Masuk Syawal ke 7.... 4 buah rumah keluarga, saudara mara dan sahabat mengadakan open house. Dalam masa 4 jam saya dan suami berkunjung ke rumah2 terbuka ni....
Saudara rumah pertama terletak di kampong Rimba, kira2 jam 5 ptg (setelah balik kerja), kami menuju ke kg ni.... dan sampai ke sana dlm waktu singkat... pelbagai juadah terhidang... yg berbeza dari rumah2 lain ialah di sini disediakan TAU Fu Fah.... saya memang suka Tau Fu ni.. sedap.... dan lembut rasanya....sehingga hampir maghrib baru kami pulang ke rumah untuk solat.....
Setelah itu berangkat lagi ke rumah ke 2; seorang sahabat. Nasib rumah tak jauh... di kawasan2 sini sahaja ; di ban.... setiap tahun kami pergi ke rumah sahabat ni...mentelah pula tak jauh dari rumah kami. dan setiap tahun pula dia mengadakan rumah terbuka dan menjemput kami hadir sama. Ada sate juga.......dan makan ...khusus hati buyah yg sedap ni..........Ketemu kawan di pejabat dan kami duduk semeja untuk santap.......Chewah... jgn pula marah I guna bahasa tu... Setelah hampir habis waktu maghrib, kami balik ke rumah....
Rumah ke 3, ialah sepupu I, kami balik rumah untuk bawa anak dan pembantu sekali (sebab cousin ni yg carikan I amah ni dulu), So .... tempat jamuan raya sangat menarik dan unik iaitu diadakan di ruang depan sebelah kanan rumah beliau yang luas itu. Cantik sangat kawasannya.... dengan neon yg berwarna warni.... Makanan dihidangkan di atas meja panjang dan pengunjung boleh memilih mana2 meja bulat yang disediakan untuk duduk sambil menikmati makanan..... ada makanan jenis seafood; udang, siput dan kerang... cornsoup pun ada.... I cuma sanggup menjamah, kerang dan cornsoup sahaja. Perut dah sarat... mesti ada ruang kosong lagi untuk rumah keempat nanti. Bagaimanapun suasana santai di sini membuatkan kita merasa selesa berlama-lama duduk.
Sari...
Setelah lebih kurang setengah jam duduk, kami memutuskan untuk berangkat balik...... , sampai di rumah dan tanpa masuk ke dalam terus menghayun langkah ke rumah yg satu lagi... jeng, jeng, jeng.... bukan orang lain.. rumah KAKAK je yang terletak sebelah rumah... dekat sangat beberapa langkah sahaja sudah sampai. Rumah ke 4 ni rumah terakhir dikunjungi utk mlm ani... sebab jam dah menunjukkan hampir 9.00 malam..... mata sebenarnya sudah mengantok kerana kekenyangan dan letih. Di sini boleh duduk lama sebab rumah kakak & ampir; di sebelah saja.
Ni mesti katering KJ ni... sebab bau curry ikannya nyata benar.... ada kepala ikan .... ni kegemaran I lah....., Kalau masa belajar dulu kepala ikan ni terpaksa di pantangkan... bila cuti semestar tiba makan balik dan sekarang ni.... bebas untuk meratah kepala ikan ni semaunya, walaupun tak banyak isi. Tentu orang2 yang pernah membaca buku2 pendidikan tahu kenapa I pantangkan kepala ikan time belajar dulu kan???!!!!!!. Tempat kakak ni... ada buah mangga yg sangat manis... mana tidaknya buah2 mangga ni banyak bergantungan di luar rumah .... sedang berbuah dan masak. I teruja juga makan mangga ni, walaupun sudahselalu sangat makan buah ni. Alhamdulillah... tak payah beli. Kakak bagi....
No comments:
Post a Comment