Tuesday, 10 December 2013


Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya... aku masih terkapai2 menyelesaikan tugasan seorang diri di tingkat 13....Teman2 setugasan masih ramai di tingkat 12 dan belum bercuti.
 
Kadang2 merasa lega berseorangan semasa menyelesaikan kerja, mudah selesai... tapi kekadang bosan menerjah dalam diri dengan kesunyian ini.  Sesekali kedengaran teman2 naik ke aras sini membuat kerja di sebelah luar.  Biarkanlah aku malas keluar, kadang2.... lebih senang duduk dikursi kerja daripada sembang2 yang sia2.
 
Beberapa hari lagi cuti ku bermula.... banyak perancangan telah  dibuat untuk keluarga dan diri sendiri.....ah... akan berjalankah semua rancangan dimusim cuti penggal ke 4 ni!!!! Rasanya aku lebih suka duduk di rumah untuk membersihkan rumah yang berdebu... berhabuk... sejak pembantu pulang lebih 7 bulan lalu...Buku2 dalam para dan almari sudah berdebu..... kursi meja setiap hari atau seminggu sekali terpaksa dibersihkan...kerana habuk yang melekat rasa menyakitkan mata bila terpandang....  
 

Sekeliling rumah juga sudah kurang bersih walaupun sekali sekala ada juga suami membersihkan rumput yang semakin tinggi dan tebal. Pasu2 bunga terbiar begitu saja... ada bunga yang sudah mati kerana kurang air.,.... ada pula yang tumbuh tinggi walaupun tanpa air.  Ini bergantung kepada jenis bunga.
 
Buah mangga di depan rumah lebat berbuah... setiap tahun berbuah tanpa menunggu musimnya, rezeki Allah... banyak pula yang rosak, pecah dan di tebuk / dimakan burong...biarkanlah ..sedekahhhhh...
 
Anak-anak semakin membesar,  masing-masing masih belajar, tapi yang lelaki ni pandai pula berdikari, kalau hari-hari kelepasan awam, bersama rakan satu studio mengambil gambar-gambar acara perkahwinan drp mana2 keluarga yang memerlukan khidmat mereka. masuk $100/$200 dalam account sudah mencukupi untuk dia membeli minyak kerita dan makan sama kawan2. Sekali sekala aku pula yang minta belikan kad top up HP... heheheeee...
 
 
Hari2 yang dilalui serasa nyaman walaupun kadang2 hati resah memikirkan masa depan anak.  Suami pun dah pencen.... esok lusa giliran aku pulak...ah sempat lagi hingga anak bekerja....Umur pun bukan semakin muda, kalau dulu badan masih rengan... bila dah berumur ni nak melangkah cepat2 pun terasa berat, tambah lagi macam2 penyakit bersarang di badan ni.... Setiap hari berdoa supaya dipanjangkan umur dan sihatkan tubuh badan ini....Mudahan Allah SWT memakbulkan doa hamba Nya ini........
 
Dalam sibok2 dengan tugas kerja, sibok dengan keluarga.... menanti tibanya hari persaraan.... macam perkara terlintas dalam otak.... apa kerja yang dibuat semasa mengharungi dunia persaraan nanti....!!!????????? 1001 macam rancangan hendak dibuat... terpaksa tunggu tiba hari ITU.... baru boleh BUAT...Insya Allah.
 
 

No comments: