Wednesday, 11 February 2009

Naseem garden

kelihatan orang ramai yang berkunjung ke festival itu
memasak halwa
Naseem garden sangat luas dan tempat parking pun banyak, cuma jauh sangat berjalan untuk mencapai sasaran. Waduh.... penat.

Sampai di Naseem terus mencari ..... hmmmmm faham-fahamlah, sampai di tempat yang dituju.... waw.... banyaknya para wanita yang memakai baju hitam.... terpaksa berbaris panjang untuk sampai ke pintu 'bilik menunggu' ni , susah betul.

Ramai betul pengunjung festival pada malam ini. Oh...... rupa-rupanya malam Rabu, esok kan hari Khamis cuti awam di negara ini.... patut pun ramai....

Kami cepat-cepat menuju ke pentas besar dimana beratus-ratus buah kursi sedang menunggu untuk diduduki, kami mencari tempat duduk di baris ketiga dari hadapan, untuk memudahkan mengambil gambar. Tapi sebelum itu duduk dulu di kawasan gerai... apa lagi..... mengalas perut.....

Persembahan pada malam itu bermula kira-kira jam 7.30 malam... acara dimulakan dengan tarian dari 'Internasional school' nampaknya. Pandai anak-anak ni menari, berdrama dsb. Diikuti persembahan akrobatik , Mesir dance dsb. Diselangi oleh pertunjukkan bunga api pada pukul 8.00 malam tepat. Akhirnya apabila jam di tangan menunjukkan pukul 9.00 malam kami keluar dari tempat tersebut kerana hampir-hampir terlelap tadi semasa menyaksikan persembahan di awal acara kerana terlalu mengantuk... ditambah pula udara yang semakin sejuk.

*******Jumpa lagi..... chario and good bye....! *********

No comments: