Friday, 24 August 2012

Hari Raya kedua....


Bermula jam 10.30 pagi sudah berada di rumah abang yang sulung... terletak bersebelahan rumah sahaja. Memang kami adik-beradik telah menerima bahagian tanah dari orang tua kami bersebelahan. Tentulah ada tujuan mereka berbuat demikian. Khususnya jika ada kerja suka duka, mudah bagi kami bersaudara untuk membantu dan bertolong2an antara satu dgn lain.

Rumah abang sudah dipenuhi oleh pengunjung... yang  terdiri daripada keluarga kami sendiri. Kami terus mengaut hidangan yg tersaji untuk makan tengahari atau breakfast..... selesai makan, datang lagi pengunjung yg terdiri daripada keluarga bisan abang..... ramai sangat... akhirnya kami keluar bagi memberi peluang mereka duduk pula.

Sebelum ke rumah kakak yg ke 3, kami menuju ke rumah keluarga suamilah pula, tujuannya bagi melegakakan perut selepas makan tadi (di rumah kakak ke 3 ni pun nak mkn juga nanti)..... sampai di rumah adik ipar ni.... ralek ...makan roti, biskut, kek dan kacang2an sahaja... ringan sikit perut rasanya. Selepas itu beredar ke rumah ipar di sebelah rumah ni pula......rumah hujung lah dulu.  4 orang adik-beradik suami di kg ni... membena rumah sebelah menyebelah / berhampiran.......bhg masing2 1/2 ekar seorang.....Tetapi kami sempat mengunjungi 3 buah rumah sahaja di sini, sebab adik yg sebuah lagi nampaknya tiada berada di rumah... lain kali sahaja daaaaa....

Setelah 3 buah rumah dikunjungi...kami beredar pula ke rumah kakak ke 3 yg terletak di Kg yg sama.... jam telah menunjukkan kira2 12 lalu..... time  makanlah sekarang ni.... sampai sahaja kami dapati begitu ramai keluarga kakak sebelah suami yg berada di rumah tersebut... kami cuma berdiri di ruang makan yg padat dgn manusia itu... sambil mengambil makanan dan tempat duduk yg telah dikosongkan.... memang setiap tahun kakak membuat 'open house' pada raya ke 2.  Rajin benar kakak ni masak looo....  Masakan sedap pulak tu!!!!!!!! BEST sangat.... teringat bapa yg sudah pergi... pandai masak bapak kami tu....khususnya untuk kerja2 musim perkahwinan, tapi sekarang ni dah ada khidmat katering..... 

Pelbagai juadah terhidang: ada bubur chacha, udang goreng, nenas manis, nasi kebuli, ayam, daging, ikan selongsong berkuah dan macam2 lagi....yg bestnya tahai goreng kering bergula....macam keropok.... macammana kakak ni buat ya???? nanti tanya resipinya.


No comments: