sebelum bertolak pulang ke Oman
masih sempat sarapan pagi di Heathrow airport
- Kapal yang kami naiki mendarat di lapangan terbang Oman pada subuh 5hb Feb kira-kira pukul 3.30 am. Lega.... sampai sudah di bumi Muscat....
ETIHAD FLIGHT yang membawa kami dalam penerbangan balik ke Oman
- Semalam baca doa selamat sedikit di rumah....., walaupun makanan disediakan oleh catering... tapi sebagai tuan rumah mesti jua menyediakan dan menyusun pinggan mangkuk, gelas dan apa-apa keperluan yang lain untuk para tetamu, yang di antaranya TYT Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Oman bagi tahun 2009, Tuan Hj Muharram dan Puan Hajah Multazamah, Tuan Hj Johari dan Ka Hajah ( ibu bapa kepada Hjh Faridah yang sedang bercuti di sini). Siok lah... walaupun selepas itu ( paginya ) baru terasa sakitnya kaki dan peha...... sebab banyak bergerak.
- Alhamdulillah majlis berjalan lancar.... makanan memuaskan.... terima kasih Rosli dan isteri (c Amoi) dan semua kueh-mueh yang disumbangkan. Hjh Faridah, Hjh Flo, Novi, Hjh Ida......... dan bibi dengan bantuan tenaganya. Kehadiran kelian justeru sangat memeriahkan, menyenangkan dan merupakan kerjasama yang sangat tulus bersama keluarga. Mudahan Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan dan kehadiran adik-adik semua beserta keluarga, amin.
- Pagi tadi baru mengemas bekas-bekas makanan, menyuci periuk belanga yang digunakan, menyusun balik kursi meja, melipat alas meja, memanaskan barang makanan yang masih tinggal dan sebagainya. Walaupun dalam kesibukan itu, sempat juga menjenguk RTM 1 dan 2 sekali sekala. Bila tidak ada rancangan menarik.....kembali semula ke ruang dapor meneruskan kerja mengemas..... ReLaX..........
No comments:
Post a Comment