dan comel sahaja sizenya)) yg memang dibawa dlm handbag untuk santapan minda. Rugi pulak kalau tak baca dalam perjalanan ni (memang selalu bawa buku2 macamni, kadang tu bawa novel).



Alhamdulillah, sampai di Seeb Muscat airport, jam di Oman sudah menunjukkan 12 mlm. Perjalanan lancar dan mudah sahaja, suami sudah menunggu di muka pintu (selepas kami turun dari bus) sambil duduk santai. Selepas bersalaman ......kami berbaris untuk chop pasport di bhg diplomatik dan terus ambil bagasi. Kami pulang ke rumah setelah melalui hari-hari yg panjang. Malam di negara ini terasa kesejukan yg menyamankan (I Lov it), biarpun anak2 terasa kedinginan (ah... anak2 memang tak tahan sejuk, biarpun pernah menuntut di UK). Bulan Dis. di sini memang musim dingin cuma salji saja belum pernah turun.... !


Akhirnya kami sampai juga d rumah Oman ( rumah sewa gov. kali ah!) yg telah lama ditinggalkan. di kawasan luar rumah masih seperti dulu, bersih dan bunga berwarna putih mengeluarkan bunga yg banyak. But..... bila melangkah saja ke dlm rumah, duh duh duh banyk bangat yg mau dibersihkan, dari ruang tamu ke ruang makan terus ke dapor. Hubby ni mcm tau saja sapa nak buat. Alahai lah emak......., tak senang dengan situasi rumah yg ######## trus tngn ini mengemas mana yg ptut setelah tukar pakaian. Kata Nabilh: "Eehhhh mama kan terus kemas mlm ni jua kah? ngaleh tu eh, lum g tdor dri tdi. Esok saja maaa...." Alahhh anak kekadang mcm tu sebab bila mak dia buat kerja rumh mesti nak dia kena tolong mamanya, tu yg nak tunggu esok tu...Tapi I kemas juga sikit2. Hati ni mana tahan tunggu esok lagi.