Taman peranginan Tasek
Hari ke empat bertugas:
Pagi-pagi lagi (5.45 am) sudah bertolak menuju JPI sebab ada aktiviti jogging dari pejabat Pengajian Islam ke Tasek lama d bandar yang sudah berwajah baru. Peewwieet...... sudah lama tidak melakukan aktiviti riadah seperti ini, apa lagi bersama rakan seperjuangan dari kementerian yang sama. Teruja juga dengan aktiviti macam ani.
Kami memulakan acara pagi tersebut dengan sedikit senaman ringan yang dipimpin oleh salah seorang pegawai lelaki yang bertugas di JPI juga. Selepas aktiviti pemanasan barulah kami mula bergerak menuju kawasan tasek dengan disertai oleh Pem. Pengarah, Penolong Pengarah, ketua2 jabatan dan seluruh kaki tangan JPI khususnya. Berjalan kaki menuju tasek suatu aktiviti yang ke 2 kalinya di adakan sepanjang tahun 2009 ini. Berjalan sambil berborak ... tidak terasa........ akhirnya kami sampai ke kawasan tasek yang telah menjalani pelbagai perubahan, sehingga berjaya menarik ramai pengunjung ke tempat tersebut, sama ada untuk beriadah atau berkumpul bersama keluarga. Kelihatan juga aktiviti yang dipanggil TAI CI sedang berlangsung di sana.
Nun di atas sana kelihatan sekumpulan
wanita sedang melakukan senaman Tai Cikelihatan pegawai-pegawai lelaki berjalan gagah menuju
kawasan peranginan
wanita sedang melakukan senaman Tai Cikelihatan pegawai-pegawai lelaki berjalan gagah menuju
kawasan peranginan
Di sana juga terjumpa saudara sepupu yang bergelar Datin.... yang akan keluar negara untuk mengikut suami yang bertugas d kedutaan sebagai DUTA. Selain itu ketemu juga dengan teman sama sekolah Menengah Arab dulu yang juga bertitle Datin. Dulu2 kami panggil datin ini dengan panggilan 'mam/mom' orangnya seperti zaman sekolah dulu... lucu dan paibun. Sempat bercerita dan bergurau seketika. Perjalanan kami menuju kawasan tinggi cukup melelahkan jika terus mendaki bukit berikutnya.. Tapi... akhirnya kami menuruni bukit melalui jalan... yang cantik dan berwajah moden. WAduh... Mula2 lutut terasa juga sakitnya... lama-kelamaan turun ke betis.... dan akhirnya hilang... Enak juga kan.. melalui batu tajam dengan membuka kasut sebagai terapi kaki mungkin sesuatu yang unik dan mendatangkan kelegaan kepada kaki. CUBA aje sapa-sapa yang tinggal di negara Brunei.
kawasan pejalan kaki dipasang dengan carpet merah
lawa kan!!! inda perlu khuatir rosak tapak kasut ni..
lawa kan!!! inda perlu khuatir rosak tapak kasut ni..
Akhirnya kami pulang semula ke JPI dan sampai kira2 7.30 am. Inda terasa jua rupanya masih awal.... Semua berkumpul d lobby sambil menikmati minuman pagi yang hangat dan dingin sambil makan mee, laksa, lepat, sandwich, popia dan pelbagai juadah yang dibawa oleh kakitangan JPI sendiri secara sukarela. SIOKNya .... Nanti ku bawa jua kalau masih ada kesempatan INSYALLAH.
selepas menamatkan sesi berjogging,
acara bersambung ke sesi makan/minum
peserta riadah melepaskan penat sambil minum
acara bersambung ke sesi makan/minum
peserta riadah melepaskan penat sambil minum
bermacam kueh mueh dapat dilihat
Selepas itu ambil barang dikerita untuk persalinan, selepas mandi ...... siok siok..... Tapi tumitku ani mula pula terasa sakit... ADUH ADUH sakit ..... Tengahhari pun malas kan balik, kami beli saja barang makanan d Supa Save berdekatan, kami beli durian... WOW..... nyamannya! rambutan dan buah anggur (manis bangat)... sempat juga singgah d sugar bun di tingkat atas membeli ayam dan nasi. Akhirnya sama2 kami makan di dapur tingkat 5 ..... SIOK eh... I like it.
4.30 pm baru balik........
No comments:
Post a Comment