Friday, 26 June 2009

Expo d ICC


Jumaat... jalan-jalan ke ICC pada sebelah petang, ada expo. Ramai sangat pengunjung, parking kereta pun susah.... pusing sana pusing sini, baru dapat parking.... nasib jadi penumpang saja hari ini. Kakak yang jadi driver. Hehehehehe..... jangan marah Mah! Baru sampai d pintu masuk ke ruang pameran ke dua.... ketemu sama bu Hajah... mama Ramlah dan kakaknya sekali Dy .Asiah dan keluarga... siok lah!!!!!! Kesian mama Ramlah, lama tak jumpa dia... nampaknya bu Hjh bertambah sehat di Brunei ni... ceria lagi. Suka sangat bertemu dengan mereka semua. Lepas itu di pintu keluar ICC sekali lagi terjumpa bu Hajah sedang duduk di kursi dekat pintu menunggu anak-anaknya. Sooo... sempat juga ambil gambar berdua. HMMMMM......jumpa lagi nanti bu......


Bermacam-macam buah-buahan d jual di ruang pameran Thailand.... biasalah kan, ada rambutan, jambu merah, duku, laici, longan, mangga, manggis dan raja buah pun ada......? Laku tempat ini, walaupun letaknya tersorok di belakang. Berhampiran premis Thailand ada juga pameran negara-negara kedutaan yang lain seperti: Myanmar, kambodia, Malaysia dll. Kain batik, tudung, kain ciffon, kain sutera, jubah, kebaya, bungga batu, pin tudung, kain tenunan Malaysia, topi, barangan elektrik, perabut, langsir, pelbagai minuman botol/tin, yourgart, keropok lekor (panas2, masak d sini), maggi, biskut, kek (macam2 design... pernah ku nampak d Oman, kawan buat), ice cream, buku/kitab/novel. Pokoknya semua barangan di kedai2 ada dijual di tempat ni. Sampai promotion tiket penerbangan pun ada.......... WOWwwww..... penat berjalan kali tu. Walaupun ada kawasan makan/gerai di bahagian atas dan berhadapan dengan dewan ICC ... tak sempat singgah takut keakhiran, sudah hampir Maghrib.

Nasib parking di atas... sebab kalau parking di hadapan stadium tertutup terpaksa pulak naik bas yang disediakan..... lambat lagi. Mesti berbaris pula menunggu giliran.

bersama bu Hajah.... mama Ramlah

pelanggan berebut-rebut membeli keropok
keropoknya enak, rangup dan...
wowww... sudah makan mau lagi......
keropok ikan tamban dari Terangganu, Malaysia
bergambar d ruang legar yang luas
ibu dan anak
kakak n anak
Ruang pameran Thailand paling ramai pengunjung

kalau musim hujan payung ni pun sesuai dipakai,
lawa lagi...... dari jauh pun sudah kelihatan
mangga harum manis pun ada....
nyaman, nyaman jua... terutama durian atu!

banyaknya buah!!!!! ada manggis, rambutan,
jambu, durian... kacang tanah pun adaaaa....!!
semua kan dibeli
kawasan berjual maggi dari pelbagai jenis
maggi dari Malaysia
Nabilah n Atiqah
suasana ruang pameran
bergaya dengan minuman
bersama kakak n anak saudara
kerita pun ada dipamerkan...jual murah je

No comments: