Saturday, 28 February 2009

Seeb, Bahja, Lulu & Doktor

SeMaLaM SeJaK JaM 11.00 a.m SuDaH BeRaDa DI SeeB SoUK...... MeMBaWa TeMaN DaRI KeDUTaaN BRuNeI SeNDiRi MeLiHaT-LiHaT KaiN....... SO.... MaCaM TIDaK RaMaI oRaNG , KeRaNa SeBaHaGIaN KeDaI MaSiH TuTuP.

Kenapa lambat peniaga ni buka premis mereka...... mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sudah mulai panas kut! Berbanding bulan December, January dan awal February lalu ........ merupakan hari-hari yang sangat sejuk........ tapi nyaman walaupun terpaksa memakai baju tebal / beberapa lapis baju seperti di negara Eropah sana. Di SeeB ini kami hanya melihat-lihat kain yang dipamerkan olEh pekedai di premis mereka........ cantik-cantik semua....... ada jenis ciffon, washable , cotton , satin dsb..... ada yang bermanik-manik , bertabur batu permata , berkilat-kilat.... tapi TiDaK aDa YaNG BeRSeSUaIaN DeNGaN SeLeRa KaMi uNTuK MeMBeLiNYa.

Akhirnya kami menuju ke premis yang menjual jewelery , khususnya buatan tradisional Oman , Apabila di tanya harga sepasang rantai besar bersama anting-anting dan cincin nya ( 1 set ), ada yang kira-kira RO 800 SAHAJA ( kira-kira B$ 3,000 lebih ) , ada YaNg harga RO 500 ( kira-kira B$2,000 ) . Manakala cucuk tudung bermata zirkon... berharga kira-kira RO 25 untuk sebelah sahaja jadi kalau sepasang tentu RO 50 ( lebih kurang B$100 ) bolEh tahan CaNTiKNYa WoW!

APaBILa JaM MeNuNJuKKAN 1 LaLU, KaMi beredar ke bangunan MARKAZ AL-BAHJA, sebelum singgah ke premis Mark's n Spencer..... ke premis makanan dulu, walaupun kan shopping...... perut ni mesti juga di isi _____ AWwwww.... HaMPiR 45 minit duduk di premis tersebut, baharulah membelek-belek pakaian di Mark's n Spencer.

Banyak pakaian fesyen musim panas baharu sampai......... ada yang serendahnya mungkin di bawah RO6 dan setingginya RO 20.00 atau RO 22.00 . SaMPaI 4 PaSaNG BaJu DaN 4 PASANG SeLUaR PaNJaNG KAMI BaNTAi DI SINI. OOOHHHHH.... kalau boleh kami kan BoRoNG semua pakaian YANG LAWA-LAWA NI .... ITU PuN kalau boleh.... CUKUP KAH DUIT NE ?????

BERIKUT.... ke LULU BOUSHER / Gubrah , mencari tailor untuk mengurangkan seluar yang dibeli di premis sebelumnya kerana kepanjangan...... 3 pasang seluar panjang cuma RO 1.500 ( ini kira murah lah ne .....! ) cuma B$ 6.00-------- HAMPIR JAM 6 PETANG KAMI BERADA DI LULU,,,,,, rupa-rupanya .... saya ada perjanjian doktor d PRIVATE MUSCAT HOSPITAL....... kehabisan ubat.

MY HUBBY DATANG KE LULU menyinggahi dan terus ke hospital....... nasib tidak ramai orang , lagipun sudah buat perjanjian awal....... Dr. Mustafa sudah pindah.... MANA DR Ni ????? Ohhhhhh DR Anna rupanya dari POLAND..... cantik tau !!!!!

SEBELUM BALIK KE RUMAH , SEMPAT SINGGAH DI ISTANBULI RESTAURANT, TAKE AWAY MAX GRILL N SAWARMA SAJA............ HAMPIR 7.30 P.M BARU SAMPAI KE DISTINASI..... KENGALEHANnnnnnn..........

Friday, 27 February 2009

Parrot, Bin Ateeq, Ramez & Lulu


PaGI INI JeRaT HaJI MeNGeNA LaGI , 2 eKOR PaRROT MaSUK PeRaNGKaP..... Akhirnya burung parrot sudah berjumlah 5 ekor. YAHOoooooo.......... Lawa lah , berbulu hijau , besar , paruh tajam ke bawah , mata kecil bundar. SUKA.... SEeeee..... SANGATtttttttt .................

Akhirnya parrot masuk perangkap....hehehhe...


HaRI aNI SeBeLaH PaGI KeRaNa KeBeTULaN HaRI JUMaaT, DI RUMaH Je. SeLePAS solat Jumaat , kira-kira 1.30 pm... kami ke 'BIN ATeeQ' iaitu sebuah restaurant yang menghidangkan pelbagai makanan jenis Arab , India dan Pakistan. Salah seorang sahabat belanja kami makan di sini. Beliau menempah sebuah bilik makan ( biasalah di sini kalau tidak mahu duduk di kursi , boleh tempat bilik untuk duduk berhidang , macam di tempat kita dulu-dulu... kalau ada majlis kahwin atau kenduri-kendara.... ada teratak dan duduk berhidang, serta makan pakai tangan saja...., bab ni orang muda-muda mesti belum tahu..! )

So, KaWaN NI oRDeR 'NaSI KeBULi' CaMPoR aYaM DaN MUTToN. FIKIR HIDANGAN NI TIDaK CUKUP UNTUK KaMI MaKaN BeReNAM & SeORaNG aNaK KeCIL. Rupa-rupanya lebih dari cukup... ! [ Walaupun lapar........]. Hidangan akhirnya licin... tinggal seketul ayam sahaja lagi. HEHEHEHE...... ingat tadi inda cukup.... pasal lapar sangat , kebetulan pula masa makan tengahhari. ALHAMDULILLAH.... THANKS IDA DAN SUAMI.

HABIS makan, kami sekeluarga menuju kedai 'RAMEZ', kebanyakan barang yang dijual di tempat ini di import dari China , dijual dengan harga murah..... bergantung kepada kualiti.... ! ADA Carpet bermacam saiz, bunga pelastik dari kecil kepada yang berkaki dan tinggi , bakul berwarna-warni dan pelbagai saiz , alat tempat membakar kemanyan, minyak wangi , pinggan mangkuk , periuk belanga dan bermacam-macam barang boleh didapati di tempat ini..... sehingga kepada ayat al-Quran dan gambar-gambar pemandangan juga di jual di sini..... RAMAI SANGAT PENGUNJUNG KEDAI INI.


SeLeSAi .... Di SiNi , KaMi TeRuS Ke LuLu BuRuJ', yang terletak beberapa kilometer saja dari tempat tadi........ 1 barang sahaja yang dihajati....... TeTaPI .... beli-belian mencecah 50 riyal. Kira-kira B$200 . SaTu YaNg KaN DiBeLi..... LeBiH SePuLuH BaRaNg MaSuK TRoLy..... ! INDa BoLeH JaDi Ni..... !!!!!

Perjalanan balik ke rumah memakan masa yang panjang.... MENGaNTUK Sa.....NGaT SEPaNJaNG PERJaLaNaN , ...... udara dalam kerita sangat nyaman ditambah lagi dengan alunan lagu dari Datin Siti Nurhaliza..........!!!!! Akhirnya tertidor ...... sedar tak sedar..... sampai ke rumah.

TERUS MaNDI.... KaN SOLaT MaGHRIB..... RUPaNYa AKHIR SUDaH ! Tanggungjawab terhadap ALLAH SWT jangan lupa.

Thursday, 26 February 2009

25hb February......

SeMaLaM sejak 8.30 sudah keluar rumah, menuju airport menghantar pelawat-pelawat dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Pelajaran dan 6 orang 'student'. Saya sempat berbual-bual bersama penuntut-penuntut tersebut tentang keadaan d OMaN. Mereka sangat seronok sepanjang lawatan belajar di negara ini , ada pula di antaranya mahu lebih lama berada di sini, mesti seronok lah tu !
Merasakan seolah-olah berada di negara Brunei sendiri, terutama layanan wakil daripada Kementerian Pendidikan di negara ini. Mereka sangat berpuas hati dan tidak menyesal, biar pun jadual mereka padat
. ALHAMDULILLAH !

CeRiTa TeNTaNG buah tangan untuk keluarga di Brunei, khususnya ibu bapa; ada yang beli jubah dan pashmina, topi Oman dan pashmina, jubah, dan malah cincin silver untuk ibu bapa mereka. Pandai anak-anak ni pilih BUAH TANGAN ..... Walaupun jauh di negara orang, tapi ibu bapa tetap di hati sepanjang masa. Inilah YANG DINAMAKAN anak Brunei sejati yang sentiasa membawa cinta dan kasih ibu bapa serta keluarga disanubari masing-masing. SYUKUR......
KaMI sempat merakamkan gambar bersama . senang bertemu mereka semua. Khususnya Cikgu Hajah Ainah ( ketua rombongan) yang merupakan rakan sejawatan walaupun berlainan kementerian. Nanti jumpa lagi di Brunei..... BYE.................
BaLiK DaRi AiRPoRt, sempat melawat anak sahabat yang sakit di rumah.... kesian HaDy, mudah-mudahan LeKaS semboh lai !
Selepas itu keluar menemani sahabat mencari barang keperluan, terus melawat rumah beliau yang masih dalam proses pembaikan.... CANTIK DAN SELESA RUMAH INI, nanti lebih cantik setelah ADA PENGHUNI . INSYALLAH..............

Tuesday, 24 February 2009

SHOPPING

PeTaNG aNi kami lunch di 'stomach house', ada order spagetthi, fried rice with seafood, chicken stick with salat and mashed potatoes , steam rice with vegetables and sweet corn soup + chicken.

Bila sudah kenyang, terus menuju 'MuTrAh SoUk '. Di souk ani macam-macam barang boleh didapati... aga saja ke tempat ani kalau kan membeli baju, gamis, seluar panjang, kasut, selipar, perhiasan rambut, emas, segala macam handy craft dari negara-negara luar atau Oman sendiri. Ada ketel silver, teko silver, tongkat .... dan macam-macam lagi, inda cukup kalau disebutkan di ruangan ani.... datang saja sendiri, nescaya awda inda mau balik awal ke Brunei... sebab inda habis 2 hari kalau membeli belah di tempat ani.... Aku yang sudah 2 tahun lebih tinggal di sini pun alum habis ku jauri.... sebab apa nah ? ...... alum habis satu lorong, kaki sudah sengal..... Jadi kalau ke tempat ani mesti pakai selipar atau kasut inda betumit, baru ngam.... inda caya liat sendiri nanti.

SeBeLUm AtU KU MeNGaMBiL BaJu yang sudah hampir 3 bulan dihantar di kedai jahit....Malas ambil awal, sebab 'c Saroj' (tuan punya kedai) ani kalau di aga awal inda pandai siap-siap baju kami... pernah balik-balik ku mengaga, pada hal betelipon sudah sebelum ke sana,....... tapi alum jua siap-siapnya. Ia tah membari malas kan mengaga awal. Bila alum jua siap 3 bulan atu, inda tah ku tau tu! TaPI NaSIb JUa SiaP!

Selesai d Muttrah, kami menuju ke QURUM .... 'SaBcO' tempat menukar duit, kemudian ke ARaiMi... meliat perfume, mana tau ada yang baru!. Bila sudah belurih barang yang dihajati baru beredar ke Carrefour.......

D Carrefour , kami mencari makan lagi.... di sini ada yang kan makan pizza, membeli d KFC dan beli burger di MACDONALD . Banyak pilihan kedai makan di sini..... sebab atu anak-anak ani memilih ke Carrefour . So...... makan, makan, makan .... inda jua habis PIZZA ani, liur ganya besar.... tu nah ! Bawa balik je......

Lepas makan terus balik... mengantok sudah mata ani, tetidor-tidor dalam kerita... sebab singgah lagi di shell... beli kad hayak... beli roti paun di al-Fair lagi... haya !.... BILa KaN SaMPaI NI......? CAYA LAH LU.......!

Monday, 23 February 2009

Jubli Perak

SEMALAM telah berlangsung majlis sambutan HARI KEBANGSAAN ke 25 tahun (jubli perak), 22hb February 2009.


AlHAMDULILLAH majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.... TAHNIAH kepada semua pegawai-pegawai Brunei yang bertugas di Kedutaan Besar Brunei Darussalam, Muscat Oman. Tuan Yang Terutama & Puan Hajah, Hjh Ida & suami, Hj Rajap & Isteri (sayalah tu....) dan seluruh staff kedutaan yang bertungkus lumus menyelanggarakan acara sejak Jumaat lepas 20hb February 2009 sehingga acara berakhir semalam.

Selepas sembahyang Maghrib , TYT membaca doa sempena Hari Kebangsaan dan seterusnya sembahyang Isya dan selepas itu jamuan.

Menu malam itu semua sedap; Nasi puteh, ayam masak merah, daging rendang Brunei, Udang, Ikan masak sambal mangga, sayur campur, mee mamak (disediakan oleh Awg Hj Rosli dan Isteri). Manakala kuehnya pula; cucur kacang, cucur pisang + bijan, kusui, lapis ubi manis dan bubur kacang. (disediakan oleh Dyg. Ramlah dan ibunya, yang ketika ini berada di Oman). Ditambah dengan kueh tako yang dihadiahkan oleh Salwa (sedaplah Salwa! ) Terima kasih Rosli dan Isteri, Ramlah dan Ibu serta Salwa..... semua memuaskan dan menyelerakan (cuma perut yang tak cukup muat untuk membantai semua masakan dan kueh kelian), semua memuji ..... nyaman, nyaman, nyaman........... SYUKUR.


Tetamu pada malam tersebut terdiri daripada Setiausaha Tetap dan 2 pegawai Brunei yang bersama beliau , 2 orang pegawai Pelajaran bersama 6 orang 'student' dari Brunei yang sedang mengadakan lawatan ke negara ini dan penduduk negara Brunei yang sedang bekerja dengan Petrolium Development Oman di Muscat. Ramai juga orang Brunei di sini......Walaupun tidak menyambut dan berada di negara sendiri, tetapi dengan perhimpunan tersebut seolah-olah berada di negara sendiri juga.
''TAHNIAH ! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 25 TAHUN ''

Saturday, 21 February 2009

Sembahyang Jamaah ...Hari Kebangsaan

PeTaNG EsOk akan berlangsung majlis sembahyang berjemaah FaRDu MaGhRIb DAN IsYa sempena sambutan HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI bertempat Di Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Muscat Oman. Merupakan sambutan Jubli Perak kerana telah 25 tahun merdeka....... Merdeka........, merdeka......
Alhamdulillah negara makmur, hidup aman damai. Mudah-mudahan kemakmuran dan kedamaian ini berkekalan, amin.... amin....amin..... ya Rabbul Alamin.
Hidangan; masakan Brunei dan kueh mueh Brunei.

Friday, 20 February 2009

nando's dan icecream

HARI INI DAN SEMALAM..........'KU TERKENANG PERISTIWA SILAM....' CHEeeee...WAH ...... BERMADAH-MADAH PULA SAYA NI!!!!!


Malam ini makan di nando's, KAMI MINTA chicken espetada tapi beef espetada tidak ada lagi sejak seminggu lalu, kata pelayan di sini ... Pada hal sebenarnya beef ini yang sedap dan sangat-sangat teringin kan dimakan. Mungkin belum rezeki. Justeru itu...... beef diganti dengan pelbagai order..... chicken strips...., burger + steak... chips... and etc.... habis...licin. Eh, lapar banar jua perut ani. Ingat kan tambah chicken espetada ani....
Tapi pelayan offer pula ice cream... mmmmmmmmmmm, nyaman eh. Akhirnya kami minta icecream vanilla and strawberry..........








NYaMaN KaLi aH.... HiNgga MENJiLaT JaRi........ REZEKi TU.......




Thursday, 19 February 2009

Banjir kali kedua, 29/2/2009

'SETIAP SESUATU YANG DITIMPAKAN KE ATAS ALAM INI MEMPUNYAI HIKMATNYA YANG TERSENDIRI, SELAIN MERUPAKAN PENGAJARAN KEPADA SEKALIAN MANUSIA.
HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI HIKMAH DAN PENGAJARAN YANG TERSEMBUNYI ITU SEHINGGA MANUSIA BERHASIL MENCARI JAWAPANNYA....'
SEHUBUNGAN ITU, 'ALLAH TIDAK AKAN MENIMPAKAN SESUATU MUSIBAH ITU MELEBIHI KEMAMPUAN MANUSIA MELAINKAN MANUSIA ITU MAMPU MENANGGUNGNYA'
keadaan jalan kecil menuju ke kawasan rumah sebelum banjir
jalan yang sama semasa berlakunya banjir

garage dan stor yang terletak
di bahagian belakang rumah diambil dari dapur

keadaan lorong dalam rumah yang dibanjiri air

air belum surut lagi,
barangan masih diletakkan di atas kursi dan meja
air masih mengenangi rumah,
sedih sangat......

diambil ketika air membanjiri sekeliling rumah
dan dalam rumah sekali, 'cubaan....' kita tetap redha
kawasan depan rumah setelah air kering
masih kelihatan kotor


Wednesday, 18 February 2009

Hari ini.........

Jalan-jalan sampai Lulu Buruj'..... jauh tapi seronok bersama keluarga.

Shopping ... menambah barang dapor yang kurang.

Lepas tu ke Pizza Khuwir..... sedap....

Tapi sedap lagi pizza tuna delight kat negara sendiri...,

mmmmmm .... hingga menjilat jari.

Balik Brunei nanti makan...

Tuesday, 17 February 2009

menu

Hai.......
Hari ani stay saje kat home....
Kan keluar malas pula, pukul 11 lalu sbelah pagi ada anak sahabat d Brunei yang bermastautin d Oman singgah sekejap..... Borak-borak rupanya hampir jam 1 p.m. Oi... sekejapnya masa berlalu.
Hari ini masak daging, sardin, sayur labu dan goreng chicken wings. Balik-baliklah menu harian ni....sampai naik bosan pulak. Anak-anak ne bukan makan kalau hari-hari menu yang itu itu saja.......
Biarkanlah.........kalau nak masakan sedap-sedap saja... hah... biar anak-anak ni masak sendiri. Padan muka..... Tapi aleh-aleh mesti nak beli makanan di luar lagi ni kang...!

Monday, 16 February 2009

LONDON 2009

pokok-pokok bunga,
mengeluarkan salji
shopping, hari kedua selepas snow
jalan raya sudah kelihatan bersih dari salji
memukau ... bagaikan dalam cerita dongeng taman yang terletak di hadapan
tempat tinggal di selaputi oleh salji

hari kedua di London,
snow sudah mulai turun
di Paddington Station di tangga hotel tempat tinggal

di hadapan hotel tempat menginap
kesejukan menunggu teksi

Sunday, 15 February 2009

isi perut.........

Siang , di rumah saja....memanjang....

Tapi malam.... pukul 9 lalu keluar sekejap; ke Al-Fair dekat rumah sebab ada yang kan makan telur burung puyuh. Harga sekotak 15 biji saja kira-kira 2 riyal 500 baiza, duit Brunei $10.00 lebih. Di banding telur ayam biasa 15 biji hanya kira-kira 5 ringgit brunei. Tapi masih mahal dibandingkan dengan harga telur ayam di negara sendiri , kalau 30 biji atau 1 tray baru 4 atau 5 ringgit Brunei. Tapi, ani harga tahun 2008 masa balik ke Brunei, tahun 2009 ani inda tahulah...... ?

Dari Al-Fair terus ke 2nd Cup / Breadtalk, membeli roti paun berinti, kalau di Brunei banyak kedai-kedai macam ani dan bread nya lebih hangat, lembut dan nyaman.... wau...... ingat di Mum Bakery Brunei. So.... membeli roti paun inti kastard, seri kaya, cheese. Harga yang berinti kastard (saiz macam di negara sendiri) dan seri kaya (saiz besar) 800 baiza sebiji (B$3.00 lebih kurang ..... !) tapi yang cheese ani kecil saja saiz harga cuma 600 baisa (B$2.00 lebih kurang)

Dari 2nd Cup/breadtalk kami terus ke Sawarma Karim.... kedai tempat menjual sawarma daging dan ayam , beli 6 biji saja. Harga sebiji 300 baiza / 1 ringgit lebih duit kitani. Laku sawarma ani. Sentiasa ramai pelanggan, sama ada makan di premis tersebut atau take away. Boleh order dari kerita sahaja, pekerja datang ke kerita mengambil order.... inda perlu bersusah payah keluar lagi.......

Lepas membeli sawarma.... baru balik........ macam-macam sudah kan dimakan...... Belum ......... rupanya ada lagi pesanan untuk singgah di Mcdonald, beli burger .......... Hai...habis ke di makan ne ? Ada yang kan makan sawarma.... roti paun, burger dan telur puyuh. Mana satu yang habis dulu ne ? He heheheh.........

mata oh mata

Akhir bangun pagi ani....mata ani kan tidor saja kerjanya.... barangkali pasal pasang alat pendingin udara ani .......... pakah!

Kedengaran bunyi bell di bawah.... ingat ada tetamu inda diundang pagi ani...? rupanya C. Awang balik jogging. Baik jua ku sadar, kalau inda terpaksa menunggu di depan pintu sampai ku bangun eh ! hehehehhe.......

Lepas mandi,,,, kan tidor lagi mata ani.... eh macam mana ni? Ia tah kata orang yang dinamakan 'penyakit tidor' gayanya ni...?

Tapi sampai Maghrib .... walaupun mengantok rasanya, inda jua dapat dilelapkan mata ani....... kacau eh, baik bawa sembahyang sunat lagi....... terus baca al-Quran.

Saturday, 14 February 2009

Valentine's Day




Kami keluar rumah jam 7.15 pm ...... mula-mula ke carrefour cari makan .... macam-macam kan di taisliurkan ; pizza, burger, chips, pie.... eh ada-ada saja. Lepas atu singgah lagi di D. Q , makan ice cream...... manis g ice cream ani...hei.... terasa di leher, minum air dulu eh .......

Sambung g perjalanan di pantai berdekatan.... turun sekejap, kelihatan air laut berombak perlahan , tidak mengganas seperti kemarin. Nyaman jua hati melihat.... kemudian drive semula keluar menuju al-Fair Sarooj lupa membeli roti paun tadi. Bila sampai ...wowww... roti paun sudah habis laaa....h. Tadi inda mau membeli awal-awal.... padan muka !

Kemudian terus ke round about menuju ke Shatti Plaza, kerita panjang berbaris menuju ke pawagam, mungkin kan meliat apa movie malam ani..... ? Kelihatan kafe di tepi-tepi jalan raya penuh..... kursi semua berisi... pengunjung gemar lepak-lepak di tempat ini sambil melihat screen besar yang menayangkan wayang percuma...... Ada yang bersama pasangan tetapi lebih banyak yang bersama kawan-kawan sejenis mereka sambil menyedut sisa... entah apakah namanya tu .... ?

Kemudian terus masuk ke jalan Sarooj menuju ke rumah.... tapi ........ kan singgah lagi di Massa Mall.... ada-ada saja anak-anak ani ! Ah...inda payahlah kenyang sudah... ' esok masih ada ', kataku.... semua akur. Baru tah jadi balik ke rumah......


Friday, 13 February 2009

Subuh, kedengaran angin dari laut, seolah-olah ombak sangat kuat, umpama semalam ketika kami sekeluarga singgah di pantai berdekatan rumah dan melihat tinggi dan kuatnya ombak sehingga air mencapai gigi pantai dengan membawa bueh-bueh putih yang hinggap di batu-batu dan pasir yang bersih. Beberapa buah keluarga penduduk tempatan berkumpul di tebing pantai dengan menyalakan api, mungkin untuk memberikan rasa hangat pada tubuh, mentelah pula angin sejuk mengigit kulit pengunjung malam itu.

Rupanya hanya bunyi angin yang kuat, tapi ombak bergerak tenang dan air sudah jauh surut dari semalam. Apabila ada ahli keluarga yang keluar berjogging ke kawasan pantai pagi ini.

Thursday, 12 February 2009

Khamis yang Indah

Hai, sabahul khair......
Kaifa hal ?
Pagi yang cerah
walaupun.....
petang;
langit kelihatan mendung.....
seolah-olah bersedih
merindui
sang kekasih
atau...
menangisi kesalahan alam
manusia
haiwan
tumbuhan
atau....
apa sahaja ciptaan
Allah SWT.
Kami harapkan
Allah SWT
melimpahkan rezkinya
pada kami
di bumi bertuah ini
Insyallah.....

Wednesday, 11 February 2009

Naseem garden

kelihatan orang ramai yang berkunjung ke festival itu
memasak halwa
Naseem garden sangat luas dan tempat parking pun banyak, cuma jauh sangat berjalan untuk mencapai sasaran. Waduh.... penat.

Sampai di Naseem terus mencari ..... hmmmmm faham-fahamlah, sampai di tempat yang dituju.... waw.... banyaknya para wanita yang memakai baju hitam.... terpaksa berbaris panjang untuk sampai ke pintu 'bilik menunggu' ni , susah betul.

Ramai betul pengunjung festival pada malam ini. Oh...... rupa-rupanya malam Rabu, esok kan hari Khamis cuti awam di negara ini.... patut pun ramai....

Kami cepat-cepat menuju ke pentas besar dimana beratus-ratus buah kursi sedang menunggu untuk diduduki, kami mencari tempat duduk di baris ketiga dari hadapan, untuk memudahkan mengambil gambar. Tapi sebelum itu duduk dulu di kawasan gerai... apa lagi..... mengalas perut.....

Persembahan pada malam itu bermula kira-kira jam 7.30 malam... acara dimulakan dengan tarian dari 'Internasional school' nampaknya. Pandai anak-anak ni menari, berdrama dsb. Diikuti persembahan akrobatik , Mesir dance dsb. Diselangi oleh pertunjukkan bunga api pada pukul 8.00 malam tepat. Akhirnya apabila jam di tangan menunjukkan pukul 9.00 malam kami keluar dari tempat tersebut kerana hampir-hampir terlelap tadi semasa menyaksikan persembahan di awal acara kerana terlalu mengantuk... ditambah pula udara yang semakin sejuk.

*******Jumpa lagi..... chario and good bye....! *********

Sunday, 8 February 2009

Artis pilihan Erra - Emran

-Hai Erra dan E. Emran, tahniah ......, mudahan
babynya comel, cute dan handsome macam u berdua
-Mengandung pun erra malah kelihatan semakin cantik...



Saturday, 7 February 2009

pulang dan doa selamat


sebelum bertolak pulang ke Oman
masih sempat sarapan pagi di Heathrow airport

- Kapal yang kami naiki mendarat di lapangan terbang Oman pada subuh 5hb Feb kira-kira pukul 3.30 am. Lega.... sampai sudah di bumi Muscat....



ETIHAD FLIGHT yang membawa kami dalam penerbangan balik ke Oman


masih dalam penerbangan menuju ke destinasi


- Semalam baca doa selamat sedikit di rumah....., walaupun makanan disediakan oleh catering... tapi sebagai tuan rumah mesti jua menyediakan dan menyusun pinggan mangkuk, gelas dan apa-apa keperluan yang lain untuk para tetamu, yang di antaranya TYT Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Oman bagi tahun 2009, Tuan Hj Muharram dan Puan Hajah Multazamah, Tuan Hj Johari dan Ka Hajah ( ibu bapa kepada Hjh Faridah yang sedang bercuti di sini). Siok lah... walaupun selepas itu ( paginya ) baru terasa sakitnya kaki dan peha...... sebab banyak bergerak.


- Alhamdulillah majlis berjalan lancar.... makanan memuaskan.... terima kasih Rosli dan isteri (c Amoi) dan semua kueh-mueh yang disumbangkan. Hjh Faridah, Hjh Flo, Novi, Hjh Ida......... dan bibi dengan bantuan tenaganya. Kehadiran kelian justeru sangat memeriahkan, menyenangkan dan merupakan kerjasama yang sangat tulus bersama keluarga. Mudahan Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan dan kehadiran adik-adik semua beserta keluarga, amin.


- Pagi tadi baru mengemas bekas-bekas makanan, menyuci periuk belanga yang digunakan, menyusun balik kursi meja, melipat alas meja, memanaskan barang makanan yang masih tinggal dan sebagainya. Walaupun dalam kesibukan itu, sempat juga menjenguk RTM 1 dan 2 sekali sekala. Bila tidak ada rancangan menarik.....kembali semula ke ruang dapor meneruskan kerja mengemas..... ReLaX..........

Tuesday, 3 February 2009

pictures in London

SALJI BELUM LAGI TURUN
TAPI SUDAH TERASA SEJUKNYA

Kesejukan bil?
gambar diambil di depan hotel

memilih-milih barang kan di beli



salji sudah mula turun masa ni
walau pun sedikit / 'barai-barai' nya kitani


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Hari pertama selepas turun salji




























Ronda-ronda

Ni saja ........ menjamu mata !

KAMI KELUAR BILIK untuk jalan-jalan di kota LONDON kira-kira pukul 12.00 lalu tengahhari. Tempat yang mula-mula kami kunjungi....apa nah? Tentulah tempat makan, yang terletak cuma dua atau tiga buah bangunan sahaja jaraknya dari BRUNEI HALL . RESTORAN MALAYSIA atau 'Rumah SATE', saya pesan 'NASI AYAM'.... Wah..... sOdapnya... lama tak makan... sOdap sangat nasi ayam ROASTED ni, tambahan lagi dimakan bersama SUP sayur........ selain itu kami 3 beranak juga pesan SATE... Harga sate untuk ENAM CUCUK kira-kira £6 lebih. Mahal sangat , walaupun saiz sate sama seperti sate biasa yang dibuat di negara sendiri. Maklumlah di Kota LONDON ni semua serba mahal....... Kalau datang ke sini mesti bawa duit ribu-ribu £, kalau cuma RATUS-RATUS tak main ..... ! RATUS RIBU lagi baik.... sebab ada-ada saja kan dibeli kalau masuk kedai. Nasi ayam pun MAHAL tapi sOdap. Kami juga pesan PERGEDEL dengan harga £2 lebih.... rupanya cuma 2 biji... tapi saiz KING dan sOdap juga. Semua serba sOdap , maklum....sesuai dengan harga yang serba satunya MAHAL.


Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sahaja ke kedai 'DAVINA', eh.... lawa-lawa jua jenis kasut di sini ani, tapi macam ada yang masih sama macam ku lihat bulan JANUARI tahun lepas ku ke mari...! entahlah....


SEPANJANG jalan raya masih bertaburan dengan salji yang turun semalam.... masih keras dan lambat untuk cair..... beberapa orang pekerja Bandaran (mungkinlah) kelihatan membersihkan lalauan pejalan kaki yang masih bersalji dengan menggunakan 'eskop' (entah luruskah namanya tu?) dan membuang SALJI ke tepi jalan. Jalan raya laluan kenderaan pula kelihatan kotor dengan bauran salji dan kotoran ... yang mungkin debu atau minyak dari kenderaan, sehingga kelihatan kawasan tersebut berwarna kehitaman . GELI JUA rasanya kan memijak. Sesekali kelihatan salji dilemparkan ke bawah di tempat kami LALU, yang entah dari mana datangnya. Tapi yang pastinya dari ATAS... entah dari penghuni bangunan di atas sebelah KIRI atau KANAN. Beberapa orang pejalan kaki mendongak ke atas untuk mengetahui pelakunya. Sungguh tidak sopan..... MASIH ADA JUA YANG BELUM ............. DI BANDAR BESAR MACAM NIiiiii.... !!!!!


SETELAH menukar sedikit wang Riyal kepada pound.... di tempat menukar wang ASING, kami meneruskan perjalanan ke kedai MARK & SPENCERS . Biasanya di sini terdapat baju yang BERSAIZ BESAR ................ heheheh..... faham-fahamlah. SEMPAT jua menyimbat baju untuk suami.... akhirnya belek punya belek, cuba satu demi satu..... inda ada yang sesuai dan tepakai....


Kadang-kadang tefikir jua berapa berat timbangan kg untuk barang ni bila balik esok...... ? mudahan OK LAH.


di Paddington Station



AKHIRNYA kami menuju PADDINGTON STATION .... Saja....... ke sana, Ohhhhh..... buka tempat jual 'TIE RACK', wow.... jumpa lagi tudung ni... lawalah. SEMPAT lagi membeli 4 HELAI dengan design yang berbeza.

duduk sekejap menghilangkan lenguh kaki
SAKIT KAKI BERJALAN.... baru jua beberapa JAM.... kadang-kadang ambil peluang jua duduk di tempat menunggu BUS, bukan apa..... menghilangkan lenguh kaki. Sampai di bilik, REHAT sekejap..., sebelum mandi dan urusan lain.....