Sunday, 7 June 2009

Di Airport Oman dan Thailand

Masih bergaya kan.....
walaupun inda lama lagi kan pencen.......... !
Suami kesayangan I ni....... ralek saja walaupun bini dah nak balik Brunei. Tapi last-last kan masuk ruang berlepas tu.... macam berkata-kata jua matanya. Kesian jua meninggalkan dia seorang di Oman, tapi demi tugas tetap bertahan...... DEmi NeGaRa Yang TerCINta........

Berangkat balik Ke Brunei menaiki flight Oman Air pada pagi Jumaat 5hb June. Jam menunjukkan 2.00 pagi semasa flight Oman Air berlepas dari landasannya. Kapalnya besar maklumlah airbus, mempunyai 8 seat iaitu 2 seat sebelah kanan dan kiri dan 4 seat di tengah. Nasib saya kena beri seat berdekatan jendela dan di sebelah saya pula kosong.

Ani tah flight Oman Air yang ku naiki menuju ke Thailand..... A330, besar di dalamnya. Banyak jugalah pak-pak Arab menuju Thailand. Perempuan Arab ada jua tapi 4/5 orang je...... selebihnya bangsa Inggeris n termasuklah I bangsa Melayu.
ALHAMDULILLAH...... Di samping kemudahan Tv, menaiki kapal Arab ni juga memberikan menu yang saya rasa berat dan banyak. Ada menu pilihan antara beef atau ayam, manakala untuk appertizernya sweet corn atau.......? lupa apa lagi semacam tu. Dan untuk dessertnya, ada pula yougart yang sedap dan tidak masam, macam yougart biasa. Di samping roti paun, biskut dan butter sekali. Suka saya makan hidangannya tapi terlalu banyak, apa lagi bila berada di dalam kapal yang mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasinya; kira-kira 6 jam. Ya Allah, takut pula perut meragam. Maklumlah dalam flight ni bukan senang-senang nak masuk tandas macam di rumah........ #### Bila makanan untuk sarapan diedarkan.... dengan roti yang besar dan berintikan makanan seafood..... di samping juice, air dan minuman panas. Lagi tah tak berani kan mengambil juadah tersebut.....




Apa yang di toleh tu Ida........ ada apa-apa ke? Ralek saja Flo ni.... macam orang kan belayar tah pulang. Hahahahah.... sabar cik , giliran hang pun tak lama lagi.... Nanti aku menunggu d airport jangan saja time ku keraja payah tah jua kan keluar tu..... !

Norasyikin Hj Ibrahim bersama kakak iparnya berbangsa Oman, beliau seorang Doktor bahagian bersalin. Sapa-sapa yang masih menatap di Oman, bolehlah mendapatkan rawatan dari Dr Sofie ne.....

Ini lagi..... siap dengan gaya masing-masing....... Tapi dorang ni kan Understanding n Sporting orangnya.......

Gambar Hj bersama Pg. Ahsan, Hj Ismail, Hj Zulani dan Hady (dalam dukungan bapanya). Pandai juga bapa-bapa ni memberikan pose istimewa kan!!!!!! Kalah ibu-ibu. Hahahahahha.....

Hady ni pandai bergaya tau...... kadang-kadang dia pulak yng ambil photo pakai camera mamanya.... anak-anak moden zaman sain teknologi ni bukan macam kita dulu-dulu, kena ambil gambar pun takut... EEEhhhhhhh. Geli hati bila teringat zaman anak-anak dulu


Ini lagi pose yang menarik, kenapa ni Flo? Mengantok ke.....? Ia lah jam pun sudah menunjukkan 12 malam. Time tidor kata orang..... Ida tu kenapa? macam menangis je....? Kuatkan hatimu dek menghadapi perpisahan ini!!... CHEWAHhhhhhhh.... mengada-ngada cikgu ni kan?


Bergambar ramai di ruang menunggu. Dari kanan Idah, saya, Florinda, Ida, Syikin dan Dr Sofia. Terima kasih banyak-banyak dek menghantar bersama ke lapangan terbang.

Sempat lagi ambil gambar semasa berada dalam airport Oman, sementara menunggu masa kan masuk ruang berlepas. Wow... bergaya dan lawalah kau Idah, baju merah lagi... Macam mengantuk sudah mata tu.... tapi tetap senyum gitu! Selamat jalan dek..... bulan Julai kita berjumpa lagi..... "Kenang Daku Dalam Doa Mu Selalu". Sapa pulak kawan di belakang tu???????



Suasana di dalam Airport Oman. Kalau di luar airport kelihatan sibok dengan banyakny kerita yang bebaris mencari tempat parking dan penumpang juga ramai yang menunggu giliran untuk masuk ke kawasan scanning. Tapi di kawasan dalam.... Wahhhh lenggang aje !!!!! Mana perginya orang yang ramai-ramai tadi ni!!!!!! HeraN... Kan... , Kan, Kan???

Masih di depan tempat ku menunggu untuk masuk ke kawasan F1 (formula 1) ???? Bukan... menuju ke tempat flight RBA berlepas....

Kawasan ani terletak di tingkat bawah atau nya orang puteh 'ground floor'. Ketika menunggu, untuk mengambil bording pass bagi flight RBA dari Thailand ke Brunei. 3 jam flight kan berlepas baru tia buka..... Macam lama rasanya ku menunggu!

Premis ani di hadapan ku..... ada berjual bermacam-macam jenama jam.... masa ku membelek-belek jam ani, salah tia ku meletakkan dari tempat asalnya, marah usulnya penjual bini-bini atu. Inda marah tapi ngomel..... inda tah ku jadi membeli. Fikirnya ku inda mampu membeli kali.... !!!walaupun jam US2000 . Hehehehehhehe.... perasaan.


Tempat menukar duit berhadapan dengan tempat ku rehat n duduk-duduk, so.... sempat tah jua merakamkan premis 'Money Changer' ani. Inda ada kan dibuat... boring... boring. Kan membeli banyak-banyak barang di tangan sudah sarat...... takut jua putus bahu membawa luan keberatan..... !

No comments: